Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

KOLAGEN TERBAIK : SERBUK KOLAGEN SHAKLEE

Bertemu lagi kita dalam entry terbaru tentang kolagen ni. Kali ni, saya nak memperkenalkan pada anda, salah satu suplemen kolagen yang terbaik untuk anda. Tak perlu percaya pada cakap saya, tapi anda perlu percaya pada Serbuk Kolagen Shaklee yang menjadikan anda benar-benar tampak hebat. Cuba dulu baru percaya okay? Hehe... 

Okay bagi yang masih kabur-kabur tentang apa sebenarnya kolagen, anda boleh BACA SINI. Segala info tentang kolagen dah ada dalam tu, cuma tinggal rajin ke tak je lagi anda nak baca. Bukan info pasal kolagen saja yang perlu anda tahu, malah cara bagaimana hendak memilih kolagen sebagai suplemen pun agak penting jika anda inginkan pilihan yang terbaik untuk keperluan anda. Nak tau pilihan yang mana sesuai, anda boleh KLIK SINI.

Bah, jom kita cerita tentang Serbuk Kolagen Shaklee pula. Eh eh, macam orang Sabah pula ni. Hehe... Dah la, sebelum merepek lagi panjang baik saya cerita sekarang tentang kolagen ni. Sebelum saya cerita tentang bahan yang digunakan oleh Shaklee untuk kolagen ni, saya nak bagitau dulu, apa bezanya kolagen Shaklee ni.

Serbuk Kolagen Shaklee mengandungi 4000mg kolagen dari sisik ikan merah. Ia sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik ikan merah. Berat molekular kolagen adalah disukat dalam unit Dalton. Berapa dalton agaknya ukuran berat molekular untuk serbuk kolagen Shaklee ni ye? Haa... ni yang saya nak bagitau juga. Kolagen Shaklee memiliki berat molekular yang sangat rendah iaitu sekitar 1000 dalton. Ciri-ciri ini menjadikan kolagen ini amat mudah diserap oleh tubuh. Seterusnya ini akan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Seperti yang pernah saya terangkan pada anda dalam entry yang sebelumnya, semakin kita berusia, tubuh kita akan semakin kurang menghasilkan kolagen. Ini akan menyebabkan munculnya kedutan dan garis halus pada kulit. Kulit juga akan semakin kendur dan hilang sifat keanjalannya. Selain dari faktor peningkatan usia, kerosakan kolagen juga adalah disebabkan oleh faktor luaran seperti cahaya matahari, radikal bebas di udara, menghisap rokok dan lain-lain.

Serbuk Kolagen Shaklee ini telak terbukti dan diuji secara klinikal. Apa istimewanya serbuk kolagen ini? Serbuk kolagen ini dihasilkan tanpa aditif iaitu bahan tambahan. Ramuannya adalah 100% tulen, semulajadi dan selamat untuk diamalkan. Ia juga tidak mengandungi bahan perangsang, gula, bahan pengawet dan juga pewarna.

Dengan rasa yang enak, serbuk kolagen ini boleh dicampur dengan air kesukaan seperti jus buah atau sebagainya. Ia juga boleh dibancuh atau dikisar bersama MealShakes dan ESP Shaklee. Serbuk kolagen ini sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja anda pergi. Kepentingan bukan sahaja untuk kecantikan kulit dan kelihatan lebih muda, malah ia juga untuk menggalakkan kesihatan yang lebih baik.

Serbuk Kolagen Shaklee telah terbukti berkesan melalui kajian klinikal yang dijalankan. Kajian menunjukkan bahawa keadaan kulit pengguna serbuk kolagen ini 71% telah berubah menjadi lebih baik selepas penggunaan berterusan selama 8 minggu. Anda bayangkan. Cuma perlu pengambilan berterusan selama 8 minggu sahaja dah menunjukkan kesan positif terhadap kulit.

Menurut kajian tersebut, kelembapan berubah lebih baik sebanyak 69%, kelicinan 75%, kedutan 80% dan kecerahan 90%. Perubahan tersebut adalah selepas penggunaan serbuk kolagen secara konsisten selama 8 minggu sahaja! Terbukti berkesan kan? 

  
Okay, kita dah sampai ke penghujung cerita tentang Serbuk Kolagen Shaklee. Jangan lupa teruskan misi dan pencarian anda tentang kolagen dalam blog ringkas saya :-) Oh ya, sebelum saya lupa, di sini anda boleh terus sambung baca apa manfaat Serbuk Kolagen Shaklee untuk anda. BACA DI SINI

Entri asal : www.blognana.com (2014)

Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan/ side income 3-4 angka sebulan?
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
FREE CONSULTATION 24/7
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE   

Nana
Shaklee ID : 1104380
017 244 2982 ( SMS/Whatsapp ) 

No comments:

Post a Comment