Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Monday, January 9, 2017

CARA UNTUK CUKUPKAN AIR BADAN KETIKA BERPUASA


Ramai orang berpendapat adalah sukar untuk seseorang meminum air kosong yang secukupnya semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Disebabkan oleh jangka masa berpuasa yang agak panjang, anda mungkin akan jatuh sakit jika tidak mengambil air dengan secukupnya. 

Badan kita sentiasa kehilangan air melalui air kencing, peluh dan proses respirasi. Jadi amat penting untuk kita menggantikan semula air yang telah hilang dari badan. Penggantian air dalam badan sangat penting kerana ia boleh mengelakkan anda dari jatuh sakit. 

Walaupun anda sedang berpuasa, tidak bermakna anda tidak boleh mengambil air yang secukupnya dalam sehari. Sama seperti masa-masa biasa, anda juga boleh mengambil sekurang-kurangnya 8 gelas air dalam sehari. Ini lebih lagi penting bagi mereka yang mengambil ubat hospital ataupun suplemen. Air membantu suplemen dan ubat untuk bekerja dengan lancar di dalam badan anda. Apabila ianya berjalan dengan lancar, maka ubat atau suplemen akan mudah untuk melakukan fungsinya. Sebab itulah, walaupun berpuasa anda tidak harus tinggalkan air kosong.


Lihat carta di atas, bagaimana anda boleh melengkapkan pengambilan 8 gelas air dalam sehari semasa bulan puasa. Sangat mudah bukan?
  • 1 gelas selepas azan maghrib
  • 1 gelas selepas solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan
  • 1 gelas selepas solat isyak
  • 1 gelas selepas solat tarawikh
  • 1 gelas sebelum tidur
  • 1 gelas selepas bangun sahur
  • 1 gelas selepas sahur

Jadi lepas ni tak ada alasan lagi dah nak minum air secukupnya walaupun di bulan puasa. Dengan panduan di atas, kini anda telah mencegah penyakit dari datang kepada anda di bulan puasa ni. Ingat ye, sentiasa jaga kesihatan anda memandangkan tak lama lagi dah nak raya. Pastinya anda tidak mahu ketinggalan menyambut Hari Raya bersama keluarga tersayang kan? Jadi jangan takut untuk minum air kosong ye. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya melakukannya :)

No comments:

Post a Comment