Terdetik
pula nak kongsi kat sini tips yang saya dapat dari email IK. Mungkin
dah ramai yang memang follow blog beliau. Mungkin dah ada yang pernah
baca. Mungkin dah ada yang pernah share juga. Tapi tak apa, tiba turn
saya pula nak share. Mana tau ramai lagi yang perlukan tips ni tapi
terlepas nak baca kan.
Masa
adalah sesuatu yang sangat berharga yang tak mungkin kita dapat balik
kalau dah berlalu. Selalu kita dengar, masa itu emas. Betul ke? Sama ke
dengan emas? Yang sama bagi saya bukan masa tu. Tapi nilai masa tu yang
berharga, ibarat emas la kan barang yang berharga. Kalau jual dapat
harga tinggi. Begitulah umpamanya.
Macam dalam gambar kat atas, 'time lost cannot be regained'
maksudnya kalau masa dah berlalu kita tak dapat balik dah masa yang
berlalu tu. Jadi, hargai masa yang kita ada, jangan sesekali kita
sia-siakan. Berbalik pada topik asal entry ni, saya nak kongsikan tips
untuk kita elak dari melengahkan masa. Macam mana untuk kita elak dari
buang masa.
# Tip 1 : Menetapkan matlamat jangka masa pendek
Ini
adalah sebahagian daripada cara untuk kita mengurus masa dengan cekap.
Kita kena tulis apa yang kita nak buat hari ini, esok, minggu ini. Itu
adalah matlamat jangka pendek. Tindakan kita menulis itu akan membuat
matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar, dan ini akan
menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja atau
matlamat kita tadi.
# Tip 2 : Tulis matlamat kita pada malam sebelumnya
# Tip 2 : Tulis matlamat kita pada malam sebelumnya
Agaknya
kenapa kita perlu tulis matlamat kita pada malam sebelumnya? Sebabnya,
supaya segala kerja dan matlamat kita tu lebih mudah dan cepat untuk
dilaksanakan. Ini kerana ketika tidur pun, apa yang kita rancang untuk
esok akan bermain di minda kita. Kira macam 'pre-launched' lah kiranya.
Hihi...
# Tip 3 : Fikirkan akibat buruk yang terjadi jika matlamat atau kerja kita tak tercapai
Kedengaran macam remeh dan kurang masuk akal je kan tip ni? Ha, tu bagi orang yang suka fikir MUSTAHIL bagi sesuatu perkara. Cuba kita fikirkan akibat daripada perkara tersebut. Macam mana kalau kerja aku tak siap, macam mana kalau matlamat aku tak tercapai. Ha, cuba fikir akibat yang dashyat yang boleh membuat kita rasa tak senang duduk kalau kerja atau matlamat tak tercapai. Manusia dilahirkan dengan emosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan sesuatu, contohnya kebahagiaan. Dan kita juga melakukan sesuatu untuk mengelakkan kesengsaraan. Tiada siapa yang suka akan sengsara kan? Jadi, keadaan emosi untuk mengelakkan kesengsaraan itulah yang akan memotivasikan kita untuk melakukan kerja dengan lebih cekap.

Ha, tengok gambar tu. Sentap tak? Hihi.... Kalau rasa sentap berubah sekarang. Jadi, kurangkan beralasan jika kita nak perbaiki diri. Jangan hanya kat mulut saja ye :)
Ok korang. Cuba-cuba lah apply kan tips kat atas ye. Semoga kita sama-sama berjaya memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.
Sumber : IK
Anda juga nak tips percuma untuk masalah kulit, berat badan dan kesihatan lain?
SMS/Whatsapp : Nana | 017 244 2982
No comments:
Post a Comment