Follow Us @theanabeautyandwellness

@theanabeautyandwellness

Sunday, January 8, 2017

RAIKAN WANITA

Amboii tajuk. Hihi. Dah macam rancangan Astro pula kan :) Raikan wanita tu. Memang patut wanita-wanita hebat untuk diraikan. Wanita zaman sekarang tak macam zaman dulu. Kalau dulu memang ye, orang perempuan ni banyak duduk kat dapur je. Tapi zaman sekarang, hebatnya seorang wanita tu boleh mengalahkan kaum lelaki. Kaum Adam jangan terasa hati plak saya cakap macam tu. Hihi..

Realiti wanita zaman sekarang, bukan sekadar duduk di rumah, tugas memasak, berkemas dan menguruskan anak-anak sahaja. Seusai sahaja tugas-tugas penting di rumah, wanita berkejar pula nak selesaikan urusan kerjayanya sendiri iaitu bisnes. Walaupun hanya beroperasi dari rumah, tapi komitmen wanita terhadap impiannya sendiri sangat tinggi. Buktinya, sekarang ramai wanita yang membantu suami menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan yang hanya beroperasi di rumah. Tak kira bisnes apa yang dijalankan, wanita tetap komited demi untuk berjaya. Hebatkan wanita?

Setiap inci rumah menjadi tanggungjawabnya. Dari dapur hingga ke ruang tamu, dari bilik tidur hingga ke koridor dan sesetengahnya mungkin sehingga ke taman bunga di rumahnya. Dapat tak anda bayangkan pengorbanan seorang wanita? Bagi yang dah berumahtangga, nak urus suami dan anak-anak lagi. Kebanyakan wanita yang berniaga, tujuan utamanya adalah demi untuk membantu suami dan keluarga. Dengan niat untuk meringankan beban, walaupun pendapatan perniagaannya tidak seberapa pada mulanya. Besarkan pengorbanan seorang wanita.

Memang hebat ciptaan Allah kan? Allah jadikan wanita itu kuat sehingga boleh memikul banyak tanggungjawab dalam satu-satu masa. Jadi hargai wanita-wanita di sekeliling anda, kerana tidak terhitung pun sebenarnya pengorbanan yang mereka lakukan. Disembunyikan segala kepayahan, kesakitan yang mereka alami kerana mereka tidak ingin kelihatan lemah di hadapan orang yang mereka sayang. Dan yang paling hebatnya wanita, apabila menitiskan air mata tetapi masih boleh berkata, 'aku tidak apa-apa'.


No comments:

Post a Comment