Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

LAW OF ATTRACTION (HUKUM TARIKAN)

Law of Attraction -->> attract more of what you want and less of what you don't ~


Apa tu? Nak tau baca dulu k... It's simple just like 123 ABC...


Konsep Hukum Tarikan : setiap perkara positif dan negatif yang berlaku di sekeliling kita adalah disebabkan oleh kuasa tarikan diri sendiri. Kita adalah seperti magnet yang menghasilkan daya tarikan.


Contoh 1 :
Ketika kita dalam kesempitan wang, seorang kawan telah meminjamkan kita sejumlah wang pada kita. Tanpa kita sedar diri, kita telah menarik perkara tersebut berlaku [iaitu dipinjamkan wang oleh kawan kita]


Contoh 2 :
Katakanlah, suatu hari guru, rakan sekelas, pelanggan atau rakan pejabat anda menyebabkan anda rasa tertekan sepanjang hari. Ini kerana anda terlalu mengambil kira tentang perkara tersebut sehingga anda berasa tekanan [perasaan tertekan adalah disebabkan tarikan kita sendiri]


Contoh 3 :
Tentang sedekah. Bila kita mendermakan dan memberi sumbangan dengan penuh ikhlas, kebaikan dan kebahagiaan akan datang semula pada kita. Maksudnya kita meringankan beban orang lain dengan membuat kebaikan, balasannya kita juga akan mendapat kebaikan. Nampak tak konsep hukum tarikan kat situ? [mendapat balasan kebaikan/kebahagiaan disebabkan oleh tindakan kita memberi dengan ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan]


Lihat pada konsep tu, sebenarnya hukum tarikan kita aplikasikan dalam kehidupan seharian setiap saat setiap hari tanpa kita sedari. 3 konsep asas dalam Hukum Tarikan adalah meminta, percaya dan menerima.


Malah, sekarang anda juga dah aplikasikan hukum tarikan kerana anda dah tertarik untuk membaca post ini Hihi...


Ok, next time saya sambung plak cerita tentang bagaimana cara nak aplikasikan Hukum Tarikan ni (da macam buat perbentangan kat kelas plak, lalu ku teringat tentang hukum boyle la, hukum aritmetik la..haha)


Selamat Membaca & Menambah Ilmu. Enjoy okay. Jangan stress :)

Entri asal : www.blognana.com (2014)

No comments:

Post a Comment