Ingat wahai anak. Ibu dan ayah hanya seorang. Tidak boleh dibeli. Tidak
boleh ditukar ganti. Tayar kereta bocor, kita boleh tukar. Bumper
kereta rosak dilanggar, insuran boleh bayar kos baiki. Tapi kalau
kesihatan ibu dan ayah rosak?? Sanggup ke kita nak lihat mereka
terlantar menunggu masa? Sanggup ke kita nak lihat tubuh mereka
terbaring lesu tidak berdaya? Dan lebih sanggup ke kita kalau tiba-tiba
ibu dan ayah pergi meninggalkan kita?
Saya
percaya tiada anak yang tidak akan pernah merasa sedih ditinggalkan
orang yang dah berkorban untuk kita selama ini. Mungkin kerap kita
lafazkan seperti ini, 'Ye saya sayang mak ayah saya' tapi cukup ke
perasaan sayang itu yang kita bagi? Atau hanya sayang di mulut sahaja?
Bantu ibu dan ayah anda sebelum terlambat. Berikan mereka kesihatan
yang lebih baik. Yang layak untuk mereka miliki di usia tua mereka.
Kerana ibu dan ayah dah pernah susah, dah pernah sakit sejak kita lahir
sehingga dewasa. Sekarang adalah masa untuk kita pulangkan balik
kesihatan yang sempurna pada mereka.
Di
sini saya kongsikan kisah benar ibu saya, bacalah dan kongsilah jika
anda rasa ia bermanfaat untuk orang lain membantu ibu dan ayah mereka.
Dulu-dulu ibu selalu mengadu bosan duduk di rumah. Bosan
sebab tak dapat ikut ayah pergi shopping lama-lama. Bosan sebab tak
dapat berdiri buat kerja lama-lama. Bosan sebab tak dapat buat aktiviti
kegemaran langsung. Akhirnya ibu stress disebabkan kebosanan itu.
Sebagai anak, risau
memang cukup risau. Badan ibu mula susut, makan tidur tak teratur. Dari
jauh hati memang cukup risau. Tapi apakan daya, saya jauh di perantauan
mencari rezeki.
Sehinggalah
suatu hari saya berjumpa dengan produk
yang ibu amalkan sekarang ni. Memang mula-mula saya jadi ahli sebab
nak
bagi ibu cuba suplemen ni. Tak terlintas langsung di hati saya nak
berbisnes semata-mata. Saya jadi ahli supaya saya boleh dapat harga
murah bila saya membeli untuk ibu. Mula-mula saya hanya belikan ibu
Ostematrix. Sebulan lepas
tu saya beli lagi AJHT dan Omega Guard untuk ibu. Masa tu saya dah tak
kira duit bulanan cukup ke tak cukup. Yang penting adalah kesihatan ibu.
Duit kita sentiasa boleh cari. Tapi ibu hanya satu tiada pengganti.
Sebelum
saya balik jumpa ibu, saya nak lihat ibu sihat. Nak lihat ibu senyum
ceria seperti masa muda dulu. Itu impian saya. Sebulan pertama tak
banyak perubahan pada ibu. Masuk bulan kedua,
memang satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan. Ibu dah mula puji
suplemen yang diamalkan. Sedikit demi sedikit perubahan pada kaki ibu
semakin baik.
Sakit
sendi di kaki ibu dah kurang. Rasa lenguh
dan cepat letih dah kurang. Ibu dah seronok sebab dapat ikut ayah pergi
shopping lama-lama. Lega tak terkata sebab kesihatan ibu semakin baik.
Saya pulang ke kampung setelah 4 bulan ibu mengamalkan produk tersebut.
Hari pertama sampai saja dari airport, saya terus bawa ibu shopping.
Sampai malam, dan sambung lagi hari besoknya. Ni sebenarnya bukan nak
test kaki ibu. Tapi saya yang 'ter'over-excited sebab lama tak balik
kampung. Jalan-jalan cari makan. Itu yang penting. Perindu makanan
kampung. Hehe...
Masa tu, saya dah lupa sebenarnya kaki ibu dah
boleh berjalan lama-lama. Sehingga hari kedua, saya kepenatan yang
teramat. Sampai nak jalan pun dah tak larat rasanya. Ibu ajak lagi pergi
cari satu barang yang dia nak. Masa tu baru saya perasan. Eh! Eh! Sekarang
ni kaki siapa yang lagi kuat. Saya ni muda lagi, ibu dah nak cecah 60.
Wahhh hebat ibu!!!! Tak sangka saya yang pancit dulu. Hahaha....
Sehingga
sekarang, saya beri ibu makan suplemen produk ni. Kalau boleh,
saya tak nak ibu ambil ubat-ubatan hospital lagi. Semakin rajin membaca,
semakin banyak info tentang ubatan jenis dadah yang saya dapat. Sekarang
juga saya dalam proses nak tukarkan semua dadah yang ibu dan
ayah ambil untuk sakit mereka. Jika anda baca apa kesan setiap dadah
pada tubuh kita, pasti anda juga gerun dan takut nak makan ubatan jenis
dadah
lepas ni. Tak percaya? Dunia di hujung jari! Rajinkan membaca untuk
tambah pengetahuan.
Itulah
sebahagian dari kisah ibu saya yang pada mulanya hanya mengambil set
untuk sakit sendinya sebelum ini. Sekarang saya juga bagi ibu dengan
suplemen yang boleh bantu ibu mencegah diabetes. Kerana sebelum ini
kandungan gula dalam darah ibu tiba-tiba meningkat. Sebelum menjadi
lebih parah, baik saya bantu ibu mencegah awal penyakit tersebut. Sekian
dulu kisah ibu saya. Akan datang saya akan kongsikan pula kisah my BFF
(boyfriend forever) iaitu ayah saya. Mom and Dad, I love you both deep
deep down in my heart.
Anda sayang ibu dan ayah anda? Jika sayang, buktikan sekarang. Bukan minggu
depan, bukan bulan depan atau tahun depan. Ingat ya anak-anak, wang
ringgit, harta benda boleh kita cari. Tapi ibu dan ayah kita kalau dah
tiada, cari sampai lubang cacing pun Tuhan takkan bagi balik dah. Kerana
masa di dunia kita tak hargai mereka, tetapi di sana tetap ada pencipta yang
setia menyayangi ibu dan ayah kita.
Jangan
menangis baca ya. Ini
kenyataannya. Jadilah anak yang menghargai ibu bapa walaupun bukan
dalam bentuk memberi wang ringgit. Menghargai kesihatan mereka adalah
lebih besar nilainya dari hanya memberi wang ringgit. Pastinya anda akan
tersenyum riang bukan, apabila melihat orang yang anda sayang hidup
sihat, ceria dan bahagia. Janji pada diri anda, bahawa anda juga akan
turut kembalikan senyuman dan kecerian ibu dan ayah anda.
KEMBALIKAN SENYUMAN DAN KECERIAAN MEREKA
PASTINYA ANDA JUGA AKAN HIDUP BAHAGIA
Perlukan
saya untuk bantu ibu dan ayah anda? Saya sedia berkongsi segala
pengalaman dan pemakanan yang terbaik buat mereka yang kita sayang. Semoga kehidupan kita semua lebih diberkati.
Entri asal : www.blognana.com (2014)
Entri asal : www.blognana.com (2014)
Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan/side income 3-4 angka sebulan?
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
FREE CONSULTATION 24/7
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
Nana
Shaklee ID : 1104380
017 244 2982 ( SMS/Whatsapp )
Page FB : Theana Beauty & Wellness
No comments:
Post a Comment