Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

VIVIX DAN RAMUAN SEMULAJADINYA YANG HEBAT

Entri asal : www.blognana.com (2014)
Salam buat semua pembaca sekalian. Macam mana raya tahun ni? Walaupun ramai yang dah mula bekerja, tapi saya rasa mesti ramai yang masih seronok dengan mood hari raya kan? Yelah kan, masa cuti beraya dengan keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan sekampung. Bila dah naik kerja, layan mood raya bersama kawan-kawan satu pejabat pula kan. Hihi... Tapi walaupun dalam keriuhan berhari raya, jangan lupa juga pada mereka kurang bernasib baik. Sentiasa titipkan doa untuk mereka juga ya.

Ok, hari tu saya ada janjikan? Saya janji nak bongkarkan rahsia ramuan Vivix iaitu minuman botani hebat yang saya ceritakan sebelum ini. Ceh... rahsia la sangatkan? Hihi... Bolehla nak dikatakan rahsia, sebab saya rasa masih ramai lagi yang tak tahu tentang ramuan tersebut. Ok, kejap lagi saya nak dedahkan ramuan tu, jadi tak adalah jadi rahsia lagi kan. Hihi...

Jom terjah ramuan istimewa dalam Vivix ni. Kenapa ramuan tersebut sangat istimewa? Sebab ianya semulajadi! Ye, semulajadi. Tiada dicipta secara palsu ye. Maknanya bukan ramuan sintetik la tu. Ok, ramuan tersebut adalah ANGGUR MUSCADINE, LOBAK UNGU, ELDERBERI & POLYGONUM CUSPIDATUM. Jom kita kenal satu-satu dengan ramuan ini.


ANGGUR MUSCADINE

Anggur muscadine dikenali dengan nama saintifik Vitis Rotundifolia dan berasal dari Tenggara Amerika Syarikat. Selain daripada ditanam, anggur jenis ini boleh ditemui tumbuh secara meliar. Tidak hairanlah ia kadang-kadang boleh dijumpai tumbuh di kawasan belakang rumah penduduk di kawasan selatan Amerika. Anggur ini sangat unik kerana banyak perbezaannya dengan anggur yang lain.

Inilah rupa anggur muscadine
Perbezaan yang pertama dan paling ketara pada anggur muscadine adalah dari segi kulitnya. Kulitnya sangat tebal berbeza dengan anggur biasa. Ketebalan kulit ini menjadi rintangan semulajadi untuk menghalang penyakit, kulat dan serangga. Kulit adalah bahagian di mana kuasa antioksidanya yang paling tinggi disimpan.

Perbezaan kedua adalah, anggur muscadine ini mempunyai satu set tambahan kromosom di mana ia mengandungi gen. Gen ini membolehkan ia untuk menghasilkan keseimbangan unik fitonutrien yang kebanyakannya tidak terdapat dalam anggur lain.

Yang ketiga adalah dari segi kuasa anti-oksidanya. Anggur muscadine memiliki kuasa anti-oksida yang lebih tinggi berbanding dengan anggur biasa. Berdasarkan ukuran ORAC - Oxygen Radical Absorbance Capacity (Keupayaan Menyerap Radikal Oksigen) anggur muscadine mempunyai kadar penyerapan sehingga 6800 bagi setiap 100 gram anggur berbanding dengan anggur merah biasa cuma memiliki kadar penyerapan sebanyak 739. Kulit anggur muscadine sahaja dah mempunyai 6-8 kali ganda kapasiti anti-oksidan iaitu bersamaan dengan sejumlah besar beri biru.

Carta Keupayaan Penyerapan Radikal Oksigen Oleh Beberapa Jenis Buah
Beza yang ke empat anggur ini berbanding anggur biasa adalah dari segi jumlah resveratrol semulajadi dan asid elagik yang terkandung di dalam anggur ini. Menurut kajian, fitonutrien ini terkenal dengan kuasa antioksidan yang kuat di mana ia mempunyai ciri-ciri untuk menentang kanser.


MANFAAT ANGGUR MUSCADINE UNTUK KESIHATAN

Seperti yang kita sedia maklum anggur muscadine ini banyak manfaatnya untuk kesihatan kita. Banyak fitonutrien yang hadir dalam anggur ini yang telah diiktiraf sebagai antioksidan dan anti-radang yang kuat. Antioksida yang paling kuat banyak tertumpu pada kulit dan biji anggur muscadine.

Antioksidan ini sangat penting kerana ia membantu badan untuk menentang radikal bebas yang merosakkan sel-sel kita. Penyelidikan membuktikan bahawa radikal bebas adalah penyebab utama dari penyakit-penyakit degeneratif seperti kanser atau barah, penyakit kardiovaskular iaitu kolestrol dan jantung, diabetes, strok dan juga lain-lain masalah kesihatan.

Sebahagian dari fitonutrien yang paling ketara dikaji sebagai antioksidan dan agen anti radang yang hadir dalam anggur muscadadine adalah seperti berikut : resveratrol, piceatannol, asid elagik, katekin, epicatechin, quercetin, myricetin, asid gallic, pektin (serat diet), vitamin C, asid kafeik, anthocyanidins dan sebagainya.

Menurut kajian kebanyakan para saintis, kebaikan buah-buahan dalam melawan penyakit bukan sahaja kerana keupayaannya untuk memberi perlindungan antioksida. Malah sebatian fenolik seperti resveratrol dan quercetin dalam anggur muscadine itu juga mampu menghasilkan tindakbalas untuk mengurangkan, meningkatkan kesihatan jantung dan juga organ lain. Asid elagik juga adalah antara sebatian fenolik dalam anggur muscadine yang berkait rapat sebagai agen anti penuaan.


PURPLE CARROT (LOBAK UNGU)

Haa...inilah rupa lobak ungu 


Saya rasa masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan lobak ungu ni. Sedangkan lobak ini sudah wujud beribu-ribu tahun lepas. Boleh dikatakan lobak ungu adalah pelopor pada semua jenis lobak. Lobak ungu sangat berkhasiat dan memberikan banyak faedah kesihatan kepada pengguna. Kini, ia juga terkenal secara meluas dan menjadi lebih popular sebagai pengganti untuk pewarna kimia dan sintetik. Ini kerana lobak ungu ini boleh menghasilkan pewarna semula jadi. 

Lobak ungu memiliki semua khasiat dan manfaat kesihatan sama seperti lobak merah yang biasa kita lihat. Ia kaya dengan Vitamin A di mana ia sangat berkhasiat untuk penglihatan yang lebih baik dan untuk kulit yang lebih cerah. Beta-karotin dan fitokimia dalam semua jenis lobak telah terbukti mampu mengurangkan risiko kanser. Fitokimia yang berlaku dalam lobak adalah bahan kimia yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai pelbagai faedah positif termasuk ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang. Kandungan beta-karotin dalam lobak ungu sebenarnya adalah dua kali ganda dibandingkan dengan lobak jenis lain.

Lobak ungu juga mempunyai manfaat tambahan iaitu ia mengandungi antosianin. Antosianin adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan berfungsi untuk melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas iaitu molekul yang tidak stabil yang berpotensi merosakkan sel-sel badan kita. Antosianin adalah bahan yang bertanggungjawab dalam memberikan warna pada kebanyakan sayuran dan buah-buahan. Ia adalah pewarna semulajadi yang memberikan warna merah, ungu, dan biru


Lobak ungu mempunyai 28 kali ganda lebih antosianin ini daripada satu lobak merah biasa. Antosianin telah diuji pada tahun 2007 dan keputusan berasaskan makmal menunjukkan bahawa pigmen ini membantu menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan termasuk kanser, kencing manis, penyakit saraf dan jangkitan bakteria. Tindak balas biologi menunjukkan antosianin mempamerkan ciri-ciri anti-radang, anti-karsinogen dan anti-mikrob. Kuasa anti-karsinogen lobak ungu telah diuji dan menunjukkan ia mampu untuk membantu melawan kanser, strok, penyakit jantung dan juga diabetes.
 

Bukan hanya bahagian lobak saja yang bermanfaat untuk kesihatan malah akar lobak ungu ini juga boleh digunakan untuk merawat parasit dalam usus, masalah sembelit, masalah pencernaan dan tonsil. Pada zaman dahulu, lobak ungu digunakan sebagai ubat untuk merawat segala penyakt dari gigitan anjing sehinggalah masalah sifilis.

Walaupun lobak ungu tidak terkenal seperti lobak merah, namun disebabkan oleh manfaat kesihatan dan khasiatnya, ia mula mendapat perhatian setiap orang terutama para pengamal kesihatan dan pakar nutrisi. Produk dari lobak telah diiktiraf dan dipasarkan sebagai bebas lemak, natrium rendah, mengandungi sumber gentian yang tinggi, Vitamin A, dan juga bebas kolestrol.



MANFAAT LOBAK UNGU
 
Seperti yang kita tahu, lobak merah mengandungi banyak betacarotenes dan mempunyai ciri-ciri anti-karsinogen. Anti-karsinogen adalah bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko kanser. Ia juga mampu mengurangkan dan menentang sel kanser yang sememangnya sudah sedia merebak dalam sel badan kita. Anti-karsinogen ini akan meningkatkan pertahanan semulajadi tubuh kita terhadap kanser dan menghalang radikal bebas dan agen-agen lain yang boleh menyebabkan kanser. 

Seterusnya, ia akan memusnahkan sel-sel kanser ini dan menghalang pertumbuhan mereka. Oleh itu, pengambilan makanan atau suplemen yang mengandungi anti-karsinogen adalah sesuatu yang baik untuk tujuan pencegahan kanser. Terdapat kajian yang menunjukkan sifat-sifat anti-karsinogen sangat bagus untuk menyembuhkan kanser seperti kanser tekak, mulut, perut, hati, buah pinggang dan prostat.

Keduanya adalah, kumpulan lobak memiliki ciri-ciri antiseptik, anti-virus juga dan anti-mikrob. Ciri-ciri ini membantu menghalang virus dan bakteria termasuk selesema, sejuk, campak, dan jangkitan dalaman mulut, perut, saluran kencing dan usus. Sifat anti-mikrob lobak ungu pula membantu untuk mengurangkan atau membunuh penyebaran bakteria di dalam sistem badan kita.

Manfaat ke tiga adalah yang paling disukai pengamal kecantikan dan kesihatan iaitu sifat anti-oksida yang tinggi dalam lobak ungu. Sama seperti yang lain, anti-oksida mampu mencegah kanser, strok, penyakit jantung dan kencing manis. Lobak ungu juga adalah agen anti-radang dan sifat ini adalah sangat baik untuk mereka yang mengalami alahan.


Lobak ungu juga boleh dijadikan jus seperti juga lobak merah. Dengan mangamalkan meminum jus lobak ungu anda akan lebih cepat mendapatkan dos harian anda sperti vitamin, mineral, serat, kalsium, dan lain-lain bahan kimia semula jadi. Anda boleh mendapatkan nutrisi yang diperlukan setiap hari bersama-sama dengan semua anti-karsinogen, anti-mikrob dan faedah antioksidan apabila anda mengamalkan meminum jus lobak ungu.

Kandungan dos Vitamin A yang tinggi di dalam tumbuhan lobak akan membantu untuk meningkatkan sistem imun dan membantu mencegah lemak daripada menyumbat arteri. Mereka yang mempunyai risiko tinggi penyakit jantung harus memakan satu hidangan lobak setiap hari.


ELDERBERRY

Elderberry atau Sambucus Nigra
Elderberry iaitu dikenali dengan nama botaninya sebagai Sambucus Nigra telah digunakan sebagai  ubat tradisional selama berabad-abad di Amerika Utara, Eropah, Asia Barat, dan Afrika Utara. Kini manfaat dan faedah elderberry untuk kesihatan telah pun dikaji semula dan ianya terbukti bermanfaat untuk kesihatan manusia. 

Sama seperti ramuan lain dalam Vivix, buah elderberry juga terkenal dengan bahan antioksidan untuk menurunkan kolesterol, memperbaiki penglihatan, meningkatkan sistem imunisasi, meningkatkan kesihatan jantung dan untuk mengurangkan batuk, selesema, jangkitan bakteria dan virus dan tonsillitis. Bioflavonoids dalam jus elderberry memusnahkan keupayaan virus influenza daripada menjangkiti sel. 

Dengan ini, elderberry mampu memberikan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular termasuk serangan jantung dan strok. Khasiat lain elderberry adalah ia mampu mengurangkan keadaan stres dan membaiki penglihatan dan penghadaman.


JAPANESE KNOTWEED


Knotweed Jepun atau nama saintifiknya Polygonum Cuspidatum atau lebih dikenali sebagai Hu Zhang dalam bahasa mandarin adalah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh meliar. Tumbuhan ini dikatakan mujarab untuk perubatan. Selain kegunaan perubatan yang meluas, ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan dan juga boleh dimasak sebagai makanan. Bahagian-bahagian yang boleh dimakan untuk dijadikan sayur termasuklah pucuk.

Bahagian bawah tanah tumbuhan herba ini telah digunakan sebagai ubat sejak beribu-ribu tahun dahulu terutamanya untuk merawat penyakit batuk, sakit sendi, bronkitis kronik, penyakit kuning, amenorea, darah tinggi, dan sebagainya. Akar pula digunakan untuk membuat minuman sejuk menyegarkan untuk menggantikan teh pada musim panas.

Tumbuhan ini berasal dari China, Jepun, dan Korea. Oleh itu, ia mendapat pelbagai nama yang berbeza, seperti Bushy Knotweed Root, Rhizoma Polygoni Cuspidati, Knotweed Rhizome, Fallopia Japonica, buluh Jepun, Knotwood Jepun, Buluh Mexico, Reynoutria Japonica, Bunga Fleece Jepun dan sebagainya. Di China sebahagian besarnya ditemui di Jiangsu, Jiangxi, Shandong, Sichuan dan tempat-tempat lain. Musim menuai terbaik adalah musim bunga dan musim luruh.


MANFAAT KNOTWEED JEPUN 


Seperti ramuan Vivix yang lain, Knotweed Jepun juga mengandungi resveratrol iaitu antibiotik semula jadi daripada 72 tumbuh-tumbuhan, yang meliputi 12 keluarga dan 31 generasi. Resveratrol juga didapati dalam kulit anggur, kacang tanah, mulberi,  dan tumbuh-tumbuhan dalam keluarga Polygonacea. Resveratrol sebenarnya adalah sejenis bahan kimia yang dihasilkan untuk meningkatkan ketahanan tumbuhan terhadap tekanan alam sekitar seperti cuaca buruk, jangkitan mikrob dan lain-lain. Ia mampu melawan kanser, melindungi saraf, menentang penuaan, mengurangkan keradangan, memanjangkan jangka hayat, dan sebagainya.  


Okay, sekarang anda dah tahu dengan jelaskan apa ramuan utama yang terdapat dalam Vivix. Betapa hebatnya khasiat setiap ramuan tersebut untuk kesihatan kita. Jadi tiada ragu lagi untuk mencuba minuman botani ini untuk kesihatan yang berpanjangan.

Saya tau entry ini agak panjang, bukan agak panjang.. Memang panjang... Hihi... Tapi untuk mengetahui apa yang terkandung dalam Vivix ini penting bagi mereka yang betul-betul nak tahu secara terperinci fungsi setiap ramuan tersebut. Selamat membaca!
 

No comments:

Post a Comment