Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Tuesday, January 17, 2017

10 KEBAIKAN VITAMIN E COMPLEX

January 17, 2017 0 Comments


Nah! Itu dia Vitamin Cinta! Seronok dia posing di situ. Hehe... Bah, sambil kita duduk santai-santai di hujung minggu, jom kita tengok apa kebaikan Vitamin E untuk tubuh kita.

Fungsi yang pelbagai memang menambat hati penggunanya. Termasuklah saya :) Pengguna tegar vitamin cinta ni. Memang nak kena tegar ni, sebab nak awet muda kan :) Muda dan kekal sihat gitu. Itu yang paling penting sekali.

Jom kita kenal dengan 10 kebaikan Vitamin E untuk kesihatan kita. Antaranya :

1) Awet muda (ini sangat penting okay. Takde siapa yang nak kelihatan tua walaupun mencecah usia 80 tahun. Apa lagi yang nampak tua di usia yang sangat muda)

2) Membaiki peredaran darah (sangat baik untuk yang kerap senggugut)

3) Memudarkan parut (yang ni pasti ramai yang suka, siapa la nak simpan parut kan? Buruk eh! Hehe..)

4) Meningkatkan kesuburan (excited nak dapat baby lepas nikah? Lelaki dan wanita dua-dua dibantu ye. Sebab tu lah ia dipanggil vitamin cinta 😍)

5) Menjaga kecantikan rambut dan kulit kepala (rambut gugur? Botak? Nah penting vitamin E ni)

6) Vitamin cinta suami isteri (takde dah masalah dingin dingin muka masam ye suami isteri)

7) Meningkatkan tenaga seksual (ni untuk para lelaki yang lemah tenaga batin. Sila jangan malu okay)

8) Melindungi kulit daripada rosak oleh sinaran UV (bahaya tau sinar UV ni. Sebab sinar UV tu boleh timbulkan masalah kulit macam jeragat dan yang lagi bahaya boleh sebabkan kanser kulit!)

9) Mengurangkan sindrom pra haid pada wanita (penatkan kalau setiap kali period nak moody, kejang kejang, sakit kepala atau tertekan)

10) Membantu penghasilan hormon dan keseimbangannya pada lelaki dan wanita ( ni juga penting okay, untuk mengawal keinginan tarikan dan mood seks pasangan suami isteri )

Okay, itu saja nak share malam ni. Nak tau manfaat lain selain daripada yang dinyatakan? Jemput klik dan baca sini => VITAMIN E. Selamat berehat di hujung minggu :D

 


HUBUNGI

NANA
BEAUTY & HEALTH CONSULTANT

017 244 2982

Wednesday, January 11, 2017

TOK NAN : PERGINYA SEORANG PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT

January 11, 2017 2 Comments
"Oooohaa.."

"Kita idup mesti berguro, baruk panjang umor.. Tok muka menjus jak jak, susah juak"

"You oh you..."

 

Demikianlah kata-kata jenaka yang selalu diucapkan oleh Tok Nan kepada rakyat Sarawak sehinggakan ia dianggap menjadi trademark beliau. Hari ini, seluruh rakyat Sarawak dikejutkan dengan berita sedih yang sukar diterima atas pemergian Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem atau lebih dikenali sebagai Tok Nan oleh masyarakat Sarawak. Satu kehilangan yang sangat besar buat rakyat Sarawak. Betapa kehilangan beliau memberi kesan pada hati setiap rakyat.

Tok Nan menghembuskan nafas terakhirnya di IJN Kota Samarahan, Sarawak pada 11 Januari 2017 jam 1.24 petang. Pemergian yang sangat mengejutkan ini diratapi oleh seluruh masyarakat. Manakan tidak, beliau adalah tokoh pemimpin Sarawak yang sangat dikagumi dan berjiwa rakyat. Besar jasanya buat kami rakyat Sarawak. 

Tok Nan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke 5 pada 28 Februari 2014 menggantikan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Kepimpinan beliau selama hampir 3 tahun, membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan berjiwa rakyat. Beliau adalah harapan kami rakyat Sarawak. Bukan sahaja dianggap sebagai pemimpin, malah seperti ayah dan datuk kepada seluruh warga Sarawak. Kehilangan beliau hanya seperti mimpi dan masih sukar untuk dipercayai.

Pengorbanan dan jasa Tok Nan untuk rakyat Sarawak akan kami kenang sampai bila-bila. Semoga roh Tok Nan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Jenazah Tok Nan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang pada 12 Januari 2017 selepas solat Zohor. Marilah kita sama-sama sedekahkan doa dan berikan penghormatan terakhir buat pemimpin yang kita sayangi ini.














Monday, January 9, 2017

TANGANI STRES DENGAN URUTAN LEHER & BAHU

January 09, 2017 0 Comments
Apabila dalam keadaan tertekan, otot-otot tubuh kita akan menjadi tegang. Perjalanan darah menjadi tidak teratur dan pernafasan juga akan terganggu. Hormon dalam badan juga akan mula menghasilkan toksik yang membahayakan tubuh.
 

Urutan leher dan bahu boleh melegakan ketegangan otot dan melancarkan peredaran darah anda. Jom pelajari teknik-teknik urutan leher dan bahu untuk melegakan stres anda.

  • Minta pasangan anda duduk dengan selesa. Pejamkan mata dan fikirkan tentang sesuatu yang menenangkan. Berdiri di belakangnya dan letakkan tangan di atas bahunya. Tanggalkan cermin mata jika ada.
  • Ibu jari diletakkan di bahagian tengkuk dan urut dengan perlahan hingga ke bahu dan kembali ke tengkuk. Ulang 3 kali.
  • Gunakan kedua-dua tangan dan urut bahu hingga ke bahagian atas lengan. Ulang 3 kali.
  • Urut dengan ibu jari bermula dari bahagian bawah tengkuk mengarah ke luar menjauhi tulang belakang. Ulang 3 kali.
  • Urut dengan ibu jari bahagian bawah tengkuk menggunakan teknik memutar.
  • Letakkan satu tangan di dahi dan satu lagi tangan di tengkuk. Denag perlahan, putarkan kepalanya ke kanan dan kemudian ke kiri.
  • Gunakan jari jemari untuk mengurut bahagian tengah dahi dan terus ke bahagian tepi dengan menggunakan teknik memutar. Ulang 3 kali.
  • Letakkan kembali tangan di bahagian bahu pasangan.

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

CARA UNTUK CUKUPKAN AIR BADAN KETIKA BERPUASA

January 09, 2017 0 Comments

Ramai orang berpendapat adalah sukar untuk seseorang meminum air kosong yang secukupnya semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Disebabkan oleh jangka masa berpuasa yang agak panjang, anda mungkin akan jatuh sakit jika tidak mengambil air dengan secukupnya. 

Badan kita sentiasa kehilangan air melalui air kencing, peluh dan proses respirasi. Jadi amat penting untuk kita menggantikan semula air yang telah hilang dari badan. Penggantian air dalam badan sangat penting kerana ia boleh mengelakkan anda dari jatuh sakit. 

Walaupun anda sedang berpuasa, tidak bermakna anda tidak boleh mengambil air yang secukupnya dalam sehari. Sama seperti masa-masa biasa, anda juga boleh mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air dalam sehari. Ini lebih lagi penting bagi mereka yang mengambil ubat hospital ataupun suplemen. Air membantu suplemen dan ubat untuk bekerja dengan lancar di dalam badan anda. Apabila ianya berjalan dengan lancar, maka ubat atau suplemen akan mudah untuk melakukan fungsinya. Sebab itulah, walaupun berpuasa anda tidak harus tinggalkan air kosong.


Lihat carta di atas, bagaimana anda boleh melengkapkan pengambilan 8 gelas air dalam sehari semasa bulan puasa. Sangat mudah bukan?
  • 1 gelas selepas azan maghrib
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat tarawikh
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas sahur

Jadi lepas ni tak ada alasan lagi dah nak minum air secukupnya walaupun di bulan puasa. Dengan panduan di atas, kini anda telah mencegah penyakit dari datang kepada anda di bulan puasa ni. Ingat ye, sentiasa jaga kesihatan anda memandangkan tak lama lagi dah nak raya. Pastinya anda tidak mahu ketinggalan menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang kan? Jadi jangan takut untuk minum air kosong ye. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya melakukannya :)

SETIAP RUMAH PERLUKAN PELINDUNG!

January 09, 2017 0 Comments
Seperti mana setiap bangunan perlukan pengawal keselamatan, begitu jugalah dengan rumah kita. Bukan hanya pengawal keselamatan sahaja yang penting untuk keselamatan di rumah. Malah kesihatan kita juga perlukan pengawal keselamatannya. Lebih senang kalau kita sebut sebagai pelindung seisi keluarga. Ok, jom saya kenalkan anda dengan pelindung setia di rumah saya.

Pelindung yang saya maksudkan ialah vitamin C. VITAMIN C PLUS adalah antara yang wajib ada dalam stok saya di rumah. Fungsinya yang pelbagai, bukan hanya sebagai antioksida yang membantu melawan dan mencegah kanser, bukan hanya untuk kecantikan kulit, malah ia sangat berguna untuk penjagaan kesihatan harian.

Katalah anda tiba-tiba nak demam, tiba-tiba terkena alahan, tiba-tiba gatal-gatal. Penyelesaian pertama yang boleh anda buat adalah dengan mengambil Vitamin C. Kenapa pula nak ambil vitamin C? Anda mesti pelik kan? Kalau pergi hospital doktor tak pernah pun bagi vitamin C. Paling biasa doktor akan bagi Panadol dan antibiotik. Betul tak?

Kenapa saya cakap kena makan vitamin C pula? Nak tau kenapa? Doktor adalah lebih kepada merawat. Jadi doktor akan bagi ubat untuk menyembuhkan. Sejauh mana sembuh anda sendiri tau. Nasihat saya lebih kepada pencegahan. Cegah daripada menjadi. Cegah daripada melarat. Nampak tak bezanya di situ?

Jadi, fungsi vitamin C ni adalah untuk kita kurangkan penyakit yang kita alami. Cegah dari semakin menjadi. Sebabnya, vitamin C ni boleh boost immune kita. Cuba fikir balik kenapa kita sakit itu sakit ini? Mestilah sebab keupayaan sistem imun kita yang semakin lemah dan menurun. Jadi, nak tingkatkan balik kita perlu ambil makanan yang mengandungi vitamin C. Atau paling senang kita makan suplemen vitamin C.

Nak makan dalam bentuk makanan atau suplemen itu terpulang pada anda. Tengok pada kesanggupan anda nak telan 7 biji oren sekaligus. Hihi... Sebab 500mg vitamin C bersamaan dengan 7 setengah biji oren termasuk kulitnya tau! Tak sanggup ke tak sanggup? Kalau saya jawapan memang sah tak sanggup. Tambah lagi dengan kulitnya yang pahit tu. Tapi pada kulit limau lah terdapatnya kandungan nutrisi yang tinggi.

Tengok gambar di bawah tu. Nak dapatkan 500mg vitamin C dalam sehari, anda perlu memakan samada :

- 7 biji buah oren
- 7 biji buah kiwi
- 7 cawan strawberi
- 8 cawan jus oren

Anda tak sanggup? Jadi bertukarlah kepada yang lebih mudah untuk anda amalkan.



Stok vitamin C saya pun dah habis. Jadi saya kena beli cepat-cepat bulan ni. Sebab bulan ni adalah bulan tawaran istimewa vitamin C yang tak mungkin saya dapat lain kali. Dari belanja lebih, kenapa tak rebut peluang yang murah? Betul ke betul? Jimat dan berbaloi untuk kesihatan seisi keluarga.

Rasa ingin cuba VITA C PLUS hari ini? Apa tunggu lagi, hubungi saya segera untuk kongsi harga murah dan jimat ini. Dan yang penting, anda akan rasakan kehebatan vitamin C dalam mengubah hidup anda.


Nana
SID 1104380
Beauty & Health Consultant
017 244 2982
 

FAKTA NUTRISI DALAM VITA-LEA IRON FORMULA

January 09, 2017 0 Comments

Vitalea Iron Formula bukan sebarang multivitamin. Anda bayangkan ia kini berusia 100 tahun di pasaran. Tidak dapat disangkalkan lagi khasiat dan kebaikan Vitalea bagi pengamalnya. Kepercayaan yang diberi oleh pengamal suplemen menjadikan Vitalea bertahan sehingga kini. 

Kenali  VITALEA IRON FORMULA dan manfaatnya untuk kesihatan berpanjangan.

 Fakta nutrisi dalam Vitalea Iron Formula  :



VITAMIN A
Kesihatan mata, kulit, sebagai antioksida melawan kanser, mencegah rabun malam, membantu tumbesaran, menguatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.


VITAMIN D
Memberi kepadatan pada tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.


VITAMIN E
Sebagai antioksida, mengekalkan kepejalan kulit, menambah seri pada kulit, melancarkan peredaran darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak dan artritis. Baik untuk sistem produktif lelaki dan mengurangkan kesan parut.


VITAMIN C
Sebagai antioksida, melawan kanser, merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan daya tahan penyakit (sistem imun), menyembuhkan luka dengan cepat, mencegah selesema, gusi dan hidung berdarah serta mencegah darah beku.


ASID FOLIK
Penting untuk kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, untuk kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser servik, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut dan kesihatan kulit.


VITAMIN B1
Menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, membantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut dan darat serta mengurangkan petanda herpes zoster.


VITAMIN B2
Menukarkan makanan kepada tenaga, mencegah anemia, mata letih, katarak, jangkitan lidah dan mulut serta kekejangan.


VITAMIN B3
Menukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat pening, migrain, cirit-birit, ulser dan nafas berbau. Baik untuk perut dan usus.


VITAMIN B6
Untuk metabolisma protein, membaiki otot, melegakan senggugut, sebagai penenang, mengelakkan muntah-muntah, bibir kering, jangkitan lidah, dermatitis, kekejangan, kebas dan anemia.


VITAMIN B12
Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, menambah selera makan, merangsang tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual serta mencegah anemia, keletihan, keresahan, diabetes dan rabun.


BIOTIN
Membantu B-Complex berfungsi lebih efektif, mencegah rabun, rambut gugur dan beruban, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit.


VITAMIN B5
Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, artritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, mempercepatkan penyembuhan luka.


KALSIUM
Menguatkan tulang dan gigi, mencegah darah beku, kebas dan kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis dan penyakit tulang lembut.


FOSFORUS
Meningkatkan kepadatan tulang, mengawal diabetes, batu karang, mencegah tulang reput, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat artritis dan mencegah anoreksia.


IODIN
Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen, otot dan kesinambungan tisu-tisu, untuk kekuatan fizikal dan mengawal berat badan.


ZAT BESI
Membentuk hemoglobin, meredakan sakit akibat PMS seperti senggugut, membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan dan anemia.


MAGNESIUM
Untuk kesihatan tulang dan gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.


KUPRUM
Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, menjaga kesihatan rambut, merawat edema, penyakit berkaitan tulang dan masalah kebengkakan.


ZINK
Menguatkan sistem imun, mempercepatkan penyembuhan luka, baik untuk keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, juga baik untuk deria rasa dan bau serta ketajaman minda.





10 AMALAN UNTUK DETOKS

January 09, 2017 0 Comments



Selain mengikuti program detoks, anda boleh mengamalkan tip-tip ini untuk mengekalkan kesihatan dan proses penyingkiran toksin yang berterusan.

1) Makan lebih banyak makanan berserat termasuk beras coklat, buah-buahan dan sayuran organik, lobak merah dan putih, articok, kobis, brokoli, spirulina dan juga rumpai laut.

2) Cuci dan lindungi hati dengan mengambil makanan herba seperti akar dandelion, milk thistle dan meminum teh hijau.

3) Ambil suplemen Vitamin C, di mana ia membantu badan menghasilkan glutation iaitu bahan yang secara semulajadi dihasilkan oleh hati yang membantu proses penyingkiran toksin.

4) Minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari.

5) Tarik nafas dalam-dalam untuk membenarkan oksigen beredar dengan lengkap sepenuhnya ke sistem badan anda.

6) Kawal tekanan dengan sentiasa menyemai emosi positif dalam diri.

7) Lakukan aktiviti hidroterapi iaitu dengan mandi air yang betul-betul panas lebih kurang 5 minit dan lalukan air tersebut pada belakang badan anda. Kemudian alirkan air sejuk selama 30 saat. Lakukannya 3 kali dan kemudian tidur selama 30 minit.

8) Lakukan sauna supaya badan anda mengeluarkan peluh dan ini akan menyingkirkan sisa buangan melalui perpeluhan.

9) Cuba lakukan detoks spa kaki atau merendam kaki untuk menyingkirkan toksin melalui liang pori. Anda juga boleh memberus kulit anda menggunakan berus khas yang dijual di farmasi.

10) Dan yang paling penting untuk detoks ialah dengan bersenam. Aktiviti yoga dan lompat tali adalah antara aktiviti yang bagus untuk bersenam. Anda juga boleh mencuba aktiviti lain seperti Qigong.

KENALI POTENSI DIRI

January 09, 2017 0 Comments
Sedikit perkongsian tentang Les Brown. Kenal tak siapa Les Brown? Saya rasa ramai yang kenal. Yang tak kenal tu, lepas ni boleh cari di Google. Saya selalu gelar beliau sebagai Dr Azizan Osman in American Version. Hihi.... Bila orang tanya siapa Les Brown, saya akan bagi klu DAO. Bukan apa, supaya senang orang nak teka dan bayangkan siapa di sebalik nama tersebut.


Haa.... Inilah dia Les Brown. Betul tak klu saya bagi? Hihi... Beliau adalah salah seorang penceramah motivasi yang saya minat selain daripada DAO. Selalu dengar ceramah motivasi yang dikongsikan beliau di YouTube. Sebab nak lagi senang, saya siap muat turun dan simpan dalam bentuk fail MP3. Senang nak dengar banyak kali kan? Dengan penyampaian beliau yang penuh dengan tenaga dan aura positif, setiap yang mendengar pastinya akan merasa hidup semula setelah pernah terjatuh dalam kehidupan.

Jika di Malaysia kita ada DAO. Saya rasa ramai yang memang dah kenal DAO kan. Setiap kali saya mendengar ceramah motivasi dari Les Brown, saya bayangkan begitulah DAO semasa memberikan ceramah di bengkel-bengkel anjurannya. Tetapi saya masih belum berpeluang untuk menghadiri bengkel dan seminar yang dianjurkan oleh beliau.

Les Brown terkenal sebagai penceramah motivasi, seorang penulis dan juga personaliti tv. Beliau terkenal sebagai penceramah motivasi yang selalu menyampaikan mesej positif dengan tenaga yang tiada batasnya. Penyampaiannya sering menyentuh tentang bagaimana kita harus keluar dari kehidupan sederhana dan seterusnya hidup dengan kehidupan yang paling unggul. Segala mesej yang disampaikan adalah melalui pengalaman hidup beliau sendiri.

Beliau dilahirkan di Liberty City, Miami, Florida dengan seorang lagi abang kembar dalam sebuah keluarga yang berpendapatan rendah. Mereka telah diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita bujang yang mulia hatinya pada usia 6 minggu. Mrs Mamie Brown iaitu ibu angkatnya walaupun dengan pendidikan dan kewangan yang tidak seberapa, tapi ketulusan hatinya menyebabkannya kuat dan mampu untuk menjaga Les Brown sehingga dewasa.

Semasa di sekolah, Les Brown dikenali sebagai slow learner oleh kerana gurunya gagal untuk mencari potensi dalam diri beliau. Beliau tidak mempunyai pendidikan tinggi yang formal, namun disebabkan oleh ketabahan, ketekunan dan kecekalan hati beliau terus belajar dengan sendiri tanpa henti. Pendidikan berterusan tersebut akhirnya mencungkil potensi besar dalam diri Les Brown. Keinginan beliau untuk terus mempelajari dan mengetahui potensi dirinya sendiri akhirnya menjadikan beliau seorang yang dikenali dan berjaya membantu lebih ramai orang untuk hidup lebih berjaya.

Hebatkan? Pastinya kita juga ingin menjadi hebat seperti mereka. Ikut seperti apa yang mereka buat, ikut pesanan yang mereka beri, pastinya kita juga boleh menjadi seperti orang yang berjaya. Ia memang bukan mudah, tetapi dengan ketekunan dan kekentalan hati, pastinya ia bukan sesuatu yang mustahil.

DETOKS PERLU UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

January 09, 2017 0 Comments
Adakah anda sering merasakan badan anda lemah dan tidak cergas setiap kali anda bangun pagi dan sepanjang hari anda bekerja? Atau adakah anda bergelut dengan masalah kulit, sakit-sakit badan atau masalah berkaitan penghadaman? Atau anda bermasalah dalam menurunkan berat badan walaupun setelah beberapa kali anda berusaha sebaik mungkin? Ini mungkin masanya untuk anda melakukan proses detoks. 

Detoks telah diamalkan selama berabad-abad oleh setiap budaya masyarakat di dunia termasuk dalam sistem perubatan Cina dan juga Ayurveda. Detoks didefinisikan sebagai proses yang berehat, pembersihan dan penyuburan semula badan dari dalam dan luar.





Proses ini menghapus dan menyingkirkan toksin, dan memberikan badan anda dengan nutrien yang sihat. Dengan ini ia membantu melindungi anda daripada penyakit dan memperbaharui keupayaan anda untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Bagaimana proses detoks berlaku? Secara asasnya,proses detoksifikasi dikatakan proses pembersihan darah. Ini dilakukan dengan mengeluarkan segala kekotoran dari darah di dalam hati, di mana toksin akan diproses untuk disingkiran. Badan menyingkirkan toksin melalui ginjal (buah pinggang), usus, paru-paru, limpa dan juga kulit. Jadi jika sistem ini terjejas, segala kekotoran tidak boleh diproses dengan sempurna dan akhirnya ini akan menyebabkan sel di dalam badan terjejas.

Program detoks dapat membantu proses pembersihan semulajadi tubuh dengan :

- merehatkan organ-organ melalui berpuasa
- merangsang hati untuk menyingkirkan toksin dari tubuh
- menggalakkan penyingkiran toksin melalui usus, ginjal dan kulit
- menambahbaik sistem peredaran darah
- membekalkan tubuh dengan nutrien yang sihat

Detoks adalah perlu bagi setiap orang dan disarankan bahawa setiap orang perlu untuk detoks paling kurang sekali setahun. Walaubagaimanapun detoks tidak begitu digalakkan bagi ibu mengandung, ibu menyusu, kanak-kanak dan pesakit kronik, kanser, batuk kering dan sebagainya. Jika anda tergolong dalam golongan ini, dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan proses detoks.

Proses detoks adalah sangat penting pada masa kini lebih-lebih lagi dengan keadaan alam sekitar yang telah tercemar dan menyebabkan wujudnya pelbagai toksin dalam persekitaran kita. Anda sangat-sangat disarankan untuk proses detoksifikasi sekiranya mempunyai simptom-simptom berikut :

- keletihan melampau
- penyingkiran bahan buangan yang lembap
- gatal-gatal kulit
- alahan
- jangkitan ringan
- mata bengkak atau kantung di bawah mata
- perut kembung
- masalah haid
- kecelaruan mental

Ramai yang tidak tahu bagaimana ingin memulakan proses detoksifikasi. Apa yang perlu anda buat ialah pertamanya kurangkan toksin dalam kehidupan seharian anda. Sebagai contoh, kurangkan pengambilan alkohol, minuman dan makanan berkafein, makanan bergula dan lemak tepu serta tabiat merokok. Ini semua bertindak sebagai toksin di dalam badan di mana ia akan menghalang proses penyembuhan pelbagai penyakit.
 
Selain itu anda juga perlu mengurangkan penggunaan pembersih berasaskan bahan kimia di rumah anda dan juga produk penjagaan kesihatan peribadi seperti pencuci, syampu, deodoran dan ubat gigi. Anda boleh menggantikannya dengan pilihan produk yang semulajadi.

Tekanan juga merupakan salah satu penghalang kepada kesihatan yang baik. Ini kerana apabila dalam keadaan tertekan, badan anda akan melepaskan hormon adrenalin ke  dalam badan. Peningkatan hormon adrenalin akan menyebabkan peningkatan tenaga secara tiba-tiba di mana kadang-kadang ia boleh menyebabkan kekuatan yang luar biasa. Apabila hormon ini terhasil dalam jumlah yang banyak, ini akan mewujudkan toksin dan melambatkan proses enzim detoks di dalam hati.

Banyak program detoksifikasi dan resepi detoks yang boleh anda cuba bergantung pada keperluan individu. Kebanyakan program detoks mengambil masa 7 hari kerana badan memerlukan masa untuk membersihkan darah.

PERLU BELANJA MAHAL KE NAK CANTIK?

January 09, 2017 0 Comments
Kesihatan tubuh badan bergantung kepada pemakanan harian yang kita ambil. Vitamin C adalah yang terbaik untuk menyegarkan minda dan kulit yang keletihan. Vitamin C merupakan nutrien penting dalam membantu penghasilan kolagen iaitu sejenis protein yang mengikat sel-sel dalam tubuh kita.

Tubuh yang kekurangan vitamin C akan menyebabkan kulit dan membran mukus lemah upaya. Keadaan ini akan menyebabkan kulit menjadi hilang sifat elastiknya. Bukan itu sahaja, jika tubuh tidak cukup vitamin C, ini akan melemahkan sistem imun tubuh untuk menentang jangkitan bakteria, virus dan juga sinar ultraungu yang menyebabkan bintik jeragat di kulit.

Vitamin C boleh diperolehi dari sayuran dan buah-buahan. Tetapi kandungan vitamin C dalam sumber semulajadi tersebut mudah musnah terutamanya terkena haba panas semasa proses memasak. Disebabkan vitamin C ini adalah vitamin yang larut air, jadi ia tidak akan disimpan di dalam tubuh kita. Lebihan vitamin C yang tidak diperlukan tubuh akan disingkirkan melalui air kencing. Inilah sebab kenapa kita perlu membekalkan badan kita dengan vitamin C setiap hari.



Mesti ada persoalankan?


"Hari-hari saya makan sayur dan buah, tapi berkedut juga kulit saya"

Pernah tak dengar keluhan begini? Setiap sesuatu berlaku pasti ada sebabnya bukan? Antara penyebabnya ialah :

Pertamanya : anda seorang yang suka dan kerap mengambil minuman berkafein.

Keduanya : vitamin C yang anda ambil dari sumber sayuran dan buah-buahan tidak mencukupi untuk tubuh anda.

Jadi bagaimana? Nasihat saya, ambillah suplemen atau makanan tambahan untuk menampung vitamin C untuk keperluan tubuh anda. Makanan tambahan memang dah berlambak di pasaran untuk anda pilih. Tapi tapi tapi.... Pilihan di tangan anda. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan membeli hanya mengikut hawa nafsu. Bagus kata orang, bagus juga kata kita. Cepat putih dan gebu kata orang, cepatlah juga kata kita.

Jangan jangan jangan. Anda tahu anda bijak menentukan pilihan anda. Jadi pilihlah yang terbaik supaya tidak merasa ditipu dan memudaratkan anda. Selidik selidik selidik terlebih dahulu. Itu pun jika anda seorang yang sabar. Putih cepat, gebu cepat, kurus cepat, apa lagi yang cepat-cepat. Semuanya tidak menjanjikan keselamatan yang terbaik untuk anda.

Nak tau yang terbaik? Carilah yang disebalik pembuatannya mempunyai latarbelakang yang kukuh. Punyai R&D Department. Punyai kajian klinikal yang berpuluh ribu disahkan keberkesanan dan keselamatannya.

Yang murah tak mesti elok. Yang mahal tak mesti membazir. Pilihan di tangan anda. Anda yang tentukan :)

Nana
SID 1104380
Beauty & Health Consultant
017 244 2982