Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

VITAMIN E : KENAPA ANDA PERLU PILIH SHAKLEE?

Adakah anda mengambil vitamin E cukup dengan keperluan anda? 1 kapsul VITA-E COMPLEX SHAKLEE membekalkan anda dengan 400IU vitamin E. Untuk mendapatkan sejumlah 400IU vitamin E anda perlu memakan 1kg gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam dan 500g badam. Ini kerana 1 kapsul VITA-E COMPLEX bersamaan dengan semua makanan tersebut. Nilai 1 kapsul vitamin E perlu untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas.



Soalnya, adakah anda mampu untuk menghabiskan kesemua makanan tersebut? Atau adakah anda sanggup untuk telan semuanya semata-mata hendak mendapatkan 400IU vitamin E untuk tubuh anda. Sudah tentu anda tak sanggup bukan? Jadi kenapa perlu susahkan diri mencari sumber vitamin E dari sumber makanan sedangkan dengan hanya menelan sebiji kapsul VITA-E COMPLEX sudah mampu membekalkan anda dengan vitamin E yang diperlukan untuk kesihatan tubuh anda.



Terdapat lebih dari 1000 kajian laporan perubatan berkenaan keberkesanan vitamin E. Kajian bertahun-tahun yang dilakukan oleh Universiti Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan bahawa vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 41% dan strok sebanyak 33%. Daripada kajian tersebut juga, dos selamat pengambilan vitamin E adalah sebanyak 3200IU sehari. Iaitu bersamaan dengan 8 kapsul VITA-E COMPLEX.

Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan vitamin ACE (beta carotene, vitamin C dan E) bersama-sama untuk menggandakan kesan antioksida dalam melawan radikal bebas. Bagi lelaki, tambahan Selenium dan vitamin E mampu meningkatkan kualiti air mani dan mempunyai kesan bermanfaat dan perlindungan dengan mengurangkan kadar kematian sperma.


No comments:

Post a Comment