Hati merupakan organ terbesar dalam tubuh
manusia. Ia berkeupayaan untuk membina semula organnya sendiri. Contohnya
serangan jantung akan merosakkan otot dan organ jantung, tetapi ia tidak boleh
dibina semula. Serangan pada organ hati akibat pengambilan alkohol berlebihan
boleh menyebabkan kerosakan pada organ hati, namun hati mampu membaiki organnya
sendiri.
Sebab itu kita lihat walaupun di kalangan
mereka yang suka minum arak dari usia muda, namun masih bertahan lebih lama dan
hanya akan sakit apabila usia meningkat tua. Ini kerana hati adalah sebagai
kilang pemprosesan dalam tubuh manusia di mana ia menjalankan fungsi-fungsi
kritikal termasuk membaiki organnya sendiri.
Antara
fungsi hati adalah :
1) Merembes
cecair hempedu
Cecair yang
dirembeskan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila diperlukan
ketika penghadaman makanan. Ia perlu untuk pencernaan lemak di mana lemak akan
dipecahkan kepada lapisan yang lebih kecil. Ia juga membantu dalam penyerapan
vitamin larut lemak iaitu vitamin ADEK. Fungsinya juga penting dalam asimilasi
kalsium. Selain itu hempedu juga menukarkan beta karotena kepada vitamin A.
2) Bertindak
dalam proses detoksifikasi
Metabolisma
protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang akan
disingkirkan oleh hati. Hati mengawal metabolisma protein. Untuk detoksifikasi
ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik,
racun serangga, dadah, alkohol dan bahan kimia dengan bahan lain yang kurang
toksik. Bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari ginjal (buah pinggang). Jadi
untuk memastikan fungsi hati anda baik, fungsi buah pinggang juga perlu
sempurna.
3) Mengawal
paras gula dalam darah
Hati
menukarkan tiroksina iaitu hormon tiroid ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran
yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati
mewujudkan GTF iaitu faktor toleransi gula dari kromium dan glutasi. GTF
diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul.
Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen dan kemudian
ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga
memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.
4) Penting
dalam metabolisma lemak
Hati sangat
penting dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika
pengeluaran kolestrol, lipoprotein dan phospholipid dan juga ketika
pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Makanan berlebihan akan
ditukarkan kepada lemak di dalam hati yang kemudiannya diangkut ke tisu lemak
badan untuk penyimpanan.
Begitulah
kepentingan dan fungsi hati untuk kita. Jagalah hati dengan baik.
Apabila hati sudah rosak teruk, ia tidak akan dapat digantikan lagi,
kerana organ hati manusia cuma ada satu.
No comments:
Post a Comment