Seronoknya
jadi ahli Shaklee. Serius, saya rasa rugi sebab lambat kenal dengan
Shaklee ni. Sebenarnya, dah lama juga dengar nama Shaklee. Tapi masa tu
saya buat tak tau je. Sebabnya, sebelum kenal Shaklee saya dah join
macam-macam lagi bisnes MLM. Tapi tak pernah ada yang bertahan lama.
Paling lama pun 6 bulan je kot. Saya ingat lagi, bisnes MLM yang
terakhir saya serius buat masa tu. Tapi rasanya tak payah la saya nak
mention nama bisnes tu kan. Tak elok, condemn condemn ni. Hehe.
22
Januari 2015 : Genap setahun saya setia bersama Shaklee. Memang saya
tak sangka kot, saya duduk dalam bisnes ni dah setahun :) Ada masa saya
naik kat atas, ada masa saya jatuh kat bawah. Dah jatuh tu bangun balik.
Alaa... adatla kan naik turun dalam bisnes. Takkan nak naik je. Nanti
kalau asyik naik je, mudah lupa diri pulak. Semoga kita semua terhindar
dari sifat-sifat macam tu.
Dalam
masa setahun tu, memang macam-macam dugaan. Lepas satu, satu pulak yang
datang. Yang paling saya tak dapat lupa, saya kehilangan WUJ iaitu kaki
saya untuk bergerak ke Branch Shaklee di KL. Terasa sangat mencabar
sebentar ketika itu. Sebab itu je yang saya ada untuk bergerak sendiri
ke Branch Shaklee. Untuk saya pergi ke pejabat pos nak pos barang
customer. Memang terasa la sedihnya macam mana. Tapi masa tu, permintaan
tengah tinggi. Customer sentiasa buat order.
Saya
cari alternatif lain nak pergi branch ambil barang. Naik bas, tapi tak
sampai ke tempat yang saya nak tuju. Akhirnya tiada jalan lain, saya
cari teksi. Nasib baik area tu senang nak dapat teksi. Masa tu
betul-betul hari closing. Jadi memang ramai la dekat branch. Penuh orang
sampai luar. Buka je pintu teksi, orang dah pandang saya semacam je.
Dah macam datin je. Hahaha... Mana tak nya mata semua tertumpu pada
teksi yang berhenti depan branch tu. Malu, segan, semua ada masa tu.
Sebab semua mata tengah pandang kan.
Balik
dah malam. Pukul 8 malam baru dapat turn saya buat order. Itulah masa
yang paling lama saya duduk tunggu di branch. Dari pukul 4 petang,
sampai malam baru dapat giliran saya. Lepas tu masa balik pulak, kena
cari teksi lagi. Malangnya tiada teksi yang masuk dekat area tu. Kena
jalan kaki lagi keluar ke jalan besar. Dengan jalan agak gelap, sebab
kawasan yang ada lampu jauh sikit di jalan besar.
Yang kelakarnya, saya sesat pulak jalan ke arah lain. Hahaha.. Ni gara-gara mata saya yang kurang nampak bila berjalan malam. Dah sesat terpaksa patah balik kan. Jalan punya jalan, akhirnya sampai juga di jalan besar. Dengan membimbit beg Shaklee yang penuh dengan order. Hihi.... Semuanya kenangan, dugaan. Dah sampai ke jalan besar, barulah saya dapat naik bas untuk ke LRT. Naik LRT pulak kan. Sampai di stesen satu lagi, turun balik, naik bas lagi. Dengan penatnya, hanya Tuhan je yang tau macam mana rasa masa tu.
Yang kelakarnya, saya sesat pulak jalan ke arah lain. Hahaha.. Ni gara-gara mata saya yang kurang nampak bila berjalan malam. Dah sesat terpaksa patah balik kan. Jalan punya jalan, akhirnya sampai juga di jalan besar. Dengan membimbit beg Shaklee yang penuh dengan order. Hihi.... Semuanya kenangan, dugaan. Dah sampai ke jalan besar, barulah saya dapat naik bas untuk ke LRT. Naik LRT pulak kan. Sampai di stesen satu lagi, turun balik, naik bas lagi. Dengan penatnya, hanya Tuhan je yang tau macam mana rasa masa tu.
Itu salah satu je, banyak lagi dugaan-dugaan lain sepanjang saya berbisnes ni. Lumrah kan, BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH. Apa yang penting adalah SABAR, TABAH, TAK MUDAH PUTUS ASA.
Semua tu adalah asam garam dalam dunia usahawan. Sebanyak mana dugaan,
sekeras mana pun ujian, hadapilah dengan tenang. Hidup ini indah, sangat
rugi jika kita mengabaikannya. Dari kita duduk termenung, tak
sudah-sudah mengenang nasib, jom kita kayuh basikal, jalan-jalan kat
taman. Hehe...
Eh,
eh! Rasanya saya dah melarat ke cerita lain ni. Asalnya nak khabarkan
promosi baik bulan ni untuk korang. Tapi dah terlajak cerita pulak jadi
cerita lain. Hehe. Takpe, aral melintang takde, ini malam saya khabarkan
:)
Entri asal : www.blognana.com (2015)
Entri asal : www.blognana.com (2015)
Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan 3-4 angka sebulan?
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
KHIDMAT RUNDINGAN PERCUMA 24/7
dan
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE
No comments:
Post a Comment