Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Monday, January 9, 2017

10 AMALAN UNTUK DETOKS




Selain mengikuti program detoks, anda boleh mengamalkan tip-tip ini untuk mengekalkan kesihatan dan proses penyingkiran toksin yang berterusan.

1) Makan lebih banyak makanan berserat termasuk beras coklat, buah-buahan dan sayuran organik, lobak merah dan putih, articok, kobis, brokoli, spirulina dan juga rumpai laut.

2) Cuci dan lindungi hati dengan mengambil makanan herba seperti akar dandelion, milk thistle dan meminum teh hijau.

3) Ambil suplemen Vitamin C, di mana ia membantu badan menghasilkan glutation iaitu bahan yang secara semulajadi dihasilkan oleh hati yang membantu proses penyingkiran toksin.

4) Minum sekurang-kurangnya 2 liter air kosong sehari.

5) Tarik nafas dalam-dalam untuk membenarkan oksigen beredar dengan lengkap sepenuhnya ke sistem badan anda.

6) Kawal tekanan dengan sentiasa menyemai emosi positif dalam diri.

7) Lakukan aktiviti hidroterapi iaitu dengan mandi air yang betul-betul panas lebih kurang 5 minit dan lalukan air tersebut pada belakang badan anda. Kemudian alirkan air sejuk selama 30 saat. Lakukannya 3 kali dan kemudian tidur selama 30 minit.

8) Lakukan sauna supaya badan anda mengeluarkan peluh dan ini akan menyingkirkan sisa buangan melalui perpeluhan.

9) Cuba lakukan detoks spa kaki atau merendam kaki untuk menyingkirkan toksin melalui liang pori. Anda juga boleh memberus kulit anda menggunakan berus khas yang dijual di farmasi.

10) Dan yang paling penting untuk detoks ialah dengan bersenam. Aktiviti yoga dan lompat tali adalah antara aktiviti yang bagus untuk bersenam. Anda juga boleh mencuba aktiviti lain seperti Qigong.

No comments:

Post a Comment