Entri asal : www.blognana.com (2014)
Selamat petang buat semua pembaca. Entri kali ni, saya nak cerita tentang pengalaman sendiri mengambil suplemen semulajadi dan ubat dadah yang diberikan oleh pihak hospital. Begini ceritanya.... (haha, gelak dulu...sebab terbaca intro ni ala-ala makcik-makcik Indon gitu...hihi..)
Selamat petang buat semua pembaca. Entri kali ni, saya nak cerita tentang pengalaman sendiri mengambil suplemen semulajadi dan ubat dadah yang diberikan oleh pihak hospital. Begini ceritanya.... (haha, gelak dulu...sebab terbaca intro ni ala-ala makcik-makcik Indon gitu...hihi..)
Dua hari lepas, saya diserang flu dan batuk balik.. Padahal baru sahaja sembuh dari serangan kali pertama pada bulan
lepas minggu yang lalu. Seumur hidup memang tak pernah jatuh sakit
banyak kali.. Biasa demam hanya akan saya rasa sekali setahun je, samada
awal tahun ataupun hujung tahun.
Flu
kali ni memang terasa agak
teruk, hidung berair 24 jam (kecuali masa tidur reda sikit), dengan
kepala terasa berat dan pening, badan seolah-olah lepas dipukul dengan
kayu. Hidung berair tu tak payah cakap lagi, sampai saya tak selesa
langsung nak duduk dan buat kerja. Sampai kan pernah saya terpaksa
sumbat hidung saya dengan gumpalan tisu, sebab nak elakkan hingus dari
meleleh keluar. Hihi..
Memang
paksa diri nak buat kerja, sebab sayangkan masa jika
berlalu macam tu saja tanpa buat apa-apa. Gagahkan je, walaupun rasa tak
kuat. Dan yang paling tak best malam tadi tertidur duduk depan laptop.
Haha.. Bila tersedar tu, terus fikir yang saya belum lagi telan
vitamin saya. Bayangkan masa nak bangun ambil vitamin pun rasa tak larat
sangat. Ikutkan hati memang rasa nak tidur terus je.
Tapi
bila
fikir balik, saya memang perlu telan juga malam tadi, takut badan
bertambah sakit. Sekali lagi gagahkan diri bangun nak ambil air, pisang
dan vitamin tu. Kenapa pisang? Saya terus terang ok. Sebab saya ni jenis
yang tak pandai nak telan ubat. Walaupun ubat tu sekecil huruf O ni.
Haha.. Jangan tanya saya kenapa, sebab saya pun tak tau sebabnya. Hihi..
![]() |
Ha.. ini la Vitamin C yang saya makan. Terbaik tau!! |
Dan pagi tadi bila saya bangun, mata memang terasa masih mengantuk sangat-sangat, badan pun masih terasa sakit. Lepas pukul 8am saya sambung tidur balik. Dan bangun balik pukul 9. Masa tu dah rasa flu semakin berkurang. Dah tak ada yang meleleh-leleh. Hihi... Petang tu pula saya keluar nak ke pejabat pos. Kemudian terus singgah pergi farmasi. Beli la, dadah dalam gambar ni... Panadol Soluble dan Ubat Batuk Cap Kelapa Laut Afrika.
![]() |
Gatal pula nak beli ubat ni kat farmasi :P |
Masa tu terpaksa beli sebab risau flu ni lambat nak baik, sedangkan saya perlu bekerja. Masa beli tu memang tak perasan lagi yang flu betul-betul dah ok dan memang hidung kering langsung tak ada tau. Cuma suara je yang masih tak ok. Hihi...
Korang nak tau rahsia, kenapa flu tiba-tiba ok selepas 2 hari? Sebab 2 malam berturut-turut sebelum saya masuk tidur, saya telan 2 biji Vitamin C yang dalam gambar pertama tu. Fungsinya bukan untuk sembuhkan flu tau. Jangan salah faham. Fungsi sebenar Vitamin C ni adalah untuk kuatkan sistem imun kita. Bila sistem imun jadi kuat balik, automatik badan kita akan kuat untuk melawan serangan virus. Maksudnya kita boleh jadi sihat balik la.
Bila saya rasa flu tu dah tak ada, dan badan pun dah rasa cergas balik, tiba-tiba saya fikir, kenapa la saya gopoh nak beli 2 jenis dadah tu. Sedangkan saya dah tau pun yang ubatan jenis dadah tak elok sangat. Rasa menyesal pula beli. Huhu..
Kadang rasa kejap percaya, kejap tak. Haha... Sebab 'result' nya begitu mendadak. Baru makan 4 biji Vitamin C sebelum tidur 2 malam berturut-turut. Hari ke 3, virus flu tu memang betul-betul takut nak datang serang saya balik. Hahaha..
Ok, tadi pengalaman tentang makan suplemen semulajadi tu. Sekarang saya nak cerita sikit tentang pengalaman makan ubat jenis dadah yang diberikan oleh pihak hospital pula. Dulu, saya ni dikira penghidap gastrik yang boleh dikatakan tegar juga. Disahkan mula menghidapi gastrik sejak saya berumur 14 tahun.
Pengalaman yang memang tak boleh nak lupa. Keluar masuk hospital berulang kali, sampaikan jururawat dan doktor dekat hospital tu pun dah kenal sangat. Setiap kali ubat yang dibekalkan habis, saya memang kena ambil lagi untuk persediaan jika sakit gastrik datang menyerang tiba-tiba. Jenis yang wajib dalam bekalan masa tu adalah Magnesium Trisilicate jenama Trisilox. Dalam bentuk tablet dan juga cecair.
Setiap kali gastrik datang saya terpaksa telan ubat tersebut supaya sakitnya tidak berlarutan. Tetapi tahukah anda, yang ubatan ini, jika diambil berulang kali, semakin lama semakin kurang kesannya pada kita. Bermakna kita perlu mengambil dos yang lebih tinggi lagi apabila ia kurang berkesan. Dan inilah yang terjadi pada saya. Disebabkan dah terlalu kerap telan tablet Trisilox tu, badan saya dah kebal dengan ubat tu. Makan banyak mana pun, kesan dah tak ada langsung untuk melegakan sakit.
Sekali lagi, saya diserang gastrik yang teruk pada tahun yang sama. Dan akhirnya terpaksa disuntik dengan ubat yang dos lebih tinggi pula iaitu Zantac 500mg. Badan serta merta jadi lemah tak bermaya. Rasa mengantuk yang teramat dan akhirnya tertidur dengan lena tanpa sedar lagi rasa kesakitan tersebut. Cuba anda bayangkan. Kekuatan dadah tersebut sehingga mampu menghilangkan rasa sakit serta-merta dan mengakibatkan kita terus lena. Bahaya bukan?
Satu lagi pengalaman adalah makan ubat antibiotik yang diberikan oleh pihak hospital. Kalau setakat demam biasa, saya memang susah nak ke hospital sebenarnya. Ubat antibiotik ni, doktor selalu pesan mesti makan sampai habis kan? Tapi saya memang tak pernah makan habis pun.
Kali
pertama mengambil antibiotik, saya muntah-muntah dan bertambah pening
selepas makan. Selepas muntah tu, rasa agak lega cuma rasa pening yang
tak hilang. Bila baring dan pandang ke siling, nampak semua benda
berputar laju. Nak bangun memang tak boleh langsung sebab rasa nak
jatuh. Badan rasa tak stabil sebab pandangan berpinar. Sampai terpaksa
tutup muka dengan bantal untuk elak mata tiba-tiba terbuka.
Masa
tu, saya memang tak tau lagi tu kesan antibiotik pada saya. Sehinggalah
saya demam teruk lagi tahun seterusnya. Makan lagi antibiotik. Kali ni
lagi teruk, sebab saya hampir eksiden. Masa demam tu, doktor cuma bagi
MC sehari je. Kalau nak MC lagi terpaksa ke hospital balik. Saya ni
jenis yang tak suka nak jumpa doktor sangat, jadi saya datang je la
kerja macam biasa. Saya bawa ubat yang doktor bagi tu ke ofis.
Memandangkan
kesihatan masih belum betul-betul ok, saya terpaksa makan ubat tu dekat
ofis. Tapi mungkin dah nak jadi kan. Demam saya semakin teruk walaupun
dah makan ubat yang doktor bagi. Kebetulan sebab duduk dalam penghawa
dingin lagi kan. Memanglah makin jadi teruk.
Pada masa itulah saya baru terfikir yang saya ni mungkin alah pada antibiotik. Kemungkinan dos yang tinggi. Saya serik nak makan dah apa-apa jenis antibiotik pun. Tapi bukan sampai tu saja. Disebabkan saya ni memang jarang sangat demam, jadi saya dah lupa yang saya ni tak serasi dengan ubat antibiotik.
Kes ke 3 ni baru saja berlaku pada bulan Mac yang lepas. Saya demam teruk lagi. Terpaksa ke hospital sebab tiada pilihan. Pada masa tu, saya belum mengambil suplemen Vitamin C ni lagi. Sekali lagi diberikan antibiotik yang berwarna oren. Saya baru makan sekali je, perkara yang sama lagi berlaku. Pening dan pandangan berpinar. Badan lesu memang tak boleh nak bangun. Bila nak bangkit je mesti rasa macam nak jatuh.
![]() |
Antibiotik yang saya makan baru-baru ni. |
Saya teringat kembali keadaan yang sama lepas makan antibiotik 2 3 tahun yang lepas. Kali ni, saya betul-betul pasti yang badan saya memang tak boleh terima ubat antibiotik ni. Sekarang, saya dah tak pernah ke klinik atau hospital lagi jika demam. Saya cuma akan amalkan makan Vitamin C Shaklee 2 biji sebelum tidur. Dan bangkit keesokan hari badan dah kembali cergas dan boleh bekerja macam biasa.
Anda lihat sendiri. Itu mungkin baru kesan yang sedikit ubat jenis dadah ni. Banyak lagi kesan negatif pada tubuh kita jika amalkan pengambilan ubatan jenis dadah tu. Rambut gugur, kegagalan fungsi organ, dan akhirnya menyebabkan kematian. Itu ke tujuan kita makan ubat? Saya pasti ramai yang tak nak makan ubat sehingga menyebabkan kesan negatif pada kita kan?
Jadi
ubahlah pemikiran anda dalam cara penjagaan kesihatan. Mengubah cara
anda berfikir boleh menyelamatkan nyawa anda. Jangan ambil remeh, kerana
dadah yang kita makan tidak akan nampak kesannya dalam jangka masa
pendek. Kenapa anda perlu merosakkan tubuh anda sedangkan anda ingin
hidup sihat? Fikir-fikirkan lah ya...
Ini
adalah kisah benar yang terjadi pada saya sendiri. Jika anda pun pernah
mengalami perkara yang sama, kenapa tidak anda ubah cara penjagaan
kesihatan anda sekarang? Mencegah adalah lebih baik dari merawati.
Sekarang saya dah semakin yakin dengan makanan tambahan yang saya ambil.
Semakin kuat rasa ingin membantu ramai lagi yang ada masalah kesihatan
di luar sana untuk ubah cara penjagaan kesihatan mereka. Semoga saya
diberikan kemudahan dalam menjalankan tanggungjawab ini. Doakan saya ya,
pembaca semua :)
Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan/ side income 3-4 angka sebulan?
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
FREE CONSULTATION 24/7
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
No comments:
Post a Comment