Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Monday, January 2, 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017


Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2017 untuk semua pembaca. Saya doakan semua, semoga mendapat keberkatan dalam setiap perkara yang anda lakukan. Kita semua pasti inginkan yang terbaik bukan? Semoga yang membaca ini, dilimpahkan rezeki dari segi kesihatan, kewangan dan mencapai kebahagiaan dalam hidup. Apa yang penting, fikir yang baik-baik sahaja, maka apa yang datang juga adalah yang terbaik buat diri kita.

Sedikit pengumuman saya nak sampaikan di sini. Blog ini adalah sebenarnya asal dari BLOG NANA (www.blognana.com) Atas kesilapan dan masalah-masalah yang tidak dapat saya elak, blog asal telah pun dipadam sepenuhnya. Tetapi saya sangat bersyukur, segala isi kandungan dari blog lama masih boleh saya eksport semula ke blog baru. Hampir putus asa juga pada mulanya kerana segala isi kandungan dalam blog tersebut adalah usaha keras saya selama 2 tahun.

Untuk menjadikan diri seorang penulis konsisten adalah sangat susah pada mulanya. Mencari info dan maklumat berguna untuk dikaji sebelum disampaikan kepada pembaca. Semuanya memerlukan usaha gigih dan juga pengorbanan. Membiarkan blog kosong dan sunyi tanpa apa-apa cerita memang kesilapan terbesar yang saya lakukan sepanjang tahun lepas.

Namun, Tuhan tunjukkan saya jalan dan idea bagaimana saya boleh dapatkan kembali isi kandungan penulisan saya. Tahun ini saya bertekad untuk terus berkongsi ilmu dan cerita bermanfaat untuk semua pembaca. Pesanan saya, anda mungkin sedikit pelik bila terbaca sesetengah entri blog saya yang agak pelik masa dan keadaannya. Sebabnya, saya akan masukkan balik entri-entri lama yang saya pernah tulis sepanjang perjalanan saya dalam bisnes Shaklee terutamanya. 

Harapan saya semoga anda tetap setia membaca dan ikuti blog saya. Terima kasih atas sokongan semua pembaca selama ini. Kini, saya tampil dengan blog baru, impian baru, semangat baru, matlamat baru. Bila semuanya baru, jadi saya sendiri pun kena jadi orang baru. Kembali pada asalnya, bermula sesuatu dari bawah.

Semoga tahun ini kita semua semakin kental! Ok, bai!

No comments:

Post a Comment