Sebut memang
selalu kan? Tapi nak cerita balik apa tu toksin yang jadi biol sikit.
Betul tak? Hehe... Makanya, banyakkan membaca. Baru bertambah luas
pengetahuan. Sebenarnya, pengetahuan tentang toksin ni sangat-sangat
penting bagi kita semua. Tak kira, kita pengguna atau bukan pengguna,
kita pengamal atau bukan pengamal suplemen, tapi yang pasti harus untuk
kita faham tentang toksin ni.
Mungkin bukan badan kita yang banyak toksin,
tapi bagaimana dengan ibu bapa, atau saudara-mara, atau juga
kawan-kawan kita kan? Takkan kita nak pentingkan diri sendiri je.
''Takde kaitan dengan aku pun benda-benda macam ni, buat apa aku nak
amek tau'' Haaa, sebenarnya kalau kita jenis yang macam ni, otak kita
sebenarnya yang banyak toksin tu. Hehe..
Ok,
saya nak share sikit apa yang saya tau pasal toksin ni. Toksin ni
adalah bahan yang dihasilkan oleh organisma hidup di dalam sel di mana
ia
merupakan bahan beracun bagi tubuh manusia. Toksin juga termasuk
ubat-ubatan dalam dos yang kecil yang membantu dalam penyembuhan, tetapi
jika diambil dalam kuantiti dan dos yang berlebihan maka ia akan
menjadi toksin pada badan kita. Tindakbalas yang terhasil ketika
menyediakan makanan juga boleh menghasilkan toksin. Sebab itulah, kita
perlu tambahkan pengetahuan tentang toksin ni, terutamanya bagaimana
toksin terhasil.
Kebanyakan toksin yang
menyebabkan masalah pada tubuh manusia adalah terhasil dari tindakbalas
bakteria. Selain itu, logam seperti plumbum dan bahan kimia organik
dalam persekitaran juga adalah toksin yang akan memudaratkan.
Pencemaran makanan merupakan sumber toksin utama dalam tubuh kita.
Pencemaran makanan ini adalah akibat daripada penggunaan bahan kimia
seperti racun perosak, racun serangga dan juga baja kimia dalam
pertanian. Lagi parah, bila kita suka mengambil makanan yang mempunyai
bahan pengawet, perasa tiruan dan juga bahan tambahan. Bertambah-tambah
la racun yang kita simpan dalam badan.
Haaa, baca tu. Kita nak
ke simpan racun tu dalam badan? Tak kesian ke tengok mak ayah sakit itu
sakit ini? Fakta tentang pelbagai jenis penyakit mendapati bahawa hampir
90% punca penyakit adalah disebabkan oleh toksin.
No comments:
Post a Comment