Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

SELAMAT TINGGAL MASALAH KULIT

Dah elok jerawat, parut pula tinggal. Yang lagi tak syok, jeragat dan bintik hitam tu nak tumpang sekaki. Hihi... Kesian kan pada orang yang ada masalah kulit ni terutama dekat bahagian muka. Bukan setakat tertekan saja tau, ada yang sampai mengalami kemurungan pun ada. Ni semua gara-gara masalah kulit laa...


Ada masalah, kenapa duduk diam-diam dekat puncak bukit? Cuba cari jalan penyelesaian. Yang penting gigih dan serius nak cuba selesaikan.

Lain kali, bagitau lah saya kalau ada macam-macam masalah. Setakat nak cerita nak tanya pendapat, saya tak caj pun harga perkhidmatan untuk anda. Jangan risau, GST dah start pun saya takkan caj pada yang minta saya bagi pendapat :D

Ok, saya ada sedikit perkongsian untuk yang bingung dengan masalah kulit terutamanya kulit muka. Tak kisahlah sebenarnya. Mana-mana bahagian kulit pun sesuai.

Biasa dah penat kan mencuba pelbagai produk kecantikan kulit. Tapi masalah kulit masih juga datang menghantui. Tak nak pula balik ke tempat asal kan. Hihi..

Apa yang saya nak sarankan kat sini, apa pun produk kecantikan yang anda nak cuba, seeloknya anda cubalah yang dapat membaiki dari dalam. Maksudnya, anda harus perbaiki masalah kulit dari dalam badan. Walaupun nampak masalah tersebut secara fizikal, tidak semestinya anda perlu mengubatinya dari luar.

Kerana segala apa penyakit yang kita ada, yang hinggap pada kita, kebanyakannya adalah berpunca dari apa yang kita makan. Jadi, di samping anda mengubah cara pemakanan anda, suplemen juga adalah penting untuk menjayakan lagi usaha anda menjaga kulit.

Tidak semua zat dan vitamin dari apa yang kita makan akan diserap dengan sempurna oleh tubuh kita. Mungkin ada yang tidak mempunyai zat yang cukup untuk dibekalkan ke tubuh badan kita. Atau juga mungkin ada yang telah rosak sepenuhnya disebabkan oleh cara kita memasak. Jadi, anda perlu tahu, walaupun anda memakan makanan yang anda tahu khasiat semulajadinya, tapi ini tidak bermakna khasiat tersebut telah berjaya diserap oleh badan anda sepenuhnya. Jadi di sinilah fungsi suplemen untuk membantu anda mencukupkan zat yang tubuh anda perlukan.

Jadi saya di sini ingin bantu anda yang benar-benar serius nak dapatkan balik kulit cantik anda seperti ketika anda masih bayi. Percaya ke percaya? Hihi... Jangan percaya selagi anda tak cuba. Dah cuba, anda akan terpaksa percaya :)

Bagi yang masih samar-samar lagi, boleh terus tengok dekat sini => SET KULIT CANTIK


Jika anda juga ingin seperti kami, mendaki bersama-sama kami,
Tak perlu segan untuk mula bertanya. Jangan risau kerana setiap penerangan dan khidmat bimbingan kami adalah 100% percuma.

Beranikan diri mencuri masa kami ^_^

SMS/Whatsapp : 017 244 2982
Shaklee Beauty & Health Consultant

No comments:

Post a Comment