Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

KOLAGEN : APA TU?

Salam buat semua pembaca. Terima kasih sebab sudi datang jenguk blog saya, walaupun saya ni macam biskut Chipsmore kan? Hihihi... Saya nak je janji, takkan hilang lagi. Tapi takut pula kalau tak dapat tepati janji kan. Nanti tak pasal-pasal, naik pula nama saya dalam senarai blogger yang 'cakap tak serupa bikin' Hahaha... Takpe, saya cuba sehabis baik untuk anda semua :)

Jom kita sembang pasal kolagen pula kali ni. Rasanya, nak gelak tak tengok tajuk tu? Hehe... Yelah, tajuk bunyi macam orang jakun pula kan. Takpe, biar jakun asalkan kita ada niat nak tau tentang sesuatu yang kita tak tau. Daripada kita duduk je dan terus buat tak tau kan? Sedih pula kalau jadi macam katak di bawah tempurung nanti.

Dah, jangan sembang kosong panjang-panjang. Buang masa nanti. Saya rasa, mesti ramai yang tak tahu apa itu sebenarnya kolagen. Ramai yang pandai sebut je, tapi tak tahu pun kolagen tu macam mana. Dan satu lagi saya pasti ramai yang cuma tahu kolagen ni fungsi dia untuk kecantikan sahaja. Tapi anda dah silap. Selain daripada untuk kecantikan, kolagen juga ada fungsi lain tau.

Kolagen adalah sekumpulan protein yang menghubungkan dan juga menyokong tisu badan yang lain seperti kulit, tulang, salur darah, tendon, otot dan tulang rawan. Ia juga menyokong organ-organ dalam badan. Dan jika anda nak tahu, kolagen juga hadir dalam gigi kita! Rasa pelik tak? Tapi itulah kenyataannya, gigi kita juga mengandungi kolagen. Kolagen membentuk 30% daripada 100 ribu jenis protein yang wujud di dalam badan manusia.

Kolagen merangkumi 1/3 daripada protein yang ada di dalam badan manusia

FUNGSI KOLAGEN 
Jom kita lihat apa pula fungsi kolagen dalam tubuh kita. Secara umumnya, jika orang tanya apa fungsi kolagen, mesti kita akan jawab : untuk kecantikan, untuk menganjalkan kulit, supaya kita kelihatan seperti muda dari usia sebenar kita. Betul tak? Ya, jawapan yang anda bagi sememangnya sudah betul, kerana itu adalah sebahagian dari kebaikan kolagen.


Secara umumnya, dengan kehadiran kolagen dalam tubuh kita, tubuh kita menjadi suatu bentuk yang selamat dan stabil di mana kolagen ini telah menjalankan fungsinya dengan baik iaitu dengan menggabungkan semua sel dan tisu badan kita. Dalam masa yang sama, ia juga mengikat sel dan tisu ke organ dan juga seterusnya menghubungkan ke tulang. 

Dengan penggabungan tersebut, maka terhasilah bentuk badan kita seperti yang kita miliki. Ini adalah fungsi utama yang perlu kita tahu tentang fakta kolagen. Selain itu kolagen juga membekalkan nutrien dan oksigen yang mencukupi kepada sel. Di samping itu juga, kolagen bertanggungjawab dalam membantu perkumuhan sisa buangan oleh badan. 


PENGURANGAN KOLAGEN SELARAS USIA

Kolagen sebenarnya sentiasa memperbaharui dengan sendirinya. Tetapi semakin kita berusia, kulit akan semakin kehilangan upaya untuk menggantikan kolagen yang lama. Pada usia 25 tahun, penghasilan kolagen akan mula berkurang, di mana ia juga akan melambatkan kadar metabolisme di dalam badan. Kekurangan kolagen akan mewujudkan masalah-masalah kesihatan yang berikut :
  • Kedutan, garis-garis halus, kulit kendur dan kurang anjal, rambut beruban dan rambut gugur
  • Tekanan darah tinggi, masalah tulang dan sendi, rabun jauh
  • Aterosklerosis
Pengurangan kolagen selaras dengan peningkatan usia
Graf ini dihasilkan dari kajian antarabangsa. Graf menunjukkan jumlah kulit dan tulang serta perubahan kulit di kalangan wanita yang berumur di antara 20 hingga 69 tahun. Bukti ini menunjukkan bahawa tanda-tanda penuaan hadir apabila badan kekurangan kolagen. Sintesis kolagen aktif sehingga umur awal 20-an, tetapi akan mula menurun sekitar usia 25 tahun. 


BERAPA BANYAK KOLAGEN YANG KITA PERLU?

Saya rasa ramai di antara kita yang tidak kisah dengan kuantiti kolagen untuk keperluan badan. Ramai yang masih tidak tahu berapa banyak keperluan kolagen yang kita kena ambil sebagai diet harian. Dalam usaha untuk meningkatkan sintesis kolagen dalam badan, kita perlu mengambil 2.5g - 5g kolagen setiap hari. Walaupun pengambilan 2.5g setiap hari sudah cukup untuk mengekalkan kesihatan anda, tetapi kuantiti pengambilan sebanyak 5g akan menggalakkan kesihatan lebih terjamin. Jika pengambilan kolagen secara terus melalui makanan yang kaya kolagen, badan kita akan memerlukan antara 250g - 500g setiap hari. 

Contoh makanan yang kaya dengan kolagen ialah, sirip ikan yu dan kepak ayam. Tetapi ia adalah mustahil untuk kita mengambil sejumlah 250g - 500g makanan tersebut setiap hari. Sedangkan, seboleh-bolehnya kita nak elak pengambilan makanan tersebut secara kerap. Ini kerana pemakanan tersebut mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi. Sesuatu yang mustahil jika kita ingin mendapatkan kolagen dengan cara mengambil pemakanan yang kaya dengan sumber kolagen secara berterusan. Dan untuk pengetahuan semua, kolagen dari haiwan adalah agak tidak sihat kerana ia mengandungi kuantiti lemak yang tinggi.

Jadi penyelesaian terbaik adalah dengan cara mengambil suplemen atau makanan tambahan yang mengandungi kolagen. Ini adalah satu cara yang mudah untuk membekalkan kolagen dan dalam masa yang sama mengelakkan pengambilan lemak dan kalori yang berlebihan yang tidak kita inginkan.



PROSES SINTESIS KOLAGEN DI DALAM BADAN

Kolagen mengandungi banyak helaian asid amino yang diikat bersama, di mana saiz molekulnya adalah agak besar. Apabila kita mengambil kolagen, ia dipecahkan oleh jus gastrik, enzim pankreas, dan enzim yang terdapat di dalam usus kecil. Kemudian, peptida yang terdiri daripada asid amino yang disusun sebagai satu kemudian diserap ke dalam salur penghadaman.  


Terdapat satu teori mengatakan bahawa prolin adalah salah satu asid amino yang ditemui dalam kolagen, yang membantu untuk menggalakkan sintesis kolagen dan ia telah terbukti menjadi idea yang boleh dipercayai.

Prolin adalah asid amino penting untuk penghasilan kolagen dan rawan
Sesetengah pendapat mengatakan, meletakkan kolagen secara langsung kepada kulit melalui suntikan kolagen adalah tidak memberi kesan sama sekali. Ia cuma dipercayai dapat mengurangkan iritasi pada kulit dan hanya memberikan kelembapan. Dipercayai, molekul kolagen yang sangat besar menyebabkan ia agak sukar untuk diserap terus ke dalam kulit kita.

Okay, setakat ini dulu cerita kita tentang kolagen. Jangan lari jauh-jauh ye, sebab lepas ni menyusul pula sambungan tentang entry bagaimana panduan memilih suplemen kolagen yang terbaik. Dan jangan lupa promosi  Serbuk Kolagen dari Shaklee. Beli 6 percuma 1, untuk bulan ni sahaja ya! Rebut peluang kalau tak nak rugi :)

Entri asal : www.blognana.com (2014)

No comments:

Post a Comment