Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Wednesday, January 11, 2017

TOK NAN : PERGINYA SEORANG PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT

"Oooohaa.."

"Kita idup mesti berguro, baruk panjang umor.. Tok muka menjus jak jak, susah juak"

"You oh you..."

 

Demikianlah kata-kata jenaka yang selalu diucapkan oleh Tok Nan kepada rakyat Sarawak sehinggakan ia dianggap menjadi trademark beliau. Hari ini, seluruh rakyat Sarawak dikejutkan dengan berita sedih yang sukar diterima atas pemergian Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Satem atau lebih dikenali sebagai Tok Nan oleh masyarakat Sarawak. Satu kehilangan yang sangat besar buat rakyat Sarawak. Betapa kehilangan beliau memberi kesan pada hati setiap rakyat.

Tok Nan menghembuskan nafas terakhirnya di IJN Kota Samarahan, Sarawak pada 11 Januari 2017 jam 1.24 petang. Pemergian yang sangat mengejutkan ini diratapi oleh seluruh masyarakat. Manakan tidak, beliau adalah tokoh pemimpin Sarawak yang sangat dikagumi dan berjiwa rakyat. Besar jasanya buat kami rakyat Sarawak. 

Tok Nan dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke 5 pada 28 Februari 2014 menggantikan Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Kepimpinan beliau selama hampir 3 tahun, membuktikan bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang berkaliber dan berjiwa rakyat. Beliau adalah harapan kami rakyat Sarawak. Bukan sahaja dianggap sebagai pemimpin, malah seperti ayah dan datuk kepada seluruh warga Sarawak. Kehilangan beliau hanya seperti mimpi dan masih sukar untuk dipercayai.

Pengorbanan dan jasa Tok Nan untuk rakyat Sarawak akan kami kenang sampai bila-bila. Semoga roh Tok Nan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat. Jenazah Tok Nan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang pada 12 Januari 2017 selepas solat Zohor. Marilah kita sama-sama sedekahkan doa dan berikan penghormatan terakhir buat pemimpin yang kita sayangi ini.














2 comments:

  1. Replies
    1. benar ya. rasa xcayak tok nan dah xda. sedih ati tiap kali nangga post n komen orang psal nya.

      Delete