Contohnya, jika anda adalah isteri
kepada seorang perokok tegar. Selain mengharapkan suami anda berubah, peranan
anda juga penting untuk menjayakan perubahan tersebut. Bukan hanya menuding jari
pada si suami sahaja.
Apa peranan anda? Sebelum tu saya
nak tau. Sanggup ke anda sebagai isteri melihat wang belanja dibazirkan untuk
membeli rokok? Sanggup ke anda lihat anak anda turut sakit terkena tempias asap
rokok? Sanggup ke anda lihat suatu hari nanti suami anda dapat penyakit kronik
hanya disebabkan oleh tabiat merokok? Lagi menyedihkan jika anda pasangan muda.
Baru kahwin je, suami dah sakit itu, sakit ini, gara-gara kesan merokok. Mesti tak sanggupkan nak hadap situasi macam tu?
Dengar khabar harga rokok pula
dinaikkan lagi hari ni. Apa kata kita ambil kesempatan ni, sama-sama bantu
suami, bantu ayah, bantu abang, bantu adik untuk buang ketagih terhadap rokok. Bantu
bagi mereka motivasi. Bantu kuatkan semangat mereka. Bantu dengan bagi sokongan
terhadap mereka. Tak perlu kita tuding jari 100% pada mereka.
Pengumuman kenaikan harga rokok bermula 5 November 2014 |
Ibarat
kita mengajar anak kecil,
semakin kita menggunakan kekerasan, semakin degil anak kita bukan?
Begitu jugalah
caranya kita memupuk kesedaran pada mereka yang ketagih rokok. Gunakan
cara
halus untuk menyedarkan mereka. Kalau sokong bola, memang ye kita boleh
riuh rendah. Tapi ingat, suami anda bukan bola ye. Gunakan cara lembut
tetapi tegas. Seperti kata pepatah, ‘Sekeras-kerasnya batu bila tertimpa hujan akan retak juga’. Sekeras apa
pun pendirian seseorang jika terus-menerus dipengaruhi akhirnya akan berubah
juga.
Kesabaran harus ada untuk sama-sama menjayakan niat dan misi anda
membantu suami.
Isteri adalah tulang belakang dan tunjang suami. Jadi tidak salah jika
anda turut sama berganding bahu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tabahlah wahai isteri, kerana suami juga adalah tanggungjawab anda
setelah anda bergelar seorang isteri. Jangan mengeluh, jangan putus asa.
Berdoalah dan minta pada Yang Mahakuasa semoga semua niat ikhlas anda
membantu suami akan dipermudahkan. Semoga berjaya wahai insan istimewa
yang bergelar isteri. Anda pasti mampu lakukan.
Perlukan sokongan,
cadangan dan bantuan untuk menjayakan misi anda? Jangan malu dan segan. Kami juga
prihatin untuk membantu masalah anda. KLIK SINI UNTUK BACA cara menghilangkan ketagihan tehadap rokok.
Entri asal : www.blognana.com (2014)
Entri asal : www.blognana.com (2014)
Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan 3-4 angka sebulan?
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
KHIDMAT RUNDINGAN PERCUMA 24/7
dan
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE
No comments:
Post a Comment