Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Saturday, January 7, 2017

SHAKLEE DAN IBU

Entri asal : www.blognana.com (2014)

Mengenangkan kembali Hari Ibu yang disambut semalam 11/05/2014. Memandangkan semalam tak sempat nak post entry ni, jadi saya post balik hari ni pun boleh kan? Hari-hari pun Hari Ibu sebenarnya. Eh! Tunggu kejap... Jom kita nyanyi dulu lagu ni untuk ibu-ibu kita. Tak kira la, suara sumbang ke, suara ke laut ke, ke utara selatan ke... Nyanyi je ok? Hihi...

Ibu.. Ibu..
Engkaulah ratu hati ku..
Bila ku berduka, engkau hiburkan selalu..
Ibu.. Ibu..
Engkaulah ratu hati ku.. 

Sebut je Hari Ibu, automatik saya terfikir lagu ni zaman saya kecil-kecil dulu. Kalau tak silap lagu iklan Nespray kan? Kalau ibu atau saudara mara tanya je, "Minum susu apa Na?" Mesti saya jawap ''Nespray'' Haha...

Padahal tak minum susu Nespray pun. Disebabkan susu Nespray yang paling popular masa tu, sampai jadi kata pujangga pula bagi saya.Tengok..betapa kuatnya pengaruh iklan pada pemikiran kanak-kanak kan. Hihi..

Cerita tentang Hari Ibu ni, saya nak kongsi sikit kisah ibu baru-baru ni. Mungkin boleh jadi ilham untuk anda nak bagi HADIAH TERBAIK untuk ibu lepas ni. Tak mesti bagi hadiah masa Hari Ibu dan Hari Jadi saja kan? Kalau kali ni anda terlepas nak bagi HADIAH TERBAIK ni buat hadiah Hari Ibu, lain kali pun anda boleh je bagi. Sebab hari-hari memang Hari Ibu. Tak gitu? Hihi.

Sebulan yang lepas, saya hadiahkan ibu satu set suplemen untuk sakit sendi. Saya tak pasti la sangat jenis penyakit ibu ni. Tapi yang saya tau sangat, ibu ni memang kerap sakit kaki, lenguh-lenguh, tak larat nak jalan jauh, cepat penat, sakit pinggang dan macam-macam lagi. Hihi..

Ok, jadi saya teka sendiri la yang ibu ni sebenarnya ada masalah sendi atau tulang. Almaklumla kan, perempuan memang tak boleh lari dari masalah ni bila usia semakin meningkat. Dipendekkan cerita, setelah 3 minggu ibu makan set sendi tersebut, saya baru bertanya macam mana kesihatan ibu. Memang sengaja saya tanya lambat sebab badan ibu ni jenis liat sikit nak terima perubahan selepas makan sesuatu.

Masa tengah tunggu jawapan tentang kesihatan ibu tu, sebenarnya saya pun tak la mengharap sangat juga perubahan mendadak. Yelah, ini kan hanya makanan tambahan yang fungsinya untuk membaiki sistem tubuh supaya menjadi lebih baik. Bukan macam dadah yang fungsinya untuk menyembuhkan masa makan tu juga (tapi hanya untuk beberapa jam je). Bahaya tak ubat macam tu?

Ok, ni jawapan ibu : Mula-mula makan tu, tak rasa sangat perubahan dia. Kadang-kadang ok, kadang-kadang sakit balik kaki ni. Tak pasti juga.. (ibu memang selalu macam ni, memang fav word ibu tu : tak pasti) Hihi.. Lepas tu, saya tanya lagi, macam mana kalau jalan jauh, penat tak kaki?

Haaa…. Ini lah keputusan yang sebenar. Terus ibu jawap lagi : Aah lah Na… Hari tu ikut ayah pergi bandar, teman beli barang. Tak perasan pulak, kaki ni boleh bertahan walaupun berjalan seharian. Tak rasa penat lah pulak.. 

Haaa.. Anda lihat?? Ibu sebenarnya tak perasan pun, yang kaki dia dah ok masa tu. Mungkin dia dah syok berjalan kot tanpa sebarang masalah. So, dia tak mengeluh sakit kaki. Jadi tak perasan la yang kaki dah ok. Hihi..Serius saya cakap, ibu memang jenis tak tahan berjalan jauh dan lama. Even pergi market selama 2 jam beli lauk je pun, balik tu ibu mesti mengadu sakit lutut, sakit tumit, sakit kaki.

Tak terkira rasa leganya masa tu. Sebab, kaki ibu semakin ok. Kesihatan ibu semakin baik. Saya senyum lebar sampai ke telinga dengar apa yang ibu cakap. Nak gelak pun ada masa tu, sebab cerita ibu tu macam lawak pulak, sebab ibu sendiri tak perasan yang dia dah pernah jalan seharian kat bandar tanpa rasa sakit kaki lagi. Amboi ibu.. Mentang-mentang kaki dah kuat ye, seronok la ikut ayah jalan lama-lama.

Apa pun, saya bersyukur sebab kesihatan ibu semakin baik. Dan sempena Hari Ibu dan Hari Jadi ibu bulan ni, saya plan nak hadiahkan ibu VIVIX. Kerana dirimu begitu berharga ibu, saya sanggup laburkan wang tak kira berapa pun harga yang perlu dibayar. Wang masih boleh dicari, tapi dirimu ibu takkan ada pengganti.

Inilah HADIAH TERBAIK yang saya katakan tadi iaitu KESIHATAN yang tinggi nilainya buat ibu.
Time tulis perenggan terakhir cerita tentang ibu ni, tiba-tiba rasa sebak sendiri pula. Sedih juga tak dapat sambut Hari Ibu bersama-sama. Tapi saya bersyukur kerana masih ada ibu. Tak apa kan ibu, nanti kita sambut Hari Jadi ibu sama-sama ya :) 

Being a full-time mother is one of the highest salaried jobs, since the payment is pure love. HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOM IN THE WORLD. I love you so much mom. And you too dad.


Antara 4 Gorgeous Moms dalam gambar ni, mana satu yang mengamalkan vitamin Shaklee?



 Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan/ side income 3-4 angka sebulan?

Hubungi Nana untuk mendapatkan :

FREE CONSULTATION 24/7
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE

Nana
Shaklee ID : 1104380

017 244 2982 ( SMS/Whatsapp )

No comments:

Post a Comment