Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

CARA UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE

Salam buat semua pembaca. Dah lama betul rasanya tak singgah menulis di sini. Pada kesempatan ini, saya ingin berkongsi bersama anda bagaimana cara untuk anda menjadi sebahagian daripada kami. Sebenarnya memang dah lama nak tulis entry tentang cara nak jadi ahli Shaklee. Memandangkan ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, jadi terpaksa saya menunggu masa yang sesuai untuk membuat perkongsian ini.

Ok, tak nak buang masa merapu entah apa-apa, saya terus terangkan bagaimana cara untuk anda menjadi ahli dengan mudah. Menjadi ahli Shaklee memang tersangat mudah. Tak perlu nak keluarkan modal sampai beribu-ribu pun. Dengan modal yang sangat rendah dan hanya bayar sekali untuk seumur hidup. Ok, jom saya terangkan satu-persatu cara nak jadi ahli.

CARA PERTAMA
Cara pertama ini adalah cara yang paling mudah. Iaitu dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM75 untuk Semenanjung Malaysia (SM) dan RM85 untuk Sabah dan Sarawak (SS). Yuran seumur hidup tau. Bukan yuran mingguan, bulanan atau tahunan tetapi SEUMUR HIDUP. Saya rasa semua masih mampu untuk mengeluarkan modal sebanyak itu kan? Bagi yang kurang mampu, saya pasti anda juga mencuba sedaya upaya untuk mampu mengeluarkan modal sebanyak itu. Ini jika kamu adalah orang yang benar-benar hatinya terpilih untuk menjadi kental. Seperti juga kata pepatah, HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH.

CARA KEDUA
Cara kedua untuk menjadi ahli adalah apabila anda membuat pembelian minimum RM680. Dengan pembelian minimum sebanyak RM680 anda telah mengumpul mata iaitu sebanyak 200 mata. Apabila anda telah memperolehi mata tersebut anda layak untuk menjadi ahli secara percuma tanpa perlu membuat pembayaran yuran seperti cara yang pertama tadi. Di sini anda dah jimat sebanyak RM75/RM85. Bukan sahaja ada penjimatan di situ, tetapi anda juga bakal menerima pulangan wang pada bulan seterusnya. Istilah paling senang, anda bakal dapat BONUS untuk bulan seterusnya!!! Seronok tak? Hihi... Siapa yang tak suka kalau dapat bonus betul tak?

Sesudah anda membayar yuran keahlian dan didaftarkan sebagai ahli, anda telah pun sah bergelar SID iaitu Shaklee Independent Distributor atau Pengedar Sah Shaklee. Pejabat Urusan Utama Shaklee di Subang Jaya akan menghantar Kit Permulaan kepada ahli yang sudah berdaftar. Dalam beg kit permulaan ini akan disertakan buku-buku panduan seperti Panduan Produk, Manual Bisnes Shaklee dan pengenalan kepada Shaklee. Siap ada beg lagi seperti dalam gambar di bawah. Cantik tak beg Shaklee? Ni baru betul-betul macam beg orang bisnes, betul tak? Hihi...

Kit Permulaan Shaklee




Selain dari mendapat Kit Permulaan Shaklee, anda juga akan diberikan ID iaitu nombor pengenalan anda sebagai Pengedar Sah Shaklee. ID ini akan anda gunakan untuk pembelian dan juga apa-apa urusan anda dengan Shaklee. Sesudah anda menjadi ahli Shaklee yang sah, anda akan dijemput untuk menyertai kumpulan khas kami di Facebook dan Whatsapp. Dalam kumpulan bisnes ini, anda akan dibimbing sepenuhnya oleh kami bersama mentor-mentor hebat yang dah terbukti berjaya dalam bisnes ini.

Anda akan dibimbing dan diajar bagaimana hendak bermula dari bawah sehinggalah anda mampu untuk bergerak sendiri. Di dalam kumpulan pelbagai peringkat ahli ada, dari yang sudah berjaya mencapai 6-7 angka sehingga yang baru masuk dan baru belajar pun ada. Anda tak perlu malu dan segan jika anda juga ingin berjaya seperti mereka.

Senangkan bila anda menyertai Shaklee. Tak perlu berjumpa di luar untuk belajar selok-belok bisnes ini. Anda cuma perlu ada komputer, laptop atau smartphone supaya boleh mengikuti kelas yang diadakan secara 'online'. Jika anda ada apa-apa masalah dan perlukan bantuan, anda boleh terus bertanya dalam kumpulan tersebut. Kami ibarat satu keluarga yang saling membantu antara satu sama lain.

Jadi, apa tunggu lagi? Sertai kami sekarang untuk bersama-sama membantu lebih ramai orang yang memerlukan di luar sana. Bantu orang lain bermakna anda juga bantu diri anda. Jangan takut untuk saling membantu kerana, bantuan anda itulah yang akan menaikkan diri anda dalam mencapai sesuatu matlamat. Bantu dengan ikhlas, dan rezeki anda pasti datang dengan lebih mudah.

FAST ACTION FAST RESULT, TERHEGEH-HEGEH ACTION TERHEGEH-HEGEH RESULT



Anda ingin mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?

Anda juga seperti kami menjana pendapatan sampingan/ side income 3-4 angka sebulan?

Hubungi Nana untuk mendapatkan :

KHIDMAT RUNDINGAN PERCUMA 24/7

dan

PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE


Nana
Shaklee ID : 1104380

017 244 2982 ( SMS/Whatsapp )

No comments:

Post a Comment