Sedikit
perkongsian tentang Les Brown. Kenal tak siapa Les Brown? Saya rasa
ramai yang kenal. Yang tak kenal tu, lepas ni boleh cari di Google. Saya
selalu gelar beliau sebagai Dr Azizan Osman in American Version.
Hihi.... Bila orang tanya siapa Les Brown, saya akan bagi klu DAO. Bukan
apa, supaya senang orang nak teka dan bayangkan siapa di sebalik nama
tersebut.
Haa....
Inilah dia Les Brown. Betul tak klu saya bagi? Hihi... Beliau adalah
salah seorang penceramah motivasi yang saya minat selain daripada DAO.
Selalu dengar ceramah motivasi yang dikongsikan beliau di YouTube. Sebab
nak lagi senang, saya siap muat turun dan simpan dalam bentuk fail MP3.
Senang nak dengar banyak kali kan? Dengan penyampaian beliau yang penuh
dengan tenaga dan aura positif, setiap yang mendengar pastinya akan
merasa hidup semula setelah pernah terjatuh dalam kehidupan.
Jika
di Malaysia kita ada DAO. Saya rasa ramai yang memang dah kenal DAO
kan. Setiap kali saya mendengar ceramah motivasi dari Les Brown, saya
bayangkan begitulah DAO semasa memberikan ceramah di bengkel-bengkel
anjurannya. Tetapi saya masih belum berpeluang untuk menghadiri bengkel
dan seminar yang dianjurkan oleh beliau.
Les
Brown terkenal sebagai penceramah motivasi, seorang penulis dan juga
personaliti tv. Beliau terkenal sebagai penceramah motivasi yang selalu
menyampaikan mesej positif dengan tenaga yang tiada batasnya.
Penyampaiannya sering menyentuh tentang bagaimana kita harus keluar dari
kehidupan sederhana dan seterusnya hidup dengan kehidupan yang paling
unggul. Segala mesej yang disampaikan adalah melalui pengalaman hidup
beliau sendiri.
Beliau
dilahirkan di Liberty City, Miami, Florida dengan seorang lagi abang
kembar dalam sebuah keluarga yang berpendapatan rendah. Mereka telah
diambil sebagai anak angkat oleh seorang wanita bujang yang mulia
hatinya pada usia 6 minggu. Mrs Mamie Brown iaitu ibu angkatnya walaupun
dengan pendidikan dan kewangan yang tidak seberapa, tapi ketulusan
hatinya menyebabkannya kuat dan mampu untuk menjaga Les Brown sehingga
dewasa.
Semasa di sekolah, Les Brown dikenali sebagai slow learner
oleh kerana gurunya gagal untuk mencari potensi dalam diri beliau.
Beliau tidak mempunyai pendidikan tinggi yang formal, namun disebabkan
oleh ketabahan, ketekunan dan kecekalan hati beliau terus belajar dengan
sendiri tanpa henti. Pendidikan berterusan tersebut akhirnya mencungkil
potensi besar dalam diri Les Brown. Keinginan beliau untuk terus
mempelajari dan mengetahui potensi dirinya sendiri akhirnya menjadikan
beliau seorang yang dikenali dan berjaya membantu lebih ramai orang
untuk hidup lebih berjaya.
Hebatkan?
Pastinya kita juga ingin menjadi hebat seperti mereka. Ikut seperti apa
yang mereka buat, ikut pesanan yang mereka beri, pastinya kita juga
boleh menjadi seperti orang yang berjaya. Ia memang bukan mudah, tetapi
dengan ketekunan dan kekentalan hati, pastinya ia bukan sesuatu yang
mustahil.
No comments:
Post a Comment