Dua malam berturut dapat ilmu
perkongsian dari dua wanita hebat. Dua
ikon yang patut dijadikan contoh dan inspirasi. Memang seronok dengar
perkongsian dari hati mereka. Tentang perjalanan mereka dalam
perniagaan, naik
turun ibarat roda yang berputar. Tetapi mereka tetap gagah, gigih
menghadapi semua dugaan tersebut. Walaupun pernah jatuh tergolek, namun
mereka tetap kental bangkit balik demi untuk membantu mereka yang juga
perlukan sokongan.
Memang
benarlah apa yang pernah dikatakan oleh salah seorang Master hebat
dalam Shaklee ni, modal yang paling penting dan mahal sebenarnya
bukanlah wang ringgit. Tetapi adalah semangat yang kental. Ye benar,
jika kita tidak cukup berani dan kental nak menghadapi segala cabaran
dan dugaan dalam perniagaan, seeloknya kita berhenti dari bidang
tersebut dan kaji balik sejauh mana persediaan kita nak buat bisnes. Tak
nak la satu hari nanti orang kata kita hangat-hangat tahi ayam je.
Betul tak?
Menurut mereka, apabila kita dah mula buat keputusan untuk berbisnes, kita harus ada satu BIG WHY dalam
diri. BIG WHY ni kira macam 'push factor' lah juga. Tapi ini 'push factor'
yang betul-betul buat kita bergerak tanpa kita layan lagi dah dugaan
yang datang. Apa pun yang datang kita semua mampu redah. Sebab BIG WHY
itulah yang akan bantu kita untuk terus bangkit walaupun setelah mengalami kejatuhan yang begitu menyakitkan.
Dan
apa yang paling penting, dalam
kita ingin maju, dalam kita inginkan sesuatu, jangan lupa kepada
pencipta kita. Kerana segala rezeki dan ketentuan hidup kita adalah di
tanganNya. Kita hanya mampu merancang, selebihnya Allah yang menentukan.
Oh
ye, terlupa pula satu lagi part yang betul-betul menyentuh hati bila
dengar perkongsian mereka. Iaitu part pengorbanan. Setiap sesuatu yang
baik yang kita inginkan perlukan sebuah pengorbanan. Jika hari ini kita
tidak berkorban, mungkin kita tidak akan menjadi seperti apa yang kita
impikan pada masa hadapan. Begitu juga dengan dua wanita hebat ini,
besar pengorbanan mereka demi meneruskan impian untuk ke puncak yang
lebih tinggi.
Semoga kisah mereka menjadi inspirasi kepada semua yang mendengar pada malam tu, termasuk saya sendiri. Jika mereka masih mampu untuk melangkah naik walaupun selepas jatuh tergolek, kenapa tidak kita yang masih belum mencuba langsung untuk naik? Betul tak? Masa semua sama. Setiap orang punyai masa 24 jam sehari. Jadi tiada lagi alasan sibuk, tak cukup masa dan sebagainya untuk kita tidak boleh naik seperti mereka.
Semoga kisah mereka menjadi inspirasi kepada semua yang mendengar pada malam tu, termasuk saya sendiri. Jika mereka masih mampu untuk melangkah naik walaupun selepas jatuh tergolek, kenapa tidak kita yang masih belum mencuba langsung untuk naik? Betul tak? Masa semua sama. Setiap orang punyai masa 24 jam sehari. Jadi tiada lagi alasan sibuk, tak cukup masa dan sebagainya untuk kita tidak boleh naik seperti mereka.
"WHAT WE THINK WE BECOME"
Jika anda juga ingin seperti kami, mendaki bersama-sama kami,
Tak perlu segan untuk mula bertanya. Jangan risau kerana setiap penerangan dan khidmat bimbingan kami adalah 100% percuma.
Beranikan diri mencuri masa kami ^_^
SMS/Whatsapp : 017 244 2982
Shaklee Beauty & Health Consultant
No comments:
Post a Comment