Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

KISAHKU YANG DULUNYA KAKI BOTOL


Kaki botol? Baca tajuk saja pun mesti dah kecoh kan? Pengakuan berani seorang wanita bahawa dirinya seorang kaki botol. Belum baca pun mesti jadi mangsa kutuk habis-habisan kan? Sebab itu memang penyakit rakyat Malaysia. Malas membaca dan suka menuding jari menghakimi orang lain. Tapi tak semua. Bagi yang minat dan rajin membaca tu, saya ucapkan tahniah. Kerana anda dah upgrade diri anda sendiri :)

Siapa yang tak tahu maksud kaki botol kan? Perangai orang yang suka mabuk, suka minum arak. Ye ke saya ni kaki botol dulu-dulu? Saya rasa hanya kawan-kawan rapat sahaja yang tahu, yang saya ni pernah jadi kaki botol.

Oklah, saya menyerah. Saya memang nak buat pengakuan yang saya ni pernah jadi kaki botol. Mesti anda nak tahu juga kan, macam mana saya boleh terjebak dengan botol-botol tu. Macam-macam perasaan sebenarnya bila jadi kaki botol. Rasa seronok, suka, teruja, semua perasaan ada. Rasa kepuasan tu tak payah cakap la. Memang rasa puas bila kita buat benda yang memang kita suka kan?


Sebenarnya bukan dulu saja tabiat ni. Malah sampai sekarang pun saya masih kaki botol. Saya memang pantang nampak botol ni. Kalau saya rasa suka, saya tak kisah apa orang nak kata. Janji saya dapat kepuasan tu.

Cut! Cut! Seriusnya baca, sampai dah terbayang-bayang keadaan saya ye. Hihihi…. Minta maaf ye semua. Saja nak bagi suspen sikit. Tapi memang betul pun saya kaki botol. Saya tak tipu. Cuma bezanya saya bukan kaki botol yang suka minum dan mabuk :)

Saya cuma suka kumpul botol-botol untuk jadi koleksi saya. Hihi…. Memang pantang tengok botol, saya mesti simpan. Biasa koleksi botol yang saya simpan terdiri daripada botol minyak wangi dan botol minuman kaca. Tak kisah botol tu kecil ke besar, janji menarik pada mata saya, pasti saya simpan. Sampaikan botol minyak wangi yang saya hadiahkan pada mak ayah pun saya minta balik kalau dah habis pakai. Hihi…. Dashyat kan orang kaki botol ni. 


Dah terlanjur cerita pasal kaki botol ni, saya nak pesan juga. Jangan jadi kaki botol yang betul ye. Tiada sebarang faedah bagi orang yang suka minum dan memabukkan diri sendiri. Binasa sedia menanti bagi orang yang suka minum ni. Bukan sahaja merosakkan hubungan dengan orang di sekeliling, malah merosakkan diri sendiri juga. Tabiat suka minum dan mabuk akan menyebabkan kerosakan pada organ dalam badan yang akhirnya boleh membawa maut. Tak siapa nak mati cepat kan?

Jadi cuba hentikan tabiat yang boleh merosakkan diri anda sendiri. Susah nak berhenti? Tak cuba lagi, mana kita tau kan kita mampu buat ke tidak? Mencuba untuk berhenti tidak akan mematikan kita, tapi tidak mahu berhenti menjemput pintu maut untuk datang dengan lebih cepat.

Tuhan juga larang kita dari minum arak. Sebab apa? Sebab Tuhan sayangkan kita, Tuhan sayang umatnya. Tuhan tak nak lihat manusia rosak akibat minum dan mabuk. Jadi, kenapa kita tak sayang diri sendiri? Betapa baiknya Sang Pencipta kita. Hanya manusia yang tidak menyedarinya.

Ingin saya bantu anda untuk buang segala tabiat tersebut? Saya boleh bantu, tapi yang penting adalah niat anda yang utama. Jika niat anda dah jelas nak berhenti, dipersilakan untuk menghubungi saya. Saya juga dah punya niat yang jelas untuk bantu sesiapa yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment