Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

KENAPA IKAN BAWAL TU MAHAL?




Pagi-pagi, sedang buat sedikit pembacaan dalam bilik, tiba-tiba mak ketuk pintu bilik. Ingatkan hal apa, rupanya mak suruh keluar tengok rancangan Jom Pi kat RTM1. Mak teruja tengok rancangan tu yang memaparkan kisah nelayan tangkap ikan di Mukah, Sarawak. Kampung halaman sendiri, siapa tak teruja kan? Tambah lagi, kami sendiri pun tak pernah tengok macam mana nelayan tangkap ikan di kawasan laut dalam. 

Rancangan Jom Pi tu nampak ringkas dan santai. Sesuai dengan info yang mereka sampaikan. Apa yang saya seronok sangat tengok ialah, mereka dedahkan cara penangkapan ikan pada krew rancangan tersebut. Sedangkan saya sendiri pun tak pernah tengok dan tahu macam mana nelayan-nelayan buat kerja dekat laut. Beruntung krew penggambaran Jom Pi sebab dapat ikut sekali ke laut. Siap ikut menyelam lagi tu.

Dan….. tak sangka dari rancangan Jom Pi tu, saya dapat satu pengajaran bila tengok cara nelayan tu bekerja. Dalam penggambaran tu, mereka ke laut dan tunjukkan cara macam mana nak tangkap ikan selar dan ikan bawal. Ikan selar dalam bahasa tempatan Sarawak, kami panggil ikan jamah.

Lepas tengok rancangan tu, baru saya tahu kenapa ikan bawal ni harga dia mahal. Jika dilihat dari semua sudut, memang logik ikan bawal mahal. Bukan setakat atas faktor rasa ikan tu yang sedap, tapi jika dikira pada kos pun agak mahal. Dan apa yang lagi mahal adalah nyawa nelayan-nelayan tersebut.

Rupanya agak rumit cara tangkapannya. Menggadai nyawa menyelam di tengah lautan. Tanpa berbekalkan tangki oksigen. Dengan pakaian menyelam yang ringkas dan hanya goggles. Besarnya jasa nelayan pada kita yang hanya tahu makan sahaja. 

Pengajaran yang saya rasa sangat berguna untuk kita semua iaitu jangan sesekali membazir makanan. Bukan hanya disebabkan oleh mahalnya harga makanan tersebut, bukan disebabkan oleh wang yang kita bayar pada mereka. Tetapi lihat juga pada jasa mereka yang memperolehnya sehingga kita dapat menikmati rasa makanan tersebut. 

Jom Pi @mukahsarawak

No comments:

Post a Comment