Entri asal : www.blognana.com (2014)
Entri kali ni saya nak cerita tentang kesan GST dalam kehidupan kita sebagai rakyat dan pengguna. Mesti dah ramai tau kan apa itu GST? Kat tv, radio asyik sebut-sebut je pasal GST ni kan? Tapi adakah anda benar-benar faham tentang konsep GST ni? Saya pun dah kerap dengar pasal GST ni. Kadang-kadang naik bosan pun ada sebab balik-balik puji GST ni menyenangkan rakyat. Betol dak? Hihi...
Entri kali ni saya nak cerita tentang kesan GST dalam kehidupan kita sebagai rakyat dan pengguna. Mesti dah ramai tau kan apa itu GST? Kat tv, radio asyik sebut-sebut je pasal GST ni kan? Tapi adakah anda benar-benar faham tentang konsep GST ni? Saya pun dah kerap dengar pasal GST ni. Kadang-kadang naik bosan pun ada sebab balik-balik puji GST ni menyenangkan rakyat. Betol dak? Hihi...
Memang
benar GST hanya dikenakan pada sesetengah perkhidmatan dan barangan.
Contohnya, GST tidak dikenakan pada barang makanan asas seperti beras,
gula, garam, tepung dan minyak masak. Perkhidmatan pengangkutan awam,
jual sewa hartanah dan pendidikan antara yang terkecuali dari GST. Jadi,
dari segi mana GST mempengaruhi ekonomi anda.
Ok,
paling senang saya nak jelaskan adalah GST bagi industri makanan dan
minuman. Tentu anda tak terkecuali dari golongan yang suka pergi ke
restoran makanan segera kan? KFC, Mc Donald, Kenny Roger, Subway dan
bermacam lagi kedai makanan segera. Atau sesekali restoran mahal untuk
memberi sedikit ganjaran untuk diri sendiri dan keluarga. Jika anda
boleh menahan keinginan tersebut, bagaimana dengan anak-anak anda?
Sanggupkah anda untuk tidak memenuhi hasrat anak anda yang ingin merasa
makanan seperti itu? Sanggupkah anda berkata tidak pada mereka? Kasihan
kan.... Ibu bapa mana yang sanggup untuk berkata tidak pada
anak-anak....
Sebenarnya
itu cara kerajaan untuk menyeimbangkan ekonomi negara. Katanya lah
kan... :-) Kita yang kurang arif tentang bab ekonomi negara ni mungkin
tak layak la nak cakap banyak. Nak tak nak terpaksa la ikut je kan? Tak
perlu nak jadi timun pulak dalam soal keputusan kerajaan ni. Kenapa saya
kata timun? Saya ibaratkan kerajaan tu durian ye. Dalam kes ni, timun
kalau digelek dengan durian dah tentu lenyek kan? Kalau menggelek durian
pun lenyek juga. Hahaha...
So,
baik kita duduk diam-diam je buat apa yang patut. Kat sini saya nak
tekankan pada anda, cabaran hidup pada zaman sekarang dengan kos sara
hidup yang tinggi terutama bagi penduduk bandar. Tempat asal saya yang
bandar kecik tu pun dah mahal apa lagi kalau yang hidup di kawasan
bandar besar kan. Dengan kenaikan harga barang, cukai perkhidmatan,
cukai barangan, caj perkhidmatan semua memberi kesan dalam kehidupan
kita sebagai pengguna.
Ok,
sekarang saya nak sentuh sikit tentang GST ni. Biasa di Malaysia GST
lebih dikenali sebagai Government Service Tax iaitu Cukai Perkhidmatan
Kerajaan. Dalam konvensyen antarabangsa istilah sebenar GST adalah
singkatan bagi Goods and Services Tax atau dalam Bahasa Melayu Cukai
Barangan dan Perkhidmatan. Nama lain bagi GST yang digunakan secara
meluas di seluruh dunia adalah VAT iaitu Value Added Tax atau Cukai
Nilai Tambah.
GST
dikuatkuasakan untuk menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
sebelum ini. Konsep GST ini menggantikan SST di mana sebelum ini Cukai
Jualan sebanyak 10% dan Cukai Perkhidmatan (F&BIndustry) sebanyak 6%
dikenakan.
6%
GST yang dikenakan sekarang adalah cukup tinggi bagi rakyat yang masih
hidup dalam ekonomi yang sederhana. Sebagai contoh, anda beli ayam KFC 3
ketul dengan harga RM15. Sedarkah anda, anda akan dikenakan caj 6% ke
atas pembelian tersebut. Maksudnya anda perlu bayar lagi sebanyak
RM0.90. Jadi jumlah pembelian anda menjadi RM15.90. Nampak tak nilai
yang anda tambah kat situ? RM0.90 pada saya bukan nilai yang sedikit.
Kalau tambah lagi sepuluh sen, dah boleh buat bayar parking kereta
selama sejam kat AEON tu. Hihi....
Ini
belum termasuk lagi kalau tiba-tiba kita teringin nak makan kat
restoran besar. Atau nak menginap kat hotel atau melancong bersama
keluarga. Kena bayar pula Caj Perkhidmatan 10%. Bayangkan.... Caj
Perkhidmatan je dah 10%. Nilai 10% tu mungkin boleh kita guna untuk
membeli makanan anak-anak semasa berjalan. Beratkan tanggungan yang kita
pikul jika kewangan kita tak kukuh. Kesian kat anak-anak dan keluarga
yang turut merasa tempiasnya.
Anda
perlu tahu, ekonomi dunia sentiasa akan meningkat setiap tahun. Pernah
tak anda dengar harga barang turun? Takde kan? Malah makin meningkat
setiap tahun. Jadi apa persediaan anda untuk menghadapi ekonomi yang
semakin rancak naik ni.
Jika dilihat dari masalah
ini, saya berani katakan berniaga telah menjadi satu kemestian bagi
setiap orang yang inginkan kebebasan kewangan dan kejayaan hidup. Memulakan
perniagaan bukanlah satu perkara yang sukar pada hari ini jika anda
mempunyai ilmu, sistem dan tindakan yang tepat dan berkesan. Jangan
takut untuk berniaga. Secara jujur, dunia perniagaan memang mempunyai
cabarannya tersendiri malah kadang kala dugaan yang diterima boleh
membuatkan anda jatuh duduk terdiam. Tetapi, jangan risau kerana semua ini hanyalah bersifat sementara sahaja.
Berniaga
pula tidak semestinya anda buka gerai nasi lemak, burger, buat pau dan
kuih, lepas tu jual tepi jalan. Tak perlu semua tu pun boleh berniaga.
Malah berniaga zaman sekarang tanpa modal pun boleh. Duduk rumah je pun
dah boleh berniaga. Jadi buka minda kita sebagai orang bumiputera.
Bangkitlah dari keselesaan anda sekarang. Bangkitlah berjuang untuk masa
depan anda, anak-anak anda dan keluarga yang anda sayang.
Jika
anda punyai niat dan matlamat yang mantap, anda pasti akan berjaya
dalam apa yang anda inginkan. Fikirkan kebebasan yang anda inginkan,
matlamat hidup yang anda ingin capai sebelum anda meninggalkan dunia
ini. Fikirkan mereka yang akan anda tinggalkan. Cuba fikir macam ni,
'apa yang aku ada untuk aku tinggalkan untuk anak-anak, untuk
isteri/suami, untuk kedua ibu-bapaku'. Jika semua niat anda jelas,
percayalah yang anda akan dapat mencapai kebebasan yang anda ingini.
Saya
ingin bantu anda, bagi jalan untuk anda. Peluang sudah ada di depan
mata. Cuma tinggal diri anda yang perlu bangkit untuk merealisasikan
impian anda. Ayuh, kita sama-sama bangkit dan berjuang untuk mendapat
kebahagiaan di dunia juga di akhirat.
Pada
saat entry ini ditulis, tiba-tiba terlintas di fikiran.. Sempat ke saya
berbakti untuk kedua ibu-bapa jika saya tak bertindak sekarang? Sempat
ke saya memberi kesenangan untuk keluarga, membantu keluarga dan
masyarakat yang memerlukan? Dan jiwa saya dengan tenangnya memberi
jawapan... 'kamu sentiasa sempat jika kamu bertindak cepat dan tak
terhegeh-hegeh dalam tindakanmu, tindakanmu akan mampu mengubah
segala-gala yang kamu inginkan'.....
Ya... Saya sedar, segala tindakan kita sendiri yang akan mengubah nasib kita untuk menjadi lebih berjaya. Yess.... FAST ACTION, FAST RESULT. TERHEGEH-HEGEH ACTION, MAKA TERHEGEH-HEGEH LA JUGA RESULT NYA.
Anda sedang mencari suplemen terbaik untuk anak, suami, isteri dan keluarga tersayang?
Anda juga ingin seperti kami menjana pendapatan sampingan/side income 3-4 angka sebulan?
Hubungi Nana untuk mendapatkan :
FREE CONSULTATION 24/7
and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE
Nana
Shaklee ID : 1104380
017 244 2982 ( SMS/Whatsapp )
Page FB : Theana Beauty & Wellness
No comments:
Post a Comment