Selamat
petang pembaca sekalian. Petang ni, sambil berehat-rehat, tiba-tiba
tekak ni teringin nak makan benda yang masam-masam. Teringat masa
mula-mula fenomena asam jeruk ni lebih kurang sebulan lepas, satu KL
pusing cari buah asam tapi tak jumpa. Punyalah meliur masa tu tengok
orang balik-balik tayang asam jeruk kat wall FB masing-masing.
Empat
hari berturut cari buah asam tapi tak juga jumpa masa tu. Dari pasaraya
sampai la kedai tepi jalan cari tetap tak jumpa. Give up dah masa tu.
Hari ke lima tak nak cari dah. Dah kemaruk sangat, terfikir juga nak
order online je. Hihihi.. Tapi, lepas fikir balik dijamin selamat ke
asam tu nanti sampai. Kot-kot air dia terkeluar dari balang ke masa
pengeposan. So, tak jadi la nak beli online.
Jadi,
hari ni dah teringat balik pasal asam jeruk tu, ni yang nak juga cuba
buat. Ok, jom kita tengok resepi mangga jeruk saya :D
Bahan-bahannya seperti dalam gambar di bawah :-
Asam Boi Putih |
Cili Merah |
Garam |
Mangga Emas |
Haaaaa...
Itu sahaja bahan-bahan yang perlu anda cari untuk buat asam jeruk ni.
Dah buah mangga tak ada, terpaksa la pakai mangga pintu.
Hahahahahahaha..... Jangan marah =D
Siapa marah tak dapat lah nak rasa jeruk asam epal hijau saya ni. Hihihi :D
Asam
mangga tak ada, epal hijau pun jadilah. Janji dapat hilangkan kegilaan
nak makan asam ni. Jemput makan semua :) Sambil makan jom kita baca
sedikit fakta tentang epal hijau ni.
MANFAAT DAN KHASIAT EPAL HIJAU
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium,
kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber
serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya
kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulit epal tersebut.
Epal hijau boleh membantu mencegah:
* Pembentukan kolesterol dalam
dinding salur darah
* Mengurangkan risiko penyakit
jantung
* Membantu kesihatan paru-paru
* Membantu kesihatan tulang dengan
menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang
* Membantu kesihatan sistem
kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah
* Membantu mengekalkan berat badan
* Mengurangkan tekanan penyakit
asma
* Mengurangkan risiko barah
Bagi
mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau
dengan saderi dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan
saluran usus serta membuang toksin dengan pantas melalui sistem pencernaan.
Kandungan zat dalam epal hijau yang masam merupakan pembersih tubuh yang sangat
baik.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Amalan memakan sebiji epal hijau
setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin
menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat
malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.
Okay, sekian dulu kisah jeruk epal hijau saya :D
Entri asal : www.blognana.com (2014)
Entri asal : www.blognana.com (2014)
Salam
ReplyDelete