Salam buat semua
pembaca. Saya dah kembali. Bagaimana dengan cuti hujung minggu anda yang lepas?
Cuti yang agak panjang kan? Tentu ramai yang mengambil kesempatan tersebut
untuk bercuti bersama keluarga dan kawan-kawan. Termasuklah saya…
Cuti kali
ini kami sekeluarga berkunjung ke sebuah bandar yang letaknya berdekatan dengan
ibu negeri Sarawak iaitu Serian. Serian ni merupakan antara bandar yang agak
besar di Sarawak. Jadi tidak hairanlah, pusat bandarnya agak sibuk tidak kira
pada masa cuti atau hari bekerja.
Destinasi
pertama kami di Serian adalah Pusat Rekreasi Ranchan. Ia terletak lebih kurang
beberapa kilometer sahaja dari pusat bandarnya. Perjalanan dari bandar Serian
ke taman rekreasi tersebut mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.
Kami menyewa
salah sebuah chalet di situ dengan harga RM127 satu malam. Harga yang agak
berbaloi dengan jenis chalet yang kami pilih. Ruang yang luas, dengan 2
penghawa dingin. Seolah-olah berada di rumah!
Setengah jam
kami di situ, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Sekarang memang musim hujan
petang di kebanyakan tempat di Sarawak ni. Niat nak terus mandi air terjun jadi
terbantut. Nak berjalan memusing taman pun tak boleh. Terpaksalah kami duduk
menunggu hujan reda. Tengah syok teroka dalam chalet tersebut, bekalan elektrik
pula terputus.
Kami tukar
rancangan. Sementara menunggu bekalan elektrik disambungkan kembali, kami
keluar ke bandar Serian untuk mencari makan. Dekat chalet tersebut tidak
dibenarkan memasak di dalam tempat penginapan atas faktor-faktor keselamatan.
Tetapi tempat BBQ ada disediakan di pondok luar sekiranya ingin menggunakannya.
Kami kembali
ke chalet setelah hujan agak reda. Bekalan elektrik pun sudah disambungkan. Malam
tu, semua orang pengsan awal kerana keletihan. Perjalanan dari Sibu yang agak
jauh mengambil masa lebih kurang 5 jam setengah. Disebabkan mata yang masih
segar, saya keluar sekejap berjalan mengambil angin sekitar chalet sahaja. Nak
jalan jauh sangat, takut juga sebenarnya. Hihi…
Hari kedua
di taman rekreasi tersebut, kami mulakan program dengan ‘morning walk’. Naik
bukit, turun bukit. Bagi saya, bukit tu tidaklah tinggi sebab saya dah biasa
panjat gunung dan bukit yang puncaknya jauh lebih tinggi dari tempat ni.
Lagipun bukit ni disediakan tangga bagi memudahkan pengunjung ke beberapa
penginapan yang terletak di kawasan tinggi.
Tapi,
perkara utama yang saya nak kongsi di sini bukanlah tentang saya yang dah biasa
panjat bukit dan gunung. Tapi ini kisah yang mungkin bagi anda penyelesaian
untuk masalah ibu atau ayah anda. Jadi benda baik seeloknya kita kongsi bersama
kan?
Ibu saya ni
akan berusia 60 tahun pada 28 Mei ini nanti. Kalau anda tengok gambar, percaya
tak ibu saya usia 60 tahun? Hihi… Ok, saya rasa baik saya kongsi kisah ibu
sebelum ni. Dahulunya ibu memang seorang yang sangat kuat bekerja. Disebabkan
penggunaan tenaga dan kekuatan yang berlebihan ibu mula jatuh sakit dan
kelihatan agak tua. Sebab nampak tidak bermaya kan? Jadi, wajah akan nampak
lebih tua dari usia.
Sebelum saya
bagi ibu mencuba SET SENDI SHAKLEE, beliau kerap sakit kaki, lutut dan
pinggang. Bila dibawa berjalan, memang penatlah dengar ibu asyik ajak balik.
Baru masuk 2 3 kedai, dah ajak balik. Memang agak bertentangan dengan orang
muda yang suka berjalan cuci mata. Hihi… Sebenarnya, masa tu saya rasa dah agak
lambat untuk pulihkan kaki ibu. Tapi saya ikhtiarkan juga.
Puncak bukit |
Prinsip
saya, selagi kita hidup, selagi kita mampu, kesihatan harus dijaga sepenuhnya.
Ikhtiar untuk sembuh dari sebarang masalah kesihatan tetap kena cari supaya
kita juga boleh menikmati kehidupan seperti orang lain. Tak kiralah dah saat di
ambang maut ke, sakit kanser tahap maksimum ke. Saya tetap berusaha cari jalan
untuk sembuh. Kerana Tuhan sangat menyukai orang yang gigih berusaha. Ajal maut
hanya di tangan Tuhan. Jadi selagi masih bernyawa, hargainya nyawa dan
kehidupan kita.
Saya hanya
mula beri ibu Ostematrix pada bulan pertama mencuba suplemen Shaklee ni. Masa
tu saya masih duduk di KL lagi. Jadi segala suplemen ibu saya pos saja dari
sana. Kalau tak silap pertama kali ibu makan Ostematrix adalah penghujung
Januari 2014. Bulan seterusnya saya tambah satu lagi suplemen yang juga penting
untuk tulang dan sendi iaitu OmegaGuard. Dan seterusnya saya tambah lagi dengan
AJHT.
Setiap
minggu saya akan telefon ibu bertanyakan kesihatannya. Saya amat bersyukur,
kerana pada bulan Mac 2014, ada perubahan pada kesihatan ibu. Kaki ibu dah
kurang sakit bila berjalan. Berdiri pun dah boleh bertahan lebih lama.
Sebelumnya, ibu tak tahan bila berdiri lama sebab kaki cepat lenguh.
Dan yang
lebih lagi buat saya semakin yakin dengan suplemen ini adalah keadaan ibu
setelah lebih kurang 4 bulan mengamalkannya. Yang ni saya rasa dan tengok
sendiri depan mata. Sebab pada penghujung bulan Mei 2014 saya balik ke kampung
untuk bercuti. Kisah ibu juga saya pernah cerita dalam entry saya yang lepas-lepas.
Nak tau cerita tu, anda boleh klik dan baca sini.
Ok, sekarang
dah masuk setahun ibu mengamalkannya. Tengok apa yang jadi sekarang. Ibu dah
mampu panjat bukit!!! Saya sendiri macam tak percaya. Sebab jika dilihat untuk
orang seusia ibu ni, kebanyakannya dah tak larat nak panjat tangga turun tangga
setinggi tu. Kali ni kali kedua saya jadi saksi kekuatan kaki ibu. Depan mata
lagi. Tak seperti sebelum-sebelum ni yang hanya mendengar pengakuan ibu melalui
panggilan telefon sahaja.
Lepas
morning walk, kami pulang sebentar ke chalet untuk bersarapan sebelum
meneruskan perjalanan ke air terjun untuk mandi manda. Sekali lagi, depan mata
saya. Ibu mampu panjat dan berjalan di kawasan berbatu-batu di kawasan air
terjun walaupun dipimpin tangannya (sebab takut licin dan tergelincir). Ibu
berjaya melepasi kawasan berbatu untuk turun ke kawasan tempat mandi.
Kami checkout dari chalet tersebut setelah selesai mandi air terjun. Masa balik dari air terjun saya ambil kesempatan untuk hiking walaupan berseorangan. Keluarga yang lain balik dulu sebab nak kemas-kemas barang. Jadi sempat juga saya lepas hajat nak hiking tahun ni.
Kami checkout dari chalet tersebut setelah selesai mandi air terjun. Masa balik dari air terjun saya ambil kesempatan untuk hiking walaupan berseorangan. Keluarga yang lain balik dulu sebab nak kemas-kemas barang. Jadi sempat juga saya lepas hajat nak hiking tahun ni.
Masa duduk di KL, setahun adalah dalam 2 hingga 3 kali saya buat aktiviti ni dengan kawan-kawan. Yang paling mencabar saya pernah panjat di KL ialah Bukit Tabur di Melawati. Permandangan memang wow lah dari puncak bukit tu. Tapi keadaan bukit tersebut memang agak bahaya untuk dipanjat. Dengan jalan dan tanah yang berbatu halus dan saya agak 70% laluan dipenuhi dengan batu kuarza.
Laluan Bukit Tabur |
Cerun kan?? |
Pemandangan dari puncak Bukit Tabur |
Muka puas...hihi.... |
Dalam
perjalanan ke puncak terjumpa seorang auntie berbangsa Cina berdarah-darah di
kepala sambil menangis mungkin terlalu fobia selepas jatuh. Kepalanya kelihatan
luka berlubang sebab terhantuk pada batu. Memang habis darah pada baju auntie
tu dan keluarga yang memapahnya. Terdetik juga perasaan takut masa tu. Sebab
jalan pun agak licin memandangkan hari hujan pada malam sebelumnya.
Menurut
cerita yang hanya saya ketahui selepas hiking di bukit tersebut, rupanya dah
banyak juga nyawa yang terkorban di situ. Dan yang paling mengejutkan adalah,
sehari sebelum saya mendaki bukit tersebut, satu lagi nyawa terkorban di situ,
iaitu seorang cikgu berbangsa Cina yang baru berusia 32 tahun. Tiba-tiba
perasaan gerun menyelubungi. Hihi…
Kebetulan
masa saya mendaki tu, tak silap dekat checkpoint ke 7. Saya bergurau dengan
rakan saya sebab ternampak sehelai baju T-Shirt yang tersangkut pada sebatang
pokok condong. Lepas baca berita tentang kematian cikgu tersebut, tiba-tiba
saya terfikir adakah baju tu milik cikgu yang maut di situ.
Walaupun
kejadian tu sedikit sebanyak buat hati takut untuk mendaki tapi tak pernah
terlintas lagi nak berhenti mendaki selagi masih mampu. Sebab aktiviti ni
sangat seronok bagi mereka yang sukakan cabaran dan sesuatu yang ekstrem.
Ok, sambung
kita tentang kisah percutian tadi. Dah terlebih melalut ke lain rasanya ni.
Hihi… Lepas saya balik hiking tadi, kami terus bertolak ke tempat seterusnya
iaitu menuju ke Kolam Air Panas Kampung Panchor Dayak. Bayangkan, pada hari
yang sama beriadah di 2 tempat yang berbeza. Perjalanan dari Taman Rekreasi
Ranchan ke kolam air panas tu mengambil masa lebih kurang 45 minit. Termasuk
sesat mencari tempat mungkin dekat 1 jam juga.
Kalau dulu,
perjalanan macam ni pun dah cukup buat ibu penat. Tapi, sekarang memang wah!
Steady ibu!! Hihi…. Sebab sampai saja di kolam tu, nampak sangat yang ibu
tengah excited nak rasa air kolam tu. Lebih-lebih lagi bila tengok dah ramai
pengunjung yang berendam.
Lama juga
kami berendam dan lepak dalam kolam tersebut, rasanya ada dalam 3 jam lebih.
Saya memang tak payah cakap, benda-benda macam ni memang saya suka. Habis
kesemua kolam saya terjun. Hihi… Dari yang panas biasa-biasa sehingga yang
memang gila panas. Kolam terakhir adalah kolam yang paling panas sebab kolam tu
paling dekat dengan punca mata air panas.
Kami pulang
ke Sibu pada hari yang sama iaitu selepas selesai mandi di kolam air panas.
Bertolak kira-kira pukul 1.40 petang, akhirnya kami tiba di Sibu pada pukul 7
petang. Dan yang lagi hebat, kaki ibu masih mampu berjalan-jalan cuci mata masa
kami singgah berehat di Pekan Lachau. Nak tau yang lagi hebat tak? Sampai saja
di Sibu, ibu ajak pergi pasar malam beli makanan!! Hebat! Ibu memang hebat!
Hihi….
Sekian, perkongsian kisah ibu saya yang dah setahun mengamalkan suplemen Shaklee ni. Bermula dengan Set Sendi, kini saya juga bekalkan ibu dengan multivitamin Vita-Lea untuk kekalkan kecergasan ibu.
Sekian, perkongsian kisah ibu saya yang dah setahun mengamalkan suplemen Shaklee ni. Bermula dengan Set Sendi, kini saya juga bekalkan ibu dengan multivitamin Vita-Lea untuk kekalkan kecergasan ibu.
Tak lupa nak
kongsi dengan anda, sempena ulangtahun ke 100 multivitamin Vita-Lea ni, anda
layak untuk dapatkan 1 BOTOL VITA-LEA
(120 BIJI) YANG BERNILAI RM94 SECARA PERCUMA (tertakluk pada syarat). Nak
tau syarat dan cara bagaimana nak dapatkan Vita-Lea ini secara percuma? Hubungi
saya dengan segera.
FAST ACTION,
FAST RESULT
Nana
(1104380)
Beauty &
Health Consultant
SMS/WHATSAPP
: 017 244 2982
Theana
Beauty & Wellness
No comments:
Post a Comment