Menulis merupakan satu hobi bagi sesetengah orang. Biasanya orang
yang suka menulis secara tidak langsungnya juga merupakan seorang yang suka
membaca. Kenapa agaknya ya?
Hobi menulis memang sentiasa seiring dengan aktiviti membaca. Tak kira apa pun bahan bacaan. Secara logik kenapa penulis itu sendiri juga minat membaca? Ini kerana, menulis memerlukan idea-idea yang terbaik untuk disampaikan kepada pembaca. Penulis yang baik pastinya ingin sesuatu yang terbaik untuk pembaca bukan?
Untuk menyampaikan yang terbaik, sudah pastinya penulis itu sendiri kena banyak membuat bacaan dan kajian terhadap apa yang hendak disampaikannya. Menulis bukan sesuatu perkara yang mudah. Setiap hasil tulisan yang baik perlu dipertimbangkan dari semua sudut.
Tulisan yang baik seharusnya mempunyai elemen-elemen positif untuk pembaca. Ilmu, info dan pengalaman adalah antara yang baik untuk disampaikan untuk pembaca. Harus diingat juga, pembaca ada peringkat yang berbeza. Umur dan minat adalah antara peringkat yang ada pada pembaca.
Maksudnya, apa yang ditulis haruslah sesuai dengan peringkat umur dan minat secara majoriti. Tugas penulis bukan sahaja berfikir untuk menulis, bahkan lebih daripada itu. Penulis akan melalui beberapa proses sebelum menyediakan hasil tulisan yang terbaik.
Antara proses wajib bagi seorang penulis adalah proses mencari ilmu melalui bacaan, membuat kajian, membandingkan sumber-sumber maklumat dari beberapa kajian dan seterusnya memulakan aktiviti menulis. Tidak terhad di situ, selepas siapnya hasil tulisan, proses menyunting pula dilakukan. Setiap perkataan dan ayat yang telah ditulis akan disemak sehingga penulis benar-benar puas hati dengan isi kandungan dan penyampaiannya. Dan hasil yang diimpikan oleh setiap penulis pastinya sebuah tulisan yang lengkap tanpa sebarang kesilapan ejaan mahupun susun atur ayatnya.
Ini adalah antara ciri-ciri seorang penulis yang baik, kerana sangat mementingkan kualiti penyampaian tulisan kepada pembaca. Apa yang penting dalam menulis adalah penulisan dari hati. Sebabnya, jika menulis dari hati pastinya mendapat hasil yang terbaik dan memuaskan.

Penyampaian yang berdasarkan tulisan dari hati biasanya akan
memberi kesan yang mendalam pada pembaca. Pembaca akan mudah untuk menerima dan
minat untuk menghabiskan bacaan walaupun tulisan tersebut agak panjang.
Anda seorang penulis? Kurang sambutan terhadap tulisan anda?
Mungkin ada sesetengah perkara yang perlu anda perbetulkan. Letakkan diri kita
pada situasi pembaca. Jika sebagai pembaca, apa yang kita mahu, apa yang kita
inginkan dari sesebuah tulisan? Jika saya pastinya ingin sebuah artikel yang
mempunyai penyampaian yang menarik, sesuatu yang positif dan tiada kesilapan
susun atur kata dan ejaan. Bagaimana pula dengan anda?
Sekian perkongsian dan pendapat peribadi saya tentang nilai sebuah
tulisan. Semoga kita sama-sama dapat membaiki hasil tulisan kita untuk
menghasilkan yang terbaik untuk para pembaca.
No comments:
Post a Comment