Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Saturday, January 7, 2017

HAPPY APRIL!!! THE MONTH OF JOY. THE MONTH OF LUCK

Entri asal : www.blognana.com (2014)

Mac dah berlalu. Kini April datang menjengah. Sempena menyambut kedatangan bulan April ni, saya nak kongsi sedikit cerita suka duka perjalanan saya dalam menjalankan bisnes Shaklee ni. Tanggal 22 April ni, masuk bulan ke tiga saya berjuang untuk mengubah kehidupan saya. Dugaan tu memang tak payah cakap la, memang ada di mana-mana. Bila-bila masa je kita akan diduga.

Saya mula join Shaklee pada tarikh 22 Januari 2014. Disebabkan saya masih baru ketika itu, jadi saya tak boleh nak target apa-apa lagi dalam bulan tersebut. Baru mula, memang betul-betul macam baby. Dari terbaring, meniarap, merangkak. Itulah pengalaman yang saya lalui ketika mula-mula join. Tiba bulan kedua, saya mula study sikit-sikit tentang konsep perniagaan Shaklee. Kemudian saya study juga tentang produk Shaklee.

Dengan bantuan group rahsia kami di FB, Whatsapp dan Telegram, saya mula mencari peluang untuk meningkatkan jualan saya. Rasa bersyukur sangat-sangat sebab saya bukan berjuang keseorangan tapi ramai kawan-kawan yang turut juga berjuang macam saya. Yang kuat bantu yang lemah. Yang tak faham, ramai yang akan bantu menerangkan. Yang jatuh dibangunkan. Untungkan?? Terasa diri dalam golongan yang terpilih dan bertuah sangat.

Dalam berniaga ni, yang penting adalah semangat kita. Bak kata Master Firdaus & Master Maria, 'Modal yang paling mahal dalam berniaga bukanlah wang ringgit. Tetapi adalah semangat yang kental.' Berbekalkan kata-kata mereka yang berjaya, saya kuatkan semangat menghadapi macam-macam dugaan. Macam juga pepatah lama kan, 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'.

Usaha punya usaha dapat juga bonus bulan Februari 2 angka. Usaha sedikit lagi, mesti saya dah dapat rasa 3 angka. Tapi tak pe, biar slow-slow. Yang penting niat kita dulu. Betulkan niat, iaitu nak bantu orang sekeliling kita. Keluarga, saudara-mara dan juga kawan-kawan kita. Jika kita bantu orang dengan ikhlas, pasti rezeki akan datang pada kita dengan mudah.

Masuk pula bulan ke 3... Dugaan lagi.. Hampir terjatuh dengan dugaan yang tak pernah berkurang. Kadang-kadang terasa macam dah jatuh ditimpa pula tangga. Namun, saya masih ada kawan-kawan yang sama-sama berjuang. Yang tak pernah meninggalkan saya. Itu memang saya respect dengan kawan-kawan satu group. Sentiasa ada bersama walaupun ada di antara mereka dah pegang jawatan yang lebih tinggi dari ahli biasa. Walaupun ada di antara mereka yang sales memang hebat-hebat setiap bulan.

Dalam kumpulan kami seperti tiada beza. Tiada beza agama, bangsa, semua dilayan sama rata. Yang penting siapa yang rajin bertanya, rajin membaca dan rajin berusaha pasti akan dapat banyak kelebihan. Saya petik lagi kata-kata Master Maria & Master Firdaus, siapa yang FAST ACTION mesti dapat FAST RESULT juga. Yang TERHEGEH-HEGEH ACTION pula mesti la RESULT pun TERHEGEH-HEGEH. Jadi, semua tu atas pilihan kita. Kita yang menentukan kejayaan kita.

Bulan April ni, sempena peningkatan umur saya setahun lagi, impian saya memang sangat besar. Rasa bersyukur masih diberikan peluang untuk hidup dan bertemu dengan bisnes Shaklee ni. Saya nak pastikan impian saya akan jadi kenyataan. Saya nak buktikan yang saya juga mampu seperti mereka. Tiada lagi alasan, tiada lagi keluhan.

Jika anda juga ingin mengubah kehidupan anda, keluarlah dari Pulau Alasan. Sebab tinggal di Pulau Alasan lah kita dibelenggu dan dipenjara dari KEBEBASAN hidup. Semoga anda semua juga sedar betapa kita harus meningkatkan taraf hidup kita di zaman yang semakin mencabar ini. SEMOGA BERJAYA BUAT SEMUA.






No comments:

Post a Comment