Kesihatan
tubuh badan bergantung kepada pemakanan harian yang kita ambil. Vitamin C
adalah yang terbaik untuk menyegarkan minda dan kulit yang keletihan. Vitamin C
merupakan nutrien penting dalam membantu penghasilan kolagen iaitu sejenis
protein yang mengikat sel-sel dalam tubuh kita.
Tubuh yang
kekurangan vitamin C akan menyebabkan kulit dan membran mukus lemah upaya.
Keadaan ini akan menyebabkan kulit menjadi hilang sifat elastiknya. Bukan itu
sahaja, jika tubuh tidak cukup vitamin C, ini akan melemahkan sistem imun tubuh
untuk menentang jangkitan bakteria, virus dan juga sinar ultraungu yang
menyebabkan bintik jeragat di kulit.
Vitamin C
boleh diperolehi dari sayuran dan buah-buahan. Tetapi kandungan vitamin C dalam
sumber semulajadi tersebut mudah musnah terutamanya terkena haba panas semasa
proses memasak. Disebabkan
vitamin C ini adalah vitamin yang larut air, jadi ia tidak akan disimpan di
dalam tubuh kita. Lebihan vitamin C yang tidak diperlukan tubuh akan
disingkirkan melalui air kencing. Inilah sebab
kenapa kita perlu membekalkan badan kita dengan vitamin C setiap hari.
Mesti ada
persoalankan?
"Hari-hari saya makan sayur dan buah, tapi berkedut juga
kulit saya"
Pernah tak
dengar keluhan begini? Setiap sesuatu berlaku pasti ada sebabnya bukan? Antara
penyebabnya ialah :
Pertamanya :
anda seorang yang suka dan kerap mengambil minuman berkafein.
Keduanya :
vitamin C yang anda ambil dari sumber sayuran dan buah-buahan tidak mencukupi
untuk tubuh anda.
Jadi
bagaimana? Nasihat saya, ambillah suplemen atau makanan tambahan untuk
menampung vitamin C untuk keperluan tubuh anda. Makanan tambahan memang dah
berlambak di pasaran untuk anda pilih. Tapi tapi
tapi.... Pilihan di tangan anda. Jadilah pengguna yang bijak. Jangan membeli
hanya mengikut hawa nafsu. Bagus kata orang, bagus juga kata kita. Cepat putih
dan gebu kata orang, cepatlah juga kata kita.
Jangan
jangan jangan. Anda tahu anda bijak menentukan pilihan anda. Jadi pilihlah yang
terbaik supaya tidak merasa ditipu dan memudaratkan anda. Selidik
selidik selidik terlebih dahulu. Itu pun jika anda seorang yang sabar. Putih
cepat, gebu cepat, kurus cepat, apa lagi yang cepat-cepat. Semuanya tidak
menjanjikan keselamatan yang terbaik untuk anda.
Nak tau yang
terbaik? Carilah yang disebalik pembuatannya mempunyai latarbelakang yang
kukuh. Punyai R&D Department. Punyai kajian klinikal yang berpuluh ribu
disahkan keberkesanan dan keselamatannya.
Yang murah
tak mesti elok. Yang mahal tak mesti membazir. Pilihan di tangan anda. Anda
yang tentukan :)
Nana
SID 1104380
SID 1104380
Beauty & Health Consultant
No comments:
Post a Comment