Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

KOLAGEN SHAKLEE DAN MANFAATNYA

Salam semua. Berjumpa lagi kita di sini, bercerita tentang kolagen. Tak habis-habis dengan kolagen kan? Hehe... Biasalah tu, di bulan promosi baik Serbuk Kolagen Shaklee ni, sambil kita mencantikkan diri sambil kita menambahkan ilmu di dada. Supaya kita tak tergolong dalam golongan pengguna yang hanya pandai mengikut sahaja. Bahaya tu kalau kita suka ikut sahaja.

Nak cerita apa pula kali ni? Info tentang apa itu kolagen sudah. Cara bagaimana nak pilih kolagen terbaik pun sudah. Haaa.. kalau anda tak tau apa yang saya nak cerita, ini sah-sah menunjukkan anda tak baca pun tajuk tadi kan? Hehe... Tak apa, yang penting anda kena baca isi kandungan entry kali ni. Ok, saya tau bila saya cakap macam tu, mesti anda terus tengok tajuk kan?? Kantoi sudah.. Hehehe...

Jom saya dedahkan tentang rahsia manfaat Serbuk Kolagen Shaklee pada anda. Manfaat utama memang semua suka ni kan... Termasuklah saya. Tipulah kalau saya cakap saya tak minat nak mencantikkan diri kan? Perempuan mana boleh dipisahkan daripada kecantikan. Saya rasa zaman sekarang bukan perempuan je tau minat nak tengok kulit cantik. Malah ada juga lelaki yang amat menjaga penampilan untuk meningkatkan rasa keyakinan diri.

Dengan pengambilan Serbuk Kolagen Shaklee, anda akan tampak lebih muda dari usia sebenar. Ini kerana kolagen ini telah membantu untuk mencantikkan kita dari dalam seterusnya hingga tampak pada fizikal kita. Ia membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula rambut. Saya rasa keguguran rambut sangatlah ditakuti oleh wanita dan lelaki yang ingin kekal cantik.

Selain itu kuku juga akan menjadi lebih kuat iaitu tidak mudah pecah. Bintik putih di kuku juga akan hilang manakala pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat. Kulit pula akan kelihatan lebih lembap dan tidak kering tetapi semakin anjal. Apabila terdapat luka atau kesan jerawat, kulit akan sembuh dengan cepat di mana ia akan membantu mengurangkan parut. Manfaat yang sangat diharapkan oleh pengguna terutamanya yang semakin berusia adalah fungsi kolagen yang membantu menghalang tanda penuaan.

Serbuk Kolagen Shaklee bukan sahaja bermanfaat untuk kelihatan cantik dan muda. Tetapi ia lebih dari apa yang kita impikan. Selain daripada tampak lebih muda, ia juga berfungsi untuk memberi kesan supaya kita sentiasa rasa muda dan bertenaga. Jangan salah tafsir ya. Kelihatan lebih muda dan rasa lebih muda adalah dua situasi yang berbeza.

Bercakap tentang rasa lebih muda, maksudnya anda alaminya sendiri. Merasakan kesan yang baik pada tubuh anda. Walaupun sudah semakin berusia dan merasakan banyak kesakitan dan kekurangan tenaga, tetapi dengan bantuan kolagen ini anda mampu untuk merasakan yang anda muda kembali. Saya terangkan setiap satu fungsi kolagen ini yang membuatkan anda rasa muda.

Kolagen adalah penting sama seperti pentingnya kalsium untuk tulang kita. Ia membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinan tulang untuk menjadi rapuh. Tulang kita akan semakin kurang kepadatannya selaras dengan usia kita. Jadi sangat penting untuk menjaga kesihatan tulang sementara usia masih muda. Ia juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran pada sendi akibat pergerakan.

Selain penting untuk tulang, kolagen juga mempunyai fungsi untuk mata kita. Ini kerana, kornea mata kita memerlukan kolagen untuk membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal. Kesihatan otak juga sentiasa terjaga di mana kolagen berfungsi untuk membantu dan menyokong sel glya pada otak untuk membekalkan nutrisi. Sangat penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen supaya minda anda tetap dalam keadaan baik walaupun semakin berusia. Ini akan mengelakkan anda daripada mudah diserang penyakit nyanyuk iaitu penyakit Alzheimer.

Sekarang anda dah faham kan apa fungsi dan manfaat kolagen untuk kesihatan anda. Semoga dengan info berguna ini sedikit sebanyak akan menambahkan pengetahuan tentang pentingnya kolagen untuk kesihatan. Jika anda benar-benar perlukan sebarang konsultansi untuk masalah anda, jangan segan untuk bertanya dan mendapatkan info menarik dari saya.

Entri asal : www.blognana.com (2014)


Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan/ side income 3-4 angka sebulan?
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
FREE CONSULTATION 24/7
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE   

Nana
Shaklee ID : 1104380
017 244 2982 ( SMS/Whatsapp ) 

No comments:

Post a Comment