"Engkau
biar betul? Sebelum ni aku dah cuba macam2 produk kesihatan ni. Dah
beratus-ratus duit aku habis nak kurus ni. Tak juga kurus. Masih juga
macam belon." Begitulah kata-kata salah seorang kawan pada saya sebelum
ni bila dia tengok saya asyik mempromosikan produk Shaklee. Saya hanya
mampu tersenyum bila mendengar kata-katanya.
Masih
rasa kurang berpuas hati dengan tindak balas saya, dia menyambung lagi
dengan bebelannya, bercerita tentang produk itu produk ini yang
dikatanya menipu. Akhirnya, saya pun mula la berceramah tentang itu dan
ini. Hormat dengan pandangan dia sebagai pengguna, saya terpaksa
buat-buat pekak je la. Anggap je berdepan dengan pelanggan macam tu
sebagai cabaran.
Yang
kurus nak gemuk. Yang gemuk pula nak kurus. Itulah fitrah manusia,
memang tak pernah puas dengan apa yang ada. Tapi selagi tidak
mendatangkan kemudaratan atau keburukan, itu adalah sesuatu yang baik.
Sebenarnya, kehendak dan keinginan kita haruslah disertakan dengan 3
perkara yang berikut : USAHA, AMALAN dan KEPERCAYAAN. Kalau 3 perkara ni tidak diambil kira, maka sia-sia lah matlamat kita tadi.
Saya
bagi contoh lah ye. Saya berniat nak kurus. Apa yang patut saya buat?
Niat tu dah ada, so sekarang niat saya tu haruslah disertakan dengan 3
perkara yang saya cakap kat atas tadi. Yang pertama USAHA. Usaha
macam mana? Saya kenalah berusaha dan ikhtiar cari apa yang boleh bantu
saya jadi kurus. Kalau niat saya nak kurus mestilah kena cari produk
yang berkaitan dengan niat. Betul tak?
Bila usaha tu dah ada, kena pula teruskan dengan AMALAN.
Amalan pula yang macam mana? Bagi pandangan saya sendiri, amalan ni
boleh jadi dua situasi. Pertama, amalan kita nak kurus tadi. Nak amalkan
apa? Kalau dah nak kurus tu, mestilah jaga pemakanan, rajin buat
senaman dan sebagainya. Ni niat nak kurus, amalkan produk itu ini, tapi
bila bab makan tak ingat dunia. Macam mana tu? Memang tak tercapai la
matlamat nak kurus tadi. Amalan yang kedua ni, senang je. Kena amalkan
produk yang kita makan tadi secara konsisten. Kalau makan 'ON-OFF' je
sampai bila nak nampak kesan kan.
Ok yang terakhir ni terletak pada minda dan hati kita iaitu KEPERCAYAAN.
Usaha dah ada, amalan dah cantik, tapi dalam minda pula kurang rasa
percaya. Inilah masalah yang dihadapi kebanyakan orang kita. Bila dah
sebulan mencuba tapi tiada kesan yang ketara, mulalah rasa sangsi dengan
produk yang kita amalkan. Hilang rasa percaya dan akhirnya putus asa.
So, kuasa minda tu sangat penting. Kena letak dan tanam rasa percaya tu
dalam minda dan hati kita. Barulah kita akan dapat keputusan yang
positif. Ni awal-awal dah buat kesimpulan negatif, mana nak jadinya kan.
Ingat
ye semua.. Kalau nak capai matlamat harus ada USAHA, AMALAN DAN
KEPERCAYAAN. Tanpa ketiga-tiga perkara tersebut memang agak mustahil nak
capai niat dan impian kita tu. Dan untuk pengetahuan korang, akhirnya
kawan yang menjadi dugaan dan cabaran saya tadi pun tertunduk dan
akhirnya bersetuju dengan tazkirah saya. Dan tanpa saya duga, seminggu
lepas kena bagi ceramah, dia pun terus order Set Kurus Shaklee dari
saya. Rasa syukur yang teramat, secebis kata dan pandangan dari hati
yang tulus mampu melembutkan dan mengubah pemikiran seseorang.
Lepas
ni, rasa tak sabar pula nak dengar berita baik dari dia. Sama-sama kita
tunggu berita dan testimoni dalam entry yang akan datang. Pada kawan,
saya doakan semoga matlamat dan niat kali ni akan berjaya.
** Peringatan untuk diri sendiri :
Buat
sesuatu harus sentiasa ikhlas dari hati. Jangan mengharapkan balasan
bila membantu. Nak kaya perkara kedua, yang penting bantu orang dengan
ikhlas. Mudah-mudahan kita juga dibantu untuk capai matlamat kita
seperti mana kita bantu orang lain yang memerlukan.
Anda sedang mencari suplemen yang terbaik untuk anak,suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana side income 3-4 angka sebulan?
Dengan bisnes online Shaklee hanya menggunakan smartphone anda temui jawapannya..
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!
Nana
Shaklee ID : 1104380
017 244 2982 (SMS/Whatsapp)
Page FB : Theana Beauty & Wellness
No comments:
Post a Comment