Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Monday, January 9, 2017

DETOKS PERLU UNTUK KESIHATAN OPTIMUM

Adakah anda sering merasakan badan anda lemah dan tidak cergas setiap kali anda bangun pagi dan sepanjang hari anda bekerja? Atau adakah anda bergelut dengan masalah kulit, sakit-sakit badan atau masalah berkaitan penghadaman? Atau anda bermasalah dalam menurunkan berat badan walaupun setelah beberapa kali anda berusaha sebaik mungkin? Ini mungkin masanya untuk anda melakukan proses detoks. 

Detoks telah diamalkan selama berabad-abad oleh setiap budaya masyarakat di dunia termasuk dalam sistem perubatan Cina dan juga Ayurveda. Detoks didefinisikan sebagai proses yang berehat, pembersihan dan penyuburan semula badan dari dalam dan luar.





Proses ini menghapus dan menyingkirkan toksin, dan memberikan badan anda dengan nutrien yang sihat. Dengan ini ia membantu melindungi anda daripada penyakit dan memperbaharui keupayaan anda untuk mengekalkan kesihatan yang optimum.

Bagaimana proses detoks berlaku? Secara asasnya,proses detoksifikasi dikatakan proses pembersihan darah. Ini dilakukan dengan mengeluarkan segala kekotoran dari darah di dalam hati, di mana toksin akan diproses untuk disingkiran. Badan menyingkirkan toksin melalui ginjal (buah pinggang), usus, paru-paru, limpa dan juga kulit. Jadi jika sistem ini terjejas, segala kekotoran tidak boleh diproses dengan sempurna dan akhirnya ini akan menyebabkan sel di dalam badan terjejas.

Program detoks dapat membantu proses pembersihan semulajadi tubuh dengan :

- merehatkan organ-organ melalui berpuasa
- merangsang hati untuk menyingkirkan toksin dari tubuh
- menggalakkan penyingkiran toksin melalui usus, ginjal dan kulit
- menambahbaik sistem peredaran darah
- membekalkan tubuh dengan nutrien yang sihat

Detoks adalah perlu bagi setiap orang dan disarankan bahawa setiap orang perlu untuk detoks paling kurang sekali setahun. Walaubagaimanapun detoks tidak begitu digalakkan bagi ibu mengandung, ibu menyusu, kanak-kanak dan pesakit kronik, kanser, batuk kering dan sebagainya. Jika anda tergolong dalam golongan ini, dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan proses detoks.

Proses detoks adalah sangat penting pada masa kini lebih-lebih lagi dengan keadaan alam sekitar yang telah tercemar dan menyebabkan wujudnya pelbagai toksin dalam persekitaran kita. Anda sangat-sangat disarankan untuk proses detoksifikasi sekiranya mempunyai simptom-simptom berikut :

- keletihan melampau
- penyingkiran bahan buangan yang lembap
- gatal-gatal kulit
- alahan
- jangkitan ringan
- mata bengkak atau kantung di bawah mata
- perut kembung
- masalah haid
- kecelaruan mental

Ramai yang tidak tahu bagaimana ingin memulakan proses detoksifikasi. Apa yang perlu anda buat ialah pertamanya kurangkan toksin dalam kehidupan seharian anda. Sebagai contoh, kurangkan pengambilan alkohol, minuman dan makanan berkafein, makanan bergula dan lemak tepu serta tabiat merokok. Ini semua bertindak sebagai toksin di dalam badan di mana ia akan menghalang proses penyembuhan pelbagai penyakit.
 
Selain itu anda juga perlu mengurangkan penggunaan pembersih berasaskan bahan kimia di rumah anda dan juga produk penjagaan kesihatan peribadi seperti pencuci, syampu, deodoran dan ubat gigi. Anda boleh menggantikannya dengan pilihan produk yang semulajadi.

Tekanan juga merupakan salah satu penghalang kepada kesihatan yang baik. Ini kerana apabila dalam keadaan tertekan, badan anda akan melepaskan hormon adrenalin ke  dalam badan. Peningkatan hormon adrenalin akan menyebabkan peningkatan tenaga secara tiba-tiba di mana kadang-kadang ia boleh menyebabkan kekuatan yang luar biasa. Apabila hormon ini terhasil dalam jumlah yang banyak, ini akan mewujudkan toksin dan melambatkan proses enzim detoks di dalam hati.

Banyak program detoksifikasi dan resepi detoks yang boleh anda cuba bergantung pada keperluan individu. Kebanyakan program detoks mengambil masa 7 hari kerana badan memerlukan masa untuk membersihkan darah.

No comments:

Post a Comment