Adakah
anda tahu bahawa haiwan mampu menghasilkan vitamin C mereka sendiri?
Contohnya seperti arnab yang mampu menghasilkan 18000mg vitamin C.
Tetapi tubuh manusia pula tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan
sendiri. Vitamin C akan hilang secara berterusan dari tubuh kita kerana
sifatnya yang larut air. Oleh sebab itu, adalah perlu untuk kita
mengambil vitamin C setiap hari untuk menggantikan vitamin C yang
hilang.
Kajian menunjukkan adalah selamat untuk mengambil 5000mg hingga 10000mg vitamin C sehari iaitu bersamaan dengan 10-20 tablet VITA C PLUS 500MG.
Dr Pauling iaitu orang yang menemui vitamin C telah mengambil sebanyak
18000mg vitamin C dalam sehari dan beliau sihat secara fizikal walaupun
telah berusia 94 tahun.
Setiap
hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan
akan menghasilkan vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas
buah tersebut ranum. Jadi sekiranya buah tidak ranum, maka ia hanya
mengandungi kandungan vitamin C yang sedikit. Kandungan vitamin C pada
buah-buahan pula akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan
akan musnah apabila terdedah pada kepanasan.
Vitamin
C juga akan mudah susut dari tubuh kita. Perokok merupakan orang yang
berisiko tinggi untuk mengalami kekurangan vitamin C. Ini kerana setiap
batang rokok mampu melupuskan vitamin C sebanyak 50-100mg dari dalam
badan. Cuba anda bayangkan jika anda menghisap 10 batang rokok sehari,
jadi anda akan kehilangan sebanyak 500-1000mg vitamin C dari dalam tubuh
anda. Selain itu, pengambilan pil perancang kehamilan dan pil penahan
sakit juga akan menyusutkan kuantiti vitamin C dengan banyak. Emosi
keresahan juga akan mempercepatkan penyusutan vitamin C dari tubuh anda.
No comments:
Post a Comment