Hari
terakhir dalam bulan Mac. Sejauh mana kita guna masa dengan baik bulan
ni? Saya pun tak tau berapa kali dah bercakap pasal masa dalam blog
saya. Hihi...
Jangan
marah ye, asyik sebut pasal masa je kan? Saya suka cerita pasal masa ni
bukan apa, sebagai peringatan pada diri saya sendiri. Sebab saya juga
antara golongan yang kurang bijak menggunakan masa. Walaupun begitu,
saya tetap cuba untuk gunakan masa dengan lebih baik.
Jadi
setiap kali saya ingatkan diri saya tentang masa, saya rasa nak je
kongsi dengan semua orang tentang apa-apa tips atau strategi berkenaan
dengan penggunaan masa ni. Sudah jadi lumrah kan, tiada manusia yang
sempurna di dunia ini. Sama juga seperti saya. Setiap kali saya buat
sesuatu tentang masa, pasti ada dugaan yang akan melemahkan.
Tapi,
walaupun saya tumbang, seolah-olah kalah dengan masa, saya tak terus
tumbang. Saya lari balik kejar masa yang dah jauh tinggalkan saya.
Kejar, kejar dan kejar lagi. Tak pernah rasa penat nak kejar. ( Di sini
ada elemen menipu sikit, hihi... sebab saya memang pernah penat kejar
masa :p ) Tapi disebabkan kekuatan dari dalam diri, saya bangkit balik
kejar lagi walaupun saya tahu saya dah terlalu jauh.
Dari
terus duduk je, tak bangkit kejar masa, maka akan duduk di situ lah
saya sepanjang masa nanti kan. Tak nak! Tak nak! Saya tak nak terus
berada pada kedudukan lama. Sebab tu walaupun rasa penat atau pernah
rasa hilang motivasi, saya tetap gagahkan kaki untuk bangun dan berlari
balik. Sebab tu saya suka lagu Laskar Pelangi dari Nidji tu. Hihi...
Berlarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga..
Bersyukurlah pada Yang Kuasa, cinta kita di dunia..
Ok,
masa tak panjang, jadi tak nak celoteh merapu banyak-banyak. Hihi...
Yang penting saya nak kongsi tips penggunaan masa ni. Tips ni saya baca
dari blog IK. Strateginya adalah macam ni, kita perlu guna masa dengan penggunaan 10/90.
Maksudnya, kita perlu gunakan 10% daripada masa kita untuk merancang masa. Dengan perancangan yang kita dah buat, kita akan menjimatkan 90% daripada masa kita
dalam mencapai sesuatu matlamat. Nampak tak, bila ada perancangan dan
kita ikut perancangan kita, maka sesuatu yang kita buat lebih teratur
dan masa kita boleh dijimatkan sebanyak 90%.
IK juga cakap, hentikan penggunaan perkataan TAK CUKUP MASA atau SIBUK SANGAT. Teringat kata-kata DAO : APA YANG KITA BUAT, APA YANG KITA RASA, APA YANG KITA FIKIR, APA YANG KITA LAKUKAN, APA YANG KITA KATA, SEMUA TU ADALAH DOA. Jadi, jika kita selalu cakap tak cukup masa, maka kita dah doakan diri kita sendiri supaya tak punya masa yang cukup.
Semua
orang punya jumlah masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Jadi terpulang
pada diri kita bagaimana menguruskan masa. Jemput kongsi jika anda rasa
ianya bermanfaat. Berkongsi adalah salah satu cara memberi, dan memberi
adalah lebih baik dari menerima. Jadi amalkan memberi dengan ikhlas :)
Entri asal : www.blognana.com (2015)
No comments:
Post a Comment