Bulan
Oktober baru sahaja berlalu pergi. Tiada sesaat pun yang harus dikenang
lagi. Bak kata lagu P. Ramlee kan, barang yang lepas jangan dikenang.
Memandangkan
November baru sahaja bermula, masih belum banyak perkara yang nak saya
kongsikan. Bukan tak ada perkara sebenarnya. Cuma keadaan kesihatan awal
bulan yang tidak begitu mengizinkan. Ok, macam ni saya nak share
sedikit la tentang ni.
Sejak beberapa hari lepas saya sering tidur lewat kerana menyiapkan beberapa artikel yang saya tulis untuk Ohibu
iaitu satu media rasmi rujukan ibu-ibu di Malaysia untuk mendapatkan
ilmu dan pengalaman seorang ibu. Sejak dari itu, saya mula sakit kepala
sepanjang hari untuk 3 hari berturut-turut. Menganggap punca kurang
tidur sebagai penyebab utama, saya pun cuba untuk tidur awal beberapa
malam berikutnya.
Setelah
3 hari berturut, sakit kepala masih juga belum hilang. Baru saya
perasan, sekarang dah masuk awal bulan. Maknanya tak lama lagi 'kawan
baik' saya bakal tiba. Kepala berdenyut sehingga saya merasakan bengkak
di bahagian tepi kepala. Otak pun terasa semacam mengembang. Urat juga
boleh kelihatan di kawasan atas mata. Dashyatkan! Saya rasa hanya mereka
yang pernah merasakan sakit ini sahaja yang tahu keadaan tersebut.
Namun
disebabkan tanggungjawab, saya harus bertahan untuk menyiapkan semua
perkara yang perlu saya selesaikan. Sehinggalah saat ini... Tiba-tiba
saya terfikir. Daripada saya sentiasa menahan sakit kepala setiap bulan,
lebih baik saya cegah daripada berlanjutan. Nampaknya bulan ni saya
perlu menambah satu suplemen untuk masalah ni. Nak tau suplemen apa?
GLA COMPLEX |
Haa..
Inilah dia suplemen yang bakal menyelesaikan masalah saya. Masalah
utama yang menyerang kebanyakan wanita ketika 'kawan baik' datang setiap
bulan. GLA COMPLEX bukan sahaja mampu mengurangkan simptom PMS
pada wanita, tetapi ia jauh lebih banyak khasiat. Jangan salah anggap
ye, kerana suplemen ini bukan hanya untuk wanita sahaja. Lelaki juga
boleh!
Oklah, setakat ni sahaja untuk kali ni. Lain kali saya akan kongsi dengan anda apa khasiat hebat GLA COMPLEX ni. Malam ni harus rehat awal, sebab besok saya nak pergi seminar DAO!! Yeayyy!
Selamat malam semua. Jumpa lagi :)
Entri asal : www.blognana.com (2014)
No comments:
Post a Comment