Protein adalah bahan utama dalam
pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan. Selain itu protein juga adalah
komponen utama kepada hormon manusia dan merangsang fungsi psikologi. Jadi
tidak hairanlah jika setiap organ kita memerlukan protein. Kekurangan protein
akan menyebabkan kelemahan dalam sistem imunisasi. Ia akan menyebabkan badan
menjadi lemah untuk melawan penyakit. Ia juga akan menyebabkan masalah lebihan
air yang tinggi dalam badan.
Selain itu,
kekurangan protein juga akan menyebabkan kehilangan kepejalan otot, perubahan
warna pada rambut, pertumbuhan yang terbantut, masalah penghadaman, masalah
penghasilan darah dan hormon dan akhirnya menjadi punca kepada masalah yang
lebih besar iaitu kegagalan pada fungsi organ yang akhirnya boleh membawa maut.
Oleh itu, protein adalah suatu keperluan yang sangat penting bagi tubuh.
Protein
terdiri daripada 20 jenis asid amino di mana setiap satunya akan menghasilkan
jenis protein yang berbeza mengikut pada keperluan protein dan enzim yang
diperlukan oleh tubuh manusia.
Asid amino terbahagi kepada 2 iaitu asid
amino perlu dan asid amino tak perlu. Asid amino perlu adalah yang tidak boleh
dihasilkan oleh badan manusia dan hanya boleh diperolehi dari sumber pemakanan.
Manakala asid amino tak perlu pula adalah yang dapat dihasilkan sendiri oleh
tubuh manusia. Suplemen Shaklee telah menyediakan kesemua asid amino perlu yang
diperlukan oleh tubuh.
Indeks glisemik yang biasa
dikenali dengan sebutan GI adalah nilai yang menempatkan kedudukan karbohidrat
berdasarkan kesannya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah
gula dengan cepat mempunyai nilai indeks glisemik yang tinggi manakala
karbohidrat dengan indeks glisemik yang rendah pula memecahkan gula dengan
perlahan-lahan sambil membebaskan glukosa ke dalam sistem badan.
Mengekalkan
paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam mengurangkan berat
badan dan untuk penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengah
protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja
menghilangkan isoflavon yang bermanfaat bagi tubuh, malah ia akan membentuk
pencemaran dalam produk tersebut apabila berlakunya tentangan dengan
bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP Shaklee pula dicuci
dengan air untuk mengekalkan isoflavon dalam soya supaya dapat menghasilkan
produk yang baik dan berkualiti. Dengan ini ia dapat membekalkan pengguna
dengan keseluruhan kebaikan soya tanpa mengganggu sedikit pun khasiatnya.
No comments:
Post a Comment