#1 – KURUS DENGAN ASAM JAWA
Sedang menghadapi masalah berat badan? Tahukah anda, air asam jawa boleh
menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Air asam jawa
boleh dijadikan sebagai minuman harian anda. Caranya, ambil sebuku asam jawa, ramas
dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asam jawa tadi ke dalam peti
sejuk. Minum selepas makan tengah hari dan makan malam. Amalkan meminumnya
setiap hari dan anda akan dapati tubuh bertambah segar dan langsing.
#2 – MERAWAT KETUMBIT
Jika ada dalam kalangan keluarga atau rakan anda menghadapi masalah
ketumbit di mata, tidak perlu risau kerana ia mudah dirawat dengan bawang
putih. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya
dengan kuku agar keluar airnya. Sapukan pada kelopak mata yang ada ketumbit
sebanyak 3 kali sehari. Ketumbit akan beransur baik dalam masa yang singkat.
#3 – LEGAKAN SAKIT KEPALA
Sakit kepala sudah pasti setiap orang pernah menghadapinya kan? Untuk
menghilangkan rasa sakit kepala, ambil 3 atau 4 keping asam gelugor atau asam
keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokan
harinya. Sakit kepala anda akan beransur pulih.
#4 – SEGARKAN MATA YANG LETIH
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian cuci bersih.
Ramas-ramaskan dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya.
Seterusnya rendamkan mata sambil kerlipkan berulang kali. Lakukan selalu dan
anda akan merasai perubahannya.
#5 – SEMBUHKAN LUKA SELEPAS BERSALIN
Bagi wanta yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh
amalkan petua berikut. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan 2 keping asam
keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi
menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakan air tersebut.
No comments:
Post a Comment