Hello
semua pembaca! Macam yang saya dah janji kan? Saya tak hilang terus,
betul tak? Hihi.. Okay, seperti yang saya janji dalam entry yang sebelum
ni, saya nak kongsi sedikit info tentang bagaimana cara untuk anda
memilih suplemen kolagen yang terbaik. Sebelum anda membeli sesuatu yang
penting, sebelum anda makan dan memasukkan sesuatu ke dalam badan anda,
harus diingat anda juga perlu menilai sebelum membuat keputusan untuk
membelinya.
Okay,
tips yang pertama ni secara umum ye. Bukan dikhaskan untuk kolagen
sahaja. Setiap yang anda ambil, tak kira anda makan atau tidak, iaitu
sama ada ditelan atau disapu, anda harus ingat. Produk tersebut perlu
mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Okay, jika ada pembaca yang bukan dari Malaysia tetapi telah menetap di
Malaysia, jangan risau. Setiap produk yang telah diluluskan oleh KKM
adalah yang sah dan boleh digunakan tanpa membahayakan kesihatan luaran
mahupun dalaman.
Tips yang kedua ialah pastikan produk tersebut HALAL iaitu mempunyai logo halal yang sah dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Terutamanya bagi pengguna beragama Islam. Sebenarnya, halal itu bukan
sahaja dinilai dari segi sumber bahan yang digunakan, tetapi ia juga
merujuk kepada kebersihan produk tersebut. Dari segi cara penghasilan,
pemprosesannya dan pengendaliannya. Jadi, pada pandangan saya lebih elok
memilih produk yang mempunyai sijil halal tak kira kita beragama Islam
ataupun tidak. Ini cuma pandangan satu sen saya sahaja ya. Selebihnya
terpulang pada masing-masing. Jika anda tak pasti tentang ketiadaan logo
halal pada produk, anda boleh meminta pengedar produk anda untuk
menunjukkan sijil halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Okay,
sekarang kita berbalik kepada topik utama kita iaitu bagaimana cara
untuk anda memilih suplemen kolagen yang terbaik. Tips di atas adalah
tips asas dan tambahan sahaja. Hehe... terpulang pada individu untuk
menilainya.
APAKAH JENIS MAKANAN TAMBAHAN KOLAGEN DAN HARGA BAHAN PEMBUATANNYA
Terdapat
2 jenis bahan kolagen yang utama iatu daripada ekstrak haiwan dan
ekstrak ikan. Kolagen terdapat dengan banyaknya di bahagian kulit.
Kolagen yang terbaik adalah daripada ekstrak ikan kerana ia mengandungi
protein yang tinggi dan kurang lemak berbanding dengan kolagen dari
ekstrak haiwan.
Sekiranya
anda memilih kolagen dari ekstrak ikan, adalah penting untuk anda
mengetahui daripada bahagian yang mana ikan tersebut digunakan.
Sesetengah kolagen diperolehi daripada sisik ikan di mana pada pandangan
kebanyakan kita, sisik ikan adalah hanya sebagai bahan buangan semata.
Juga adalah perlu untuk anda tahu tentang harga pasaran bahan-bahan yang
digunakan, kerana bahan pembuatan yang mahal menunjukkan kualiti yang
terbaik.
KOLAGEN DARI EKSTRAK HAIWAN
Kolagen
dari ekstrak haiwan biasanya diserap dari lembu dan ayam. Menurut
kajian, kolagen haiwan adalah 1/7 lebih rendah mutunya berbanding dengan
kolagen ikan. Ini adalah berdasarkan pemecahan berat molekul. Kolagen hanya akan diserap selepas ia dipecahkan kepada peptida oleh enzim pencernaan. Keupayaan pemecahan kolagen adalah sama dengan keupayaan penyerapannya.
Oleh itu, kolagen ikan adalah tujuh kali lebih senang dipecahkan dan diserap berbanding dengan kolagen ekstrak haiwan. Seperti yang kita sedia maklum, bahawa daging ayam dan lembu adalah lebih sukar untuk dihadam berbanding dengan ikan. Jadi kolagen juga mempunyai ciri yang sama dalam penyerapan. Jadi, kolagen ikan adalah ternyata lebih dari dari kolagen ekstrak haiwan.
KOLAGEN DARI EKSTRAK IKAN
Kolagen Dari Kulit Ikan Semulajadi VS Kolagen Dari Sisik Ikan Ternak : kebiasaannya
harga untuk kolagen yang diekstrak dari sisik ikan adalah lebih rendah.
Ini kerana harga sisik yang selalu orang anggap sebagai bahan buangan
adalah lebih murah.
Jika
anda membeli kolagen dari ekstrak ikan, anda cuma perlu pertimbangkan
sisik dan kulit ikan adalah dari kolagen jenis yang sama iaitu Type 1
Collagen, anda boleh memilih yang harganya lebih murah.
Walaubagaimanapun, disebabkan oleh cara pengekstrakan yang berbeza, maka
prosesnya juga berbeza sekaligus kandungan kolagen dari setiap sumber
juga menjadi berbeza.
Sesetengah
orang mengatakan, mereka mendapat hasil yang lebih baik dan luar biasa
selepas menggunakan kolagen yang diekstrak dari kulit ikan semulajadi
berbanding dengan kolagen yang diekstrak dari sisik ikan. Bagaimana ini
terjadi sedangkan ia dihasilkan dari sumber kolagen yang sama jenis
iaitu kolagen Type 1.
Saya terangkan sedikit tentang perbezaan proses pengekstrakan ini ya. Oleh kerana kulit ikan lembut, kolagen boleh diekstrak sepenuhnya dengan menggunakan haba dan enzim. Sebaliknya, sisik ikan yang keras tidak akan cair jika diekstrak dengan haba dan enzim.
Jadi
nampak tak kesimpulannya di sini, tips untuk pemilihan kolagen sebagai
makanan tambahan. Kolagen dari ekstrak ikan adalah lebih baik daripada
kolagen ekstrak haiwan. Kolagen yang berkualiti tinggi dikatakan mampu memberi kesan anti penuaan seperti yang berikut :
- meningkatkan kepadatan tulang
- menggalakkan pertumbuhan rambut
- menghilangkan sakit sendi
- menganjalkan kulit
- mencantikkan payudara
- melegakan sembelit
Dengan kemajuan terkini dalam teknologi perubatan, penyelidikan dan pembangunan (R & D) telah berkembang dengan pesatnya, bukan sahaja dalam menyembuhkan penyakit, malah juga menemui cara untuk mengekalkan kecantikan kulit supaya kelihatan sentiasa muda. Ini telah dijelaskan sebagai anti-penuaan yang kini sememangnya satu istilah biasa yang diterima dan digunakan secara meluas pada zaman ini. Cara yang paling mudah dan yang paling pasti mempunyai kesan-kesan anti-penuaan adalah untuk mengambil kolagen sebagai diet tambahan.
Sekarang
anda dah tau kan, macam mana nak pilih kolagen yang terbaik dan bernutu
tinggi. Jangan pilih secara rambang sahaja. Anda sendiri perlu tahu,
kolagen tersebut dihasilkan dari bahan apa. Semakin mahal harga kolagen,
semakin baik kualitinya. Seperti yang saya jelaskan tadi, harga bahan
pembuatan tersebut yang menjadikan ia mahal. Tetapi yang mahal, pasti
hasilnya pun mahal pada kulit anda bukan? Jadi, jangan takut untuk
berbelanja lebih sekiranya anda nak hasil yang lebih baik juga.
Entri asal : www.blognana.com (2014)
Entri asal : www.blognana.com (2014)
Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan/ side income 3-4 angka sebulan?
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
FREE CONSULTATION 24/7
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
No comments:
Post a Comment