Masyarakat kini semakin sedar tentang kaedah semulajadi untuk menyingkirkan
toksin dari tubuh mereka. Buktinya kini, ramai yang telah mencuba kaedah
perubatan alternatif untuk membersihkan badan dari toksin.
Kaedah mudah adalah seperti beralih kepada diet pemakanan semulajadi, menggantikan minuman dengan jus untuk meningkatkan nutrisi dalam badan dan berpuasa. Semua kaedah ini adalah untuk membersihkan toksin yang telah tersimpan lama di dalam badan. Penggunaan kaedah seperti ini dapat membantu menangani gejala penyakit seperti sakit kepala yang kronik, masalah jerawat, alahan dan juga artritis yang telah lama dihidapi pesakit.
Kaedah mudah adalah seperti beralih kepada diet pemakanan semulajadi, menggantikan minuman dengan jus untuk meningkatkan nutrisi dalam badan dan berpuasa. Semua kaedah ini adalah untuk membersihkan toksin yang telah tersimpan lama di dalam badan. Penggunaan kaedah seperti ini dapat membantu menangani gejala penyakit seperti sakit kepala yang kronik, masalah jerawat, alahan dan juga artritis yang telah lama dihidapi pesakit.
Cara
yang lebih intensif sememangnya pernah digunakan iaitu dengan kaedah
pembersihan organ penyingkiran di dalam badan iaitu dengan membersihkan kolon,
ginjal dan hati. Walaubagaimanapun, mereka yang telah mencuba kaedah ini
akhirnya membuat keputusan untuk tidak meneruskan cara pembersihan ini. Ini
kerana cara pembersihan tersebut telah menimbulkan gejala atau simptom baru
bagi penyakit yang lainnya pula. Secara
umumnya, simptom seperti ini adalah bukan sesuatu penyakit baru yang dihidapi
badan, tetapi ia adalah sesuatu yang dipanggil krisis penyembuhan.
Kini
banyak cara yang lebih mudah untuk diamalkan untuk menyingkirkan toksin dari
dalam badan. Salah satunya adalah dengan pengambilan diet atau makanan tambahan
semulajadi seperti vitamin. Namun, krisis penyembuhan tetap akan berlaku bagi sesetengah pengamalnya.
APA ITU KRISIS PENYEMBUHAN
Krisis penyembuhan berlaku apabila simptom penyakit dan toksin dilepaskan semasa proses detoksifikasi. Juga dikenali sebagai tindakbalas ‘Herxheimer’, ia berlaku apabila toksin yang tersimpan di dalam badan dilepaskan dalam kadar yang lebih cepat daripada yang sepatutnya dilepaskan. Semakin banyak toksin di dalam badan, semakin banyak proses detoksifikasi yang berlaku, dan semakin banyak juga tindakbalas dan tanda krisis penyembuhan pada seseorang.
Krisis
penyembuhan disifatkan sebagai simptom sementara yang berlaku pada badan semasa
proses pembersihan atau detoksifikasi. Simptom yang timbul mungkin boleh jadi
ringan atau teruk bergantung pada berapa toksiknya badan seseorang. Tetapi apa
yang pasti, gejala ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Krisis
penyembuhan boleh berlaku dengan kadar segera, dalam beberapa hari atau minggu
semasa proses detoksifikasi.
SIMPTOM KRISIS PENYEMBUHAN
Krisis
penyembuhan boleh menunjukkan pelbagai gejala atau simptom bergantung pada apa
yang badan lalui semasa proses detoksifikasi awal. Antara simptom yang mungkin
boleh berlaku adalah seperti berikut :
- Kejang otot atau sakit sendi yang semakin teruk
- cirit birit
- keletihan melampau
- kegelisahan
- sakit kepala
- insomnia
- demam
- kesukaran bernafas
- masalah gangguan kulit
- perubahan emosi
RAWATAN CADANGAN UNTUK KRISIS
PENYEMBUHAN
Adalah penting untuk anda meneruskan proses penyingkiran toksin dalam badan anda walaupun menghadapi pelbagai
krisis penyembuhan yang mungkin merisaukan anda. Tidak perlu risau kerana
tanda-tanda tersebut hanyalah untuk sementara sahaja. Proses pembersihan dan
penyingkiran toksin dari dalam badan akan membantu badan anda untuk bebas dari
serangan penyakit yang menghantui anda. Ikuti
beberapa langkah mudah yang boleh membantu anda mengurangkan gejala yang dialami.
- Minum banyak air kosong akan membantu badan anda melepaskan toksin dengan lebih cepat.
- Pengambilan makanan berserat untuk mencuci kolon dan ginjal boleh mempercepatkan proses penyingkiran toksin.
- Berehat secukupnya sekira badan anda terasa mudah penat.
- Meditasi juga dapat membantu anda mengawal perasaan yang disebabkan oleh perubahan emosi anda.
Anda ingin menyingkirkan toksin yang bersarang dalam badan anda? Hanya dengan cara yang mudah dan selamat. Halal dan berkesan untuk semua.
Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan 3-4 angka sebulan?
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
KHIDMAT RUNDINGAN PERCUMA 24/7
dan
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE
No comments:
Post a Comment