Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

CARA UNTUK MEMILIH SUPLEMEN KOLAGEN YANG TERBAIK

Hello semua pembaca! Macam yang saya dah janji kan? Saya tak hilang terus, betul tak? Hihi.. Okay, seperti yang saya janji dalam entry yang sebelum ni, saya nak kongsi sedikit info tentang bagaimana cara untuk anda memilih suplemen kolagen yang terbaik. Sebelum anda membeli sesuatu yang penting, sebelum anda makan dan memasukkan sesuatu ke dalam badan anda, harus diingat anda juga perlu menilai sebelum membuat keputusan untuk membelinya.

Okay, tips yang pertama ni secara umum ye. Bukan dikhaskan untuk kolagen sahaja. Setiap yang anda ambil, tak kira anda makan atau tidak, iaitu sama ada ditelan atau disapu, anda harus ingat. Produk tersebut perlu mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Okay, jika ada pembaca yang bukan dari Malaysia tetapi telah menetap di Malaysia, jangan risau. Setiap produk yang telah diluluskan oleh KKM adalah yang sah dan boleh digunakan tanpa membahayakan kesihatan luaran mahupun dalaman.

Tips yang kedua ialah pastikan produk tersebut HALAL iaitu mempunyai logo halal yang sah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Terutamanya bagi pengguna beragama Islam. Sebenarnya, halal itu bukan sahaja dinilai dari segi sumber bahan yang digunakan, tetapi ia juga merujuk kepada kebersihan produk tersebut. Dari segi cara penghasilan, pemprosesannya dan pengendaliannya. Jadi, pada pandangan saya lebih elok memilih produk yang mempunyai sijil halal tak kira kita beragama Islam ataupun tidak. Ini cuma pandangan satu sen saya sahaja ya. Selebihnya terpulang pada masing-masing. Jika anda tak pasti tentang ketiadaan logo halal pada produk, anda boleh meminta pengedar produk anda untuk menunjukkan sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.

Okay, sekarang kita berbalik kepada topik utama kita iaitu bagaimana cara untuk anda memilih suplemen kolagen yang terbaik. Tips di atas adalah tips asas dan tambahan sahaja. Hehe... terpulang pada individu untuk menilainya. 


APAKAH JENIS MAKANAN TAMBAHAN KOLAGEN DAN HARGA BAHAN PEMBUATANNYA

Terdapat 2 jenis bahan kolagen yang utama iatu daripada ekstrak haiwan dan ekstrak ikan. Kolagen terdapat dengan banyaknya di bahagian kulit. Kolagen yang terbaik adalah daripada ekstrak ikan kerana ia mengandungi protein yang tinggi dan kurang lemak berbanding dengan kolagen dari ekstrak haiwan.

Sekiranya anda memilih kolagen dari ekstrak ikan, adalah penting untuk anda mengetahui daripada bahagian yang mana ikan tersebut digunakan. Sesetengah kolagen diperolehi daripada sisik ikan di mana pada pandangan kebanyakan kita, sisik ikan adalah hanya sebagai bahan buangan semata. Juga adalah perlu untuk anda tahu tentang harga pasaran bahan-bahan yang digunakan, kerana bahan pembuatan yang mahal menunjukkan kualiti yang terbaik.


KOLAGEN DARI EKSTRAK HAIWAN

Kolagen dari ekstrak haiwan biasanya diserap dari lembu dan ayam. Menurut kajian, kolagen haiwan adalah 1/7 lebih rendah mutunya berbanding dengan kolagen ikan. Ini adalah berdasarkan pemecahan berat molekul. Kolagen hanya akan diserap selepas ia dipecahkan kepada peptida oleh enzim pencernaan. Keupayaan pemecahan kolagen adalah sama dengan keupayaan penyerapannya. 

Oleh itu, kolagen ikan adalah tujuh kali lebih senang dipecahkan dan diserap berbanding dengan kolagen ekstrak haiwan. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa daging ayam dan lembu adalah lebih sukar untuk dihadam berbanding dengan ikan. Jadi kolagen juga mempunyai ciri yang sama dalam penyerapan. Jadi, kolagen ikan adalah ternyata lebih dari dari kolagen ekstrak haiwan. 


KOLAGEN DARI EKSTRAK IKAN

Kolagen Dari Kulit Ikan Semulajadi VS Kolagen Dari Sisik Ikan Ternak : kebiasaannya harga untuk kolagen yang diekstrak dari sisik ikan adalah lebih rendah. Ini kerana harga sisik yang selalu orang anggap sebagai bahan buangan adalah lebih murah.

Jika anda membeli kolagen dari ekstrak ikan, anda cuma perlu pertimbangkan sisik dan kulit ikan adalah dari kolagen jenis yang sama iaitu Type 1 Collagen, anda boleh memilih yang harganya lebih murah. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh cara pengekstrakan yang berbeza, maka prosesnya juga berbeza sekaligus kandungan kolagen dari setiap sumber juga menjadi berbeza.

Sesetengah orang mengatakan, mereka mendapat hasil yang lebih baik dan luar biasa selepas menggunakan kolagen yang diekstrak dari kulit ikan semulajadi berbanding dengan kolagen yang diekstrak dari sisik ikan. Bagaimana ini terjadi sedangkan ia dihasilkan dari sumber kolagen yang sama jenis iaitu kolagen Type 1.

Saya terangkan sedikit tentang perbezaan proses pengekstrakan ini ya. Oleh kerana kulit ikan lembut, kolagen boleh diekstrak sepenuhnya dengan menggunakan haba dan enzim. Sebaliknya, sisik ikan yang keras tidak akan cair jika diekstrak dengan haba dan enzim.


Jadi nampak tak kesimpulannya di sini, tips untuk pemilihan kolagen sebagai makanan tambahan. Kolagen dari ekstrak ikan adalah lebih baik daripada kolagen ekstrak haiwan. Kolagen yang berkualiti tinggi dikatakan mampu memberi kesan anti penuaan seperti yang berikut : 
  • meningkatkan kepadatan tulang
  • menggalakkan pertumbuhan rambut
  • menghilangkan sakit sendi
  • menganjalkan kulit
  • mencantikkan payudara
  • melegakan sembelit
Dengan kemajuan terkini dalam teknologi perubatan, penyelidikan dan pembangunan (R & D) telah berkembang dengan pesatnya, bukan sahaja dalam menyembuhkan penyakit, malah juga menemui cara untuk mengekalkan kecantikan kulit supaya kelihatan sentiasa muda. Ini telah dijelaskan sebagai anti-penuaan yang kini sememangnya satu istilah biasa yang diterima dan digunakan secara meluas pada zaman ini. Cara yang paling mudah dan yang paling pasti mempunyai kesan-kesan anti-penuaan adalah untuk mengambil kolagen sebagai diet tambahan.
Sekarang anda dah tau kan, macam mana nak pilih kolagen yang terbaik dan bernutu tinggi. Jangan pilih secara rambang sahaja. Anda sendiri perlu tahu, kolagen tersebut dihasilkan dari bahan apa. Semakin mahal harga kolagen, semakin baik kualitinya. Seperti yang saya jelaskan tadi, harga bahan pembuatan tersebut yang menjadikan ia mahal. Tetapi yang mahal, pasti hasilnya pun mahal pada kulit anda bukan? Jadi, jangan takut untuk berbelanja lebih sekiranya anda nak hasil yang lebih baik juga.

Entri asal : www.blognana.com (2014)


Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan/ side income 3-4 angka sebulan?
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
FREE CONSULTATION 24/7
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE   
Nana
Shaklee ID : 1104380
017 244 2982 ( SMS/Whatsapp ) 
   

No comments:

Post a Comment