Mengimbau kembali kenangan bersama Shaklee.
Banyak memang terlalu banyak. Ada kisah suka tak kurang juga yang dukanya. Walaupun
dalam tempoh hanya setahun 5 bulan. Memang pelbagai dugaan yang dirasa. Tetapi
sedikit pun tidak akan mematahkan semangat saya untuk teruskan perjuangan
mengejar impian.
Setiap orang pasti ada impian kan untuk
berjaya dalam hidup. Ya, saya akui. Nak berjaya memang bukan sesuatu yang
mudah. Hari ini buat, besok dah berjaya. Agak-agak ada tak orang macam tu?
Tetapi kenapa kita nak fikir susahkan? Bila
kita fikir susah, memanglah akan menjadi semakin susah nak capai impian
tersebut. Tiba-tiba teringat satu kata-kata dalam buku ‘Mudahkan, jangan
susahkan tulisan Syed Alwi Alatas.
“Jika kemahuanmu cukup kuat, angin, gunung
dan lautan bukan lagi penghalang, malah akan menyampaikan hajatmu”
Memang nyata sekali apa yang disebutkan di
situ. Sekiranya kemahuan kita betul-betul kuat, apa pun dugaan yang datang
pasti dapat kita tangkis dengan baik. Pasti dapat kita hadapinya. Malah
disebabkan dugaan-dugaan yang kita hadapi itulah yang akan membuatkan kita
semakin kuat untuk mecapai impian.
Bercerita tentang bagaimana saya kenal
Shaklee, ceritanya memang agak panjang. Sebelum saya betul-betul kenal dan
jatuh cinta dengan Shaklee, saya pernah alami satu kekecewaan dalam hidup. Mengenali
Shaklee memang sesuatu yang amat saya syukuri. Terubat segala kekecewaan
sedikit demi sedikit. Luka dan sakit yang saya tanggung semakin hilang dan
kabur dari hati. Nak lagi tau secara jelas lagi macam mana Shaklee mampu buat
saya jatuh cinta? KLIK UNTUK BACA
Bercakap pasal dugaan pula memang tak payah
nak kira lagi. Sebabnya, bila lepas selesai satu dugaan, dugaan lain dah
siap-siap tunggu nak masuk mengadap. Menangis memang tak payah cakaplah kan? Air
mata memang senjata wanita. Tapi tidaklah menangis sampai terus jatuh, tak
boleh nak bangkit balik. Sebenarnya, air mata tersebutlah yang jadi penguat
untuk saya teruskan perjalanan mencapai impian. Tidak berhenti sampai di situ
sahaja, walaupun kadang-kadang ada suara nakal yang mengejek dan ajak saya
berhenti dari terus mengejar impian. Tidak akan sekali. Ya! Tidak akan dan
tidak mungkin!
Walaupun perjalanan tu terpaksa buat saya merangkak
sekalipun. Tak kurang yang tersadung dan jatuh sepanjang perjalanan. Sakitnya
memang tak payah cakapkan. Bila saya fikir balik, saya dah pergi sejauh ni untuk
mengejar impian saya, kenapa saya perlu berhenti sekarang? Saya jadi kembali tabah.
Lagipun, dari zaman sekolah saya sangat suka
ayat “No Turning Back”. Ya memang saya amalkan sampai sekarang. Jika saya dah
betul-betul minat dan nakkan sesuatu. Saya memang takkan pandang belakang lagi.
Saya akan teruskan tanpa saya fikir nak menyesal ke apa. Walaupun saya terpaksa
hadap pelbagai dugaan dan masalah. Redah sampai dapat. Cepat atau lambat memang
saya tak kira. Tapi saya memang tidak akan berpatah balik lagi dah.
Cepat atau lambat memang satu masalah juga
sebenarnya. Katalah saya nak kejayaan tu datang dengan cepat. Tapi sebaliknya tindakan
saya pula lambat. Kejayaan tu datang cepat ke lambat? Mestilah lambat juga kan.
Jadi kalau nak cepat kejayaan tu datang, tindakan pun haruslah cepat. Betul ke
betul? Tiada pilihan di sini. Memang kena jawab betul sahaja. Hihi...
Nak dijadikan cerita, selepas setahun saya
berbisnes Shaklee, saya pindah balik ke kampung halaman saya di Dalat, Sarawak.
Ini pun ada dugaan juga. Di Sarawak tiada cawangan Shaklee untuk saya pergi
ambil sendiri stok barang. Jadi semua urusan pembelian kena melalui pos. Kalau
dah pos namanya memang kena bayar kos penghantaran lagi kan. Tapi sebenarnya
masalah ni tidaklah besar mana. Ada jalan penyelesaian yang mudah. Cuma saya
yang masih ikat pemikiran saya pada masalah tadi. Padahal penyelesaian pada
masalah tu mudah saja kan?
Yang kedua dugaan di sini adalah bila saya
nak buat ‘offline marketing’. Mula-mula saya tak tau nak datang pada siapa.
Sebab saya tak ramai kawan di sini. 10 tahun saya menetap di rantau orang. Balik
kampung pun sekejap sahaja. Itu kesilapan saya masa tu. Sebab otak saya hanya
fikir kawan-kawan sahaja. Memang satu kesilapan, sebab hanya target kawan-kawan
kan? Makin lama saya sedar.
Kenapa hanya perlu kongsikan kebaikan Shaklee
terhad pada kawan-kawan sahaja? Kenapa tak cuba pada saudara-mara yang terdekat
dahulu? Dan yang paling teruk saya rasa ialah, kenapa saya nak susah fikir
tentang offline marketing. Sedangkan dalam masa yang sama saya ada peluang nak
buat secara online.
Memang saya akui, untuk dapat online di
kampung memang agak mencabar. Sebabnya, line internet boleh tiba-tiba jadi
sangat perlahan. Kadang-kadang boleh hilang macam tu saja line. Kadang-kadang
sebab terdesak nak dapatkan line internet, saya cuba semua jenis telco yang
betul-betul boleh bagi saya line internet yang cantik. Dari U Mobile, Celcom,
Maxis. Semua saya dah pernah cuba. Itu semata-mata nak guna internet tu. Bila
internet telco tersebut tak boleh pakai. Saya biarkan saja sehinggalah tamat
tarikh luput kad sim. Nampak memang membazir kan? Tapi saya tiada pilihan. Saya
sumbangkan wang ke arah itu.
Kadang-kadang saya tumpang rumah sepupu saya
di kampung lain. Tumpang wifi kampung yang percuma tu. Tapi benda percuma
itulah yang susah nak dapat. Tunggu dari tengahari, sampai ke petang pun masih
belum connected. Memang sangat-sangat menduga hati kan? Sabar, sabar dan sabar.
Kalau tak sabar dah tentu saya terus give up tak nak cuba lagi.
Dalam hati selalu pujuk diri sendiri supaya
tidak terus mengalah. Sehinggalah saya jumpa satu telco baru yang saya guna
sehingga sekarang. Saya port out dari Maxis dan terus daftar guna telco OneXOX.
Dekat kawasan rumah saya line internet XOX memang laju tetapi hanya terhad di
dalam bilik sahaja. Jika saya buat kerja di luar bilik, memang sama juga
perlahan macam Maxis. Wah, dah boleh online dengan laju! Jangan kata tiada
dugaan dah tau.
Dugaan memang ada di mana-mana. Kali ni,
masalah quota internet pula. Bayangkan 1.5gb yang saya langgan hanya boleh
bertahan 5 hari sahaja. 1.5gb untuk harga RM30. Jika sebulan? Haa.. anda kira
sendiri. Memang semput asyik nak topup. Sebab saya merupakan ‘heavy user’ jadi
memang tak hairan quota internet saya cepat habis. Laptop, telefon semua guna
internet yang sama. Memanglah tak cukup kan!
Saya tenang lagi, walaupun dalam hati dah
mula rasa susah. Saya fikir cara lain nak atasi masalah ni. Okay, ini
penyelesaian yang terbaru. Saya daftar Streamyx. Sebelum ni saya berfikir
banyak kali nak daftar Streamyx, sebabnya jiran saya pernah cakap yang line
Streamyx pun kadang-kadang macam nak minta kaki. Hahaha… Memandangkan tempoh
kontrak dah dikurangkan menjadi 1 tahun, saya nekad. Saya cuba pasang Streamyx.
Dan sekarang saya hanya menunggu pihak TM datang untuk buat pemasangan. Harapan
saya lepas ni, semoga Streamyx bagi kerjasama yang terbaik masa saya nak buat
kerja nanti. Hihi…
Panjangkan saya bebel kali ni. Saja saya nak
kongsikan pada pembaca, supaya tak mudah putus asa dan kalah dengan dugaan yang
melanda. Ini baru secebis dugaan yang saya pernah rasa. Banyak lagi tau. Tapi
cukup dulu untuk kali ni ye :) Terima kasih sebab sudi baca
walaupun panjang berjela.
Entri asal : www.blognana.com (2015)
Entri asal : www.blognana.com (2015)
Modal yang paling mahal untuk memulakan
bisnes, letaknya bukanlah pada wang ringgit, tetapi yang lebih mahal adalah
sekeping hati yang cukup kental!
Nana
SID 1104380
017 244 2982
FB : https://www.facebook.com/mylunaede
FB Page : Theana Beauty & Wellness
No comments:
Post a Comment