Tip ini boleh
anda gunakan untuk membantu menghilangkan rasa malu yang mungkin masih menebal
dalam diri. Boleh dipraktikkan untuk bisnes secara online dan juga offline.
1) Berdoalah
kepada Allah dengan doa yang spesifik. Minta Allah kurangkan rasa malu dan
minta diberikan keyakinan diri.
2) Kenali
diri. Buat senarai kelebihan dan kekurangan diri. Kemudian tuliskan cara atau
cadangan bagaimana mengatasinya.
3) Tentukan
minat terhadap bisnes dan cuba untuk ‘master’ dengan apa yang ingin kita
usahakan.
4) Bagi
seorang wanita yang mempunyai suami, sila minta izin suami terlebih dahulu.
Adalah lebih bagus jika pasangan kita tahu apa yang kita buat.
5) Yakin
dengan bisnes atau produk yang hendak kita usahakan. Pendek kata, jika
pelanggan tanya apa pun boleh jawab.
6) Yakin
dengan diri sendiri. Sentiasa fikirkan kata-kata motivasi dan nasihat dari
mereka yang sudah berpengalaman.
7) Baca dan
dengar pengalaman orang lain.
8) Tanamkan
dalam diri, niat kita adalah untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain
dengan produk kita. Jadi kita tidak perlu ada rasa malu.
9) Berniaga
adalah sunnah nabi dan suatu pekerjaan yang sangat mulia. Orang yang berniaga,
penggantungannya 100% kepada Allah, berbanding dengan orang yang makan gaji,
ramai yang tersalah berharap kepada majikan semata-mata.
10) Jangan
rasa kecil hati atau sedih jika tiada yang membeli produk kita. Sebaliknya,
kaji kenapa ia jadi begitu dan sentiasa perbaiki kesilapan kita dari semasa ke
semasa.
11) Tanya
diri sendiri, “JIKA ORANG LAIN BOLEH,
KENAPA AKU TAK BOLEH?”
No comments:
Post a Comment